Ahad, Julai 19

Aku handsome......



Ada orang kata aku ni handsome...aku tak kisah...dan ada orang kata aku ni tak handsome ...pun aku tak kisah... tapi yang pasti dan yang aku tahu yang aku ni memang handsome..aku bersyukur kerana aku ni handsome... sebabnya aku ni manusia sempurna dari segi lahiriah...ada kaki..ada tangan...ada kepala...ada badan... semuanya lengkap...
Aku sebenarnya hairan juga dengan sesetengah orang yang tak puas hati dengan keadaan diri sendiri... setakat makeup boleh tahan lagi.. tapi sampai tahap buat pembedahan plastik nak ubah diri bagi aku orang macam ni, ada penyakit.. penyakit hati.. yang tak ada rasa syukur dalam diri dengan kurniaan yang diberikan kepada diri mereka.
Ada orang mengutuk diri aku yang mengata yang aku tak sedar diri..mengaku diri handsome ...sedangkan tak seberapa.... tapi aku tak kisah... aku rasa tak salah untuk aku puji diri sendiri... aku bagi motivasi pada diri aku... aku memang tak harap pun orang lain nak puji aku... susah nak dapatksn pujian daripada orang kecuali ada udang disebalik mee... ada ayam disebalik mee hoon, ada kerang di sebalik kuew teow....orang lebih suka mengutuk,mengata,memperli dan mencari kekurangan diri kita... sebab itu dah jadi sifat manusia...
Handsome...cantik... adalah perkara yang sangat subjektif... kita mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cantik dan handsome... sebagai contoh...ada orang kata samy vellu tu tak handsome... tapi cuba kau orang tanya bini dia...mesti bini dia kata yang laki dia tu handsome... itu buktinya bahawa kita mempunyai pandangan yang berbeza mengenai handsome dan cantik... cantik dari perspektif orang muda dan dari perspektif orang tua juga berbeza....
Kenapa macam tu ye?... sebabnya manusia itu sendiri dilahirkan berbeza... walaupun kembar seiras... walaupun sama wajah tetapi hati dan perasaan berbeza... macam aku la..aku ada kembar...kembar aku pun berbeza.... dia kulit putih..aku gelap sikit..dia terkenal sangat...tapi aku terkenan je...kami ni kembar lain mak dan lain bapa... nama dia pun aku dah lupa...kalau tak silap aku orang panggil Brad Pitt... kau orang mesti tak percaya.... tapi aku tak kisah.... tak harap pun kau orang nak percaya....
Walaupun aku ni handsome..aku tak meninggi diri... aku senang bergaul orang semua orang..sebab aku anggap semua orang handsome...maknanya kedudukan dia orang sama dengan aku... so no problem.....
Cuma nasihat aku... kita bersyukurlah apa yang dianugerahkan kepada kita...kalau ada kekurangan..jangan anggap itu sebagai kelemahan...anggaplah ianya sebagai suatu kelebihan dan cabaran untuk diri kita....Jangan mengutuk dan mengata yang orang itu dan orang ini tidak handsome... sebab itu adalah anugerah TUHAN...siapa kita untuk mengutuk anugerah TUHAN....