Sabtu, Februari 12

Syukur Alhamdulillah....

Syukur Alhamdulillah…..Mungkin kita antara yang bernasib baik, dapat hidup dengan agak selesa walau tak mewah…walaupun kita ada hutang..namun kita masihboleh kendali kewangan kita dengan cermat….

Hidup kita bahagia di samping anak-anak yang comel yang dianugerahkan bersama isteri atau suami tercinta yang dapat mengembirakan hati kita … kita memiliki keluarga yang bahagia….

Itu semua buat masa kini, sehingga saat ini… dan kita tak pasti apa yang akan berlaku esok hari…. Kerana semua ini adalah mlik Nya...pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Nya..semua nikmat ini boleh direntap daripada kita.... tiada siapa yang boleh menghalangnya kerana kita juga percaya bahawa perjalanan hidup kita telah ditetapkan dan ditentukan oleh Nya…

Nikmat yang dikurniakan ini kita jarang untuk hargai, biasanya kita hargai apabila nikmat ini ditarik daripada kita, kita jarang bersyukur apabila kita memperolehi nikmat melihat dan kita akan menghargai apabila kita menjadi buta, kita jarang mensyukuri nikmat makan dan kita hargai apabila doktor mengesahkan kita mengidap kencing manis dan tak boleh makan itu dan ini.

Bukan untuk mengajar sesiapa.sekadar mengingat diri sendiri..Allahuallam….

2 ulasan:

  1. :) cemana pengajian master awak jak??Harap dapat buat yang terbaik..hehehhe awak tau saya sering masuk tengok ikut pintu belakang blog ni huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Saya kan penyumbang blog awak huhuhuh

    BalasPadam

Terima kasih!