Selasa, September 29

Pandu cermat ..jiwa selamat....

Rakyat Malaysia dikatakan sopan santun dan berbudi bahasa... tapi aku tak beberapa setuju dengan kenyataan ini... Rasa hormat dan timbangrasa di kalangan rakyat Malaysia semakin tipis terutama ketika berada di jalanraya...Bila dapat bawa kereta je...langsung tak sedar diri..macam kena masuk pelesit...nak potong..nak belok... nak bawa selaju mana..ikut suka hati dia orang je...ingat jalan raya itu bapak dia yang buat...Bukan la semua yang berperangai macam tu..tapi kebanyakkannya....Sebab tu ramai yang mati di jalanraya....Pemandu Malaysia memang diakui hebat...tapi bila masuk F1 ... kantoi...

Orang sebut mat rempit..tapi aku lebih suka panggil dia orang monyet atau beruk atau kera sarkas... Ini pun satu hal juga... ada otak letak kat kepala lutut...ada akal tapi guna untuk yang tak bermanfaat langsung... kalau jatuh boleh bangun sendiri.... boleh rawat diri sendiri tak apa juga... atau kalau mati boleh mandi..kafan dan tanam sendiri pun okay juga...Ini tak orang juga yang kena tolong...kan dah menyusahkan orang...
Aku ada beberapa cadangan papan tanda jalan raya yang boleh dipertimbangkan:

1. Pandu laju-laju supaya cepat mati.
2. Kalau kepala anda boleh ganti dengan kepala siput babi...jangan pakai topi keledar.
3. Anda adalah pemandu yang paling bodoh kalau memotong sebelah kiri.
4. Awas kawasan kemalangan..tambah kelajuan
5. Kawasan Garisan kembar dua .... boleh memotong supaya boleh sampai ke batu dua.
6. Kalau anda rasa isteri dan anak anda perlu dapat suami dan bapa baru...pandulah dengan laju...
7. Awas ini kawasan monyet sarkas menunggang...

Cuba buat papan tanda macam ni... nasihat sahaja orang dah tak dengar..dan tak heran....