Sabtu, Jun 13

Perkara yang anda perlu tahu di dalam suatu perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
Macam aku la... sering ditinggalkan terutama bila isteri pergi tandas...

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
Pernah dengar lagu kumpulan dari Uganda tak... tajuk dia Prikasiamtu... kau orang amati senikata lagu tu.... pasti kau orang rasa hidup ini sangat berharga....

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana...
Sekarang ni musim panas... mudah sikit kerja kita... dengan syarat jangan pasang aircond....

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan...
Memang pun... kalau aku tahu kahwin tu seronok.. lepas sunat je..terus aku kahwin...
Bukan setakat seronok je... tapi dua ronok..tiga ronok..empat ronok dan beronok-ronok...

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
Kau orang pernah buat korban tak sempena hari raya haji?...kalau tak pernah dan kalau ada rezeki lebih cuba buat....

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Macam sesumpah la tu... tahu ke binatang sesumpah tu? Ala lebih kurang macam anak kambing umur 15 hari....

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Saya bantah!!! ini tak adil.....

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Maknanya kalau tambah lagi...bertambah-tambah bahagia la.....

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Yang ni aku tak faham.... macam harga saham pasaran hadapan KLCI pulak....

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Motor ego modenas tu pun canti juga... lagi cantik daripada Siti Norhaliza tau...