Ahad, Julai 12

Kahwin dengan perempuan sekampung....

Semalam aku terbaca satu artikel dari sebuah majalah yang mengatakan bahawa tidak sah jika seseorang lelaki berkahwin dengan perempuan sekampung. Tak pernah pulak aku dengar tentang perkara ini...disepanjang hidup aku ni...Entah lah fatwa mana yang digunakan pun aku tak tahu...
Aku cuba rujuk dengan ustaz tapi ustaz tersebut pun mengesahkannya....aku tak kisah sebab calon isteri aku yang ketiga bukan orang sekampung dengan aku..begitu juga dengan calon isteri yang kedua dan pertama... semuanya dari negeri yang berbeza...
Aku masih tak puas hati..aku tanya pula dengan kawan-kawan yang dah berkahwin dengan bekas tunang dia orang (sekarang dah jadi bini la) tentang hal ni... dia orang pun tak pernah dengar... tambah risau dia orang dah beranak pinak... apa jadi kalau fatwa tu betul dan benar.... tak kan nak kahwin lain... nak kahwin lain tu tak kisah sangat...mana nak cari duit nak buat hantaran dan kenduri kendara...itu yang memeningkan...
Entah macamana tergerak hati aku nak tanya hal ni pada tok mudim yang pernah sunatkan aku dulu...aku masih berhubung dengan dia walaupun aku dengan tiada apa-apa hubungan ... tetapi disebabkan dia ada anak dara yang boleh tahan cantiknya... Kau orang tahu apa dia kata... memang lah tak boleh kahwin dengan perempuan sekampung... kampung ni pun ada 356 orang anak dara...tak kan kau nak kahwin dengan semua sekali...setakat 4 orang boleh lagi...ni nak kahwin dengan sekampung anak dara orang mana boleh... satu pun belum tentu lagi.....