Khamis, Ogos 11

Jenis kuih....

kuih paling gangster - Lompat Tikam...

kuih paling seksi - Puteri Mandi

kuih paling keji - Taik Itik (maaf ye org kelate..)

kuih bajet cute - Cek Mek Molek

kuih awet muda - Seri Muka

kuih banyak semut- Sarang Semut

kuih suke couple@peluk2 - Pulut Dakap

Kuih paling besar = Kuih Melaka

Kuih samseng = Kuih Pau

Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit

Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram = Kuih Makmur

Kuih paling lembap = Kuih Siput

Kuih yang berpura-pura jadi kuih = Kuey Tiaw

Kuih yang aku paling suka= Kuih Apam..

Isnin, Mei 23

Jom Pantun....

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Amin ah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Amin ah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Sabtu, Februari 12

Syukur Alhamdulillah....

Syukur Alhamdulillah…..Mungkin kita antara yang bernasib baik, dapat hidup dengan agak selesa walau tak mewah…walaupun kita ada hutang..namun kita masihboleh kendali kewangan kita dengan cermat….

Hidup kita bahagia di samping anak-anak yang comel yang dianugerahkan bersama isteri atau suami tercinta yang dapat mengembirakan hati kita … kita memiliki keluarga yang bahagia….

Itu semua buat masa kini, sehingga saat ini… dan kita tak pasti apa yang akan berlaku esok hari…. Kerana semua ini adalah mlik Nya...pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Nya..semua nikmat ini boleh direntap daripada kita.... tiada siapa yang boleh menghalangnya kerana kita juga percaya bahawa perjalanan hidup kita telah ditetapkan dan ditentukan oleh Nya…

Nikmat yang dikurniakan ini kita jarang untuk hargai, biasanya kita hargai apabila nikmat ini ditarik daripada kita, kita jarang bersyukur apabila kita memperolehi nikmat melihat dan kita akan menghargai apabila kita menjadi buta, kita jarang mensyukuri nikmat makan dan kita hargai apabila doktor mengesahkan kita mengidap kencing manis dan tak boleh makan itu dan ini.

Bukan untuk mengajar sesiapa.sekadar mengingat diri sendiri..Allahuallam….

KaWaN.....

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kitakan Kawan
Dulu Sama - Sama
Main ligan-ligan,

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
masa kecik selalu bergurau
tanpa segan.
Bila dah dewasa ada batasan,

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Dulu kita selalu sama-sama
main,bergurau dan berkeliaran,
Sekarang masing-masing bawa haluan,

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Orang Lain Maju Kedepan
Orang Kita Cari Jalan
Jatuhkan Kawan


Kawan - Kawan
Bukan Nak Cari Lawan
Sekadar Nak Ingatkan Teman
Hati - Hati Dengan Gunting Dalam Lipatan

Kawan - Kawan
Kita Sama - Sama Cari Makan
Bila Fikir Masa Depan
Jangan Tabur Pasir Dalam Periuk Kawan

Kawan - Kawan
Cuba Dikaji Orang Tua Pesan
KAWAN BOLEH JADI LAWAN
LAWAN BOLEH JADI KAWAN

Isnin, Februari 7

Siksa.....

Biarlah aku menanggung penyiksaan ini. Sukar untuk aku luahkan apa yang aku alami sekarang. Tak sanggup rasanya aku terus menanggung rasa siksa ini...aku tak mengharapkan simpati.. aku tak sanggup menerima belas ehsan orang lain.... selagi aku termampu biarlah aku teruskan hidup ini...
Sejak akhir-akhir ini... rasa perit sering datang dan lambat untuk pergi...aku pasrah..ini adalah dugaan yang harus aku tempuhi.... aku rela ..kerana adalah ujian untuk aku teruskan perjuangan hidup ini....
Kadang kala aku terpaksa lepaskan rasa siksa ini secara senyap...tapi aku khuatir akan ada orang yang tahu... dan aku pasti akhirnya orang akan tahu....
Aduh...sekali lagi lagi ia datang... dan seperti sebelum ini juga aku tak mampu menahannya lagi....
Proooooooooooooooot.... ahhhh..... lega rasa ..... lebih lega dari sebelum ini...

Khamis, Januari 27

Sajak Untuk Aku...( siri 1)

Aku...sedang menaip sajak ini,
dengan laptop tua ku..
jari jemariku tak jemu mengetuk papan kekunci..
mungkin kalau ia boleh berkata-kata,
apalah orang ni,
tak ada kerja lain ke?

Terlintas dibenak ulu hati aku,
sesungguhnya hidup ni amat singkat,
aku masih alpa mengejar dunia,
bagai dikejar anjing gila,
tak berhenti memecut
tapi,
tak tahu mana nak pergi,

Bukan aku seorang je yang macam tu,
orang lain lebih teruk dari itu,
masing-masing terus ,
mengejar dan dikejar,
mencari dan dicari,
sama seperti aku.

Tapi tak semua macam tu,
Ada yang bergerak mengikut arus,
Tidak berlari dan tidak juga berjalan,
Dimana angin bertiup ke situ juga pergi,
tanpa membantah
hanya menurut,
hanya mengikut,

Saya yang menurut perintah,
Sampai bila pun kita diasuh untuk diperintah,
oleh yang memerintah,
Kita jugalah pemerintah......