Selasa, September 1

Ramadhan....

Salam Ramadhan buat kalian, salam ukhuwah dan salam kejayaan dan kemenangan buat kita semua agar bisa kita menentang hawa nafsu sepanjang Ramadhan ini, insyaAllah....

Sedar tak sedar hari ni dah 11 hari kita berpuasa...terasa sungguh cepat masa berlalu... secepat itu juga usia kita semakin meningkat..... dan secepat itu juga la kita hampir kepada mati walaupun usia bukan syarat untuk mati cepat....

Dah lam juga aku tidak mengemaskini blog saya....Kesibukan yang melampau sebelum Ramadhan membuatkan aku tidak berkesempatan....

Namun, dalam kesibukan itu, sebenarnya aku banyak berfikir tentang hidup dan mati. Aku rasa amat gembira dan terharu kerana masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang didalamnya mengandung seribu rahmat dan keberkatan. Bulan yang memberikan kita peluang untuk mengecapi pahala 1000 bulan. Untuk itu, aku amat bersyukur....

Jika kita lihat di sekeliling kita, ada di antara rakan-rakan, sanak saudara dan orang-orang yang kita kenali telah kembali menemui Ilahi dan tidak berkesempatan untuk bersama kita dalam Ramadhan kali ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh....nasib mereka telah ditentukan... perjalanan hidup mereka telah dinoktahkan..semuanya telah ditentukan...Entah apa dan bagaimana nasib kita.....

Adalah satu kerugian, sekiranya kita yang masih dikurniakan nyawa ini tidak mengambil peluang ini sebaik mungkin. Terlalu banyak sebenarnya yang ingin saya kongsikan, tapi untuk permulaan saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini sekiranya selama ini saya ada terkasar bahasa dan tersilap tingkah, saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari membuat kesalahan.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat meningkatkan amal ibadah.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna buat kita semua...