Jumaat, Julai 3

Nak kaya????...



Siapa yang tak nak kaya kan? Tanya la sesiapa pun... Mungkin ada juga yang tak nak kaya..sebab selesa dengan cara hidup yang sedang dijalaninya...terpulanglah..dan bagi yang nak kaya aku nak bagi sedikit tips... boleh cuba kalau nak try....

1. Tukar nama dengan nama Kaya..
Bila dah tukar nama..dah tentu orang akan panggil nama kita dengan nama kaya walaupun sebenarnya kita tak kaya....Siapa tu? Ooo itu lah En. Kaya....

2. Selalu makan roti inti kaya...
Manalah tahu..berkat dari makan kaya banyak-banyak kita boleh jadi kaya...

3. Kahwin dengan orang kaya...
Setidak-tidaknya boleh tumpang tuah orang... cari lah suami atau isteri dari keluarga orang kaya.....itu pun kalau dia orang nak... biasanya orang kaya akan cari pasangan orang kaya juga...manalah tahu nasib badan dapat kahwin dengan orang kaya...

Setakat ni aku dah cuba tips yang kedua... tapi masih belum membuahkan hasil..tapi aku tak putus asa...yang pertama dan kedua aku tak try lagi....

Tapi percayalah kaya tidak menjanjikan kebahagiaan dalam hidup kita....biasanya kita tak dapat semuanya apa yang kita mahu dalam hidup kita... kalau kita nak kan sesuatu kita terpaksa korbankan sesuatu...kita terpaksa membuat pilihan...biarlah kita miskin harta tapi kita kaya dengan akhlak dan ilmu...