Jumaat, Mei 22

Kalau lah aku jadi wanita...

Aku berbangga menjadi seorang lelaki....aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki...aku redha kerana aku menjadi lelaki...aku pasrah kerana dipilih menjadi lelaki....aku akan terus menjadi lelaki kerana aku suka menjadi lelaki.....
Tapi aku tetap hormat kepada perempuan....atau sesetangahnya sebut wanita....tapi mereka adalah insan yang sama....kerana lelaki dan perempuan sama pentingnya dalam dunia ni.... tak ada lelaki..maka tak ada la perempuan...
Kalau diberi pilihan pun aku tak nak jadi wanita...kerana aku selesa dengan jantina aku sekarang...senang...mudah..bebas... berbeza dengan wanita... tapi kalau lah aku ni wanita....yang bergelar isteri....

1. Aku pastikan yang aku menjadi isteri yang solehah

Aku akan patuh pada suami sebagaimana dituntut oleh agama....apa suami suruh akan aku turuti selagi yang terdaya....dan tidak menyalahi agama.... Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar.....
aku akan belajar memasak supaya suami aku boleh makan apa yang dia nak... jadi tak payah la suami 'makan luar' masak mesti lauk yang sedap-sedap… jangan asyik sambal belacan dengan ikan masin je hari-hari...yang tu aku pun boleh masak.. orang kata nak ikat suami melalui masakan...…
Aku akan jaga aurat aku terutama ketika ketiadaan suami... kalau berdua dengan suami aku pasrah....kat luar aku bertudung... yang tak nampak jambul burung belatuk tua...
Bukan senang nak jadi isteri solehah ni...tapi tak la susah sangat... Kalau suami aku tak puas hati dengan layanan aku...aku akan berusaha mencari isteri yang kedua untuk nya...itu pun kalau dia mampu dari segi zahir dan batin... bukan setakat dua..kalau dia nak penuhkan koata pun aku rela....

2. Jaga hati Mak Mertua

Aku akan jaga hati mak mertua...seperti mana aku jaga hati mak aku sendiri...tiada pilih kasih...tiada pilih bulu....… kalau mak mertua suruh picit kaki ke, suruh pergi shopping ke.. aku akan turuti... aku tak melawan...kerana aku tahu...berdosa melawan orang tua terutama mak kita.... bila kita dah jadi mak baru kita tahu betapa sukarnya nak jadi mak ni... orang lelaki apa tahu... nak jaga anak sekejap pun merungut.... nak buat anak tak pula merungut.....

3. Sentiasa bantu suami

Kalau dia benarkan aku kerja..aku akan bekerja...tak la asyik aku je yang dikerjakan...setidak-tidaknya dapat juga bantu suami...dapatlah tambah sikit-sikit....duit gaji aku..aku punya...duit gaji suami pun aku punya... hidup susah dan senang haruslah sama-sama… kalau suami tak cukup duit aku bantu .. kalau aku tak cukup duit suami...… lain la kalau dapat suami orang kaya...macam Datuk K ke... aku kalau jadi Siti..aku dah letak jawatan jadi penyanyi ....buat susaj-susah je melalak ke sana ke sini... duduk rumah kira duit je... kalau rasa bosan aku pergi mana-mana amjlis agama...tambah ilmu pengetahuan...tak lah tunggu dah tua baru belajar nak ke surau dan masjid....

4. Jaga penampilan diri

Aku tak jadi macam kebanyakkan orang perempuan...bila kat rumah..selekeh habis... tengok pun tak selera... hilang nafsu...tapi bila kat luar macam anak dara sunti... make up nya..ya rabbi...baunya... masyaalah....ni dah tak betul... sepatutnya isteri berhias untuk suami...tapi ni dah terbalik...yang suami pulak tak pulak nak tegur bila isteri dia buat macam tu...Aku akan pastikan penampilan aku terutama ketika berhadapan dengan suami sentiasa menarik...mengasyikan..dan dapat memberahikan pandangan suami aku... anak...penat...bukan nya alasan yang akan aku gunakan...aku akan bagi layanan first class pada suami aku...supaya pandangan matanya sentiasa melekat pada aku....pujuk memujuk juga adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Kalau aku melihat suami marah, aku tenangkan dia.

5. Penyayang

Aku akan tumpahkan sepenuh kasih sayang aku pada suami aku dan anak-anak... bila dah berkahwin bermakna tanggungjawab aku adalah untuk suami aku...tapi aku tetap tak akan lupa tanggungjawab aku kepada ibu bapa aku....
Aku tahu yang suami memang tak suka kalau isterinya asyik membebel... kadang-kadang pasal anak kucing jiran pun dibebelnya sampai lima hari dua malam.... membebel selalunya dikaitkan dengan wanita. Aku sendiri tak suke la sebenarnya dgr membebel ni, sakit telinga, sakit kepala dan sakit hati pun ada . Dalam hati aku tak penat ke dorang ni membebel. Pot pet pot pet pot pet.....Aku akan bercakap apabila perlu.... cakap pun dengan lemah lembut dan sopan santun...

6. Lahirkan zuriat untuk suami

Aku sanggup lahirkan seberapa orang anak yang suami nak... tak payah pakai pil perancang.. atau apa-apa cara lain untuk merancang.... kalau suami nak sepuluh....dua puluh... pun aku sanggup.... asalkan suami aku sanggup sama-sama bantu jaga anak....buat susu...tukar lampin....bawa klinik... Jangan tahu nak anak je.... tapi tak tahu nak bantu isteri....

7. Menyenangkan hati suami

Apabila suami aku memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk.... adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menghargai pemberian suami .... isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.Tak kan suami yang kerja jaga.... minta BMW pulak...tu dah melampau....


8.Pendorong dan memberi motivasi

Aku akan menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah..... Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai 'teman hidup'.... jika suami menghadapi masalah aku akan berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.....dalam keluarga.... ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. .....Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga..... suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama.

Iskk...susahnya jadi perempuan ye....nasib baik la aku jadi lelaki....