Sabtu, Jun 5

Anak yang tak boleh pakai.....

Anak sapa la tu ye??? Penat si ibu mengandung selama sembilan bulan tapi itu balasan yang diberi. Isk...isk...memang kurang ajar sungguh. Kalau kena ngan aku ni, mungkin naik tapak kasut kat muka tu. Kat bawah ni ada senarai ciri-ciri anak yang tak boleh pakai...korang jangan le ikut perangai macam kat bawah ni:

  • Setiap bulan tak pernah miss ingatkan orang tua kirim duit kepada mereka walhal mereka bekerja.
  • Orang tua baru demam sikit dah disuruh tulis surat wasiat.
  • Menjadi hero dan heroin kat sekolah dengan rekod yang cukup cemerlang gemilang dan terbilang melanggar disiplin sekolah.
  • Dah besar panjang, tinggi lampai pulak tu macam galah tapi menganggur duduk rumah mengikis harta mak bapak.
  • Ingat balik luar negara bawak ijazah tapi rupanya bawak penyakit.
  • Orang tua tak uzur lagi tapi dah sibuk nak hantar ke rumah orang-orang tua.
  • Pantang nampak anak gadis orang semua nak dirembat.

Ada sesiapa ada ciri-ciri macam dinyatakan diatas? Harap takde la ye. Elakkan dari mengikut perangai si tanggang. Sebab sekali ibubapa tak redha dengan kita, maka neraka la tempat kita nanti. Oleh itu sama-sama kita berdoa agar menjadi anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa kita sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada lagi.

Nota: Sayangi ibu bapa anda... :)