Selasa, Mei 19

Bacaan 18 sx: Kisah Benar Mesti Baca!!!!


Kisah ini berlaku kat Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas
(diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama
samaran)...utk dijadikan teladan bagi kita yg masih hidup.

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak
jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana
kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya
melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak
perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat
iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya
itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit
antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini
dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk
majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa
Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar
kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu
pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana
tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn
lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan
tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang
sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di
baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan
berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti
ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan
ayahnya. Dalam ketakutan y ang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua
menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan
menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju
tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap
adaa...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu
pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan
benda yang berwarna biru...

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"

Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang...
err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai.....


hehehehhhhehehehh......


Jangan marah den pun terkena juga....hehhe