Isnin, September 28

Kalau lah aku jutawan....

Siapa yang tak nak kaya dan banyak duit... kita bekerja siang malam...pagi petang...pun sebab duit...orang sekarang semua pandang duit...semuanya perlukan duit.....
Kadang-kadang aku berangan...kalaulah tiba-tiba je aku dapat banyak duit....dapat RM 1 juta pun cukup lah...tak salah kan kalau kita berangan... mana la tahu angan-angan menjadi kenyataan sekurang-kurangnya aku dah ada perancangan...sekali sekala cuba kau orang berangan kalau kau orang tiba-tiba je jadi jutawan...best juga tau...

Jadi ... apa yang aku akan buat kalau tiba-tiba esok aku pergi cucuk kad kad mesin ATM tertera baki simpanan anda ialah RM 1 000 000.00...atau aku buka tin minuman power root tertulis..anda menjadi jutawan........

Pertama: Aku simpan dalam ASB/ASW/ASN/ASQ/ASX - RM300 000
Kedua : Tukar kereta baru... sekurang-kurangnya ESTIMA- RM200 000
Ketiga : Beli tanah dan buat rumah - RM350 000
Keempat: Sedekah/derma - RM100 000
Kelima : Enjoy - RM 50 000

Kalau betul-betul la aku dapat..memang tak dapat dibayangkan...mungkin aku jadi sewel sekejap...jangan sewel selama-lamanya sudahlah...kalau dah sewel duit banyak pun tak guna... tapi aku harap aku akan jadi orang yang sentiasa bersyukur, penuh dengan sifat rendah diri dan tidak tamak.....