Jumaat, Mei 8

Senang ke susah?....

Aku nak tanya kau orang... susah sangat ke hidup ni? Tak faham soalan okaylah aku ubah sikit tapi maksudnya tetap sama... Susah ke nak hidup?.....Anda cuma ada dua pilihan jawapan samada susah atau senang....atau senang atau susah... Kalau senang mengapa anda kata senang dan kalau susah mengapa kata susah....soalan ni adalah soalan bocor untuk kertas ekonomi STPM tahun ni....

Mengikut pakar sakit puan....Susah atau senang bagi aku bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana cara dia mengendalikan hidupnya... ke mana dia nak bawa hidupnya... Kalau betul cara dan tujuan insyaalah... Ada orang yang suka mengeluh, meratap perjalanan hidup yang dilalui walaupun dia sendiri sentiasa berpeluh dan ada yang sentiasa happy go lucky walaupun dia sendiri belum berlaki....

Orang yang kita lihat susah..baginya tiada masalah kerana dia pasrah dan akur dengan hidupnya... tak banyak hutang, walaupun ada anak yang ramai... tak ada hutang bank,hutang budi, hutang kutu tupperware, hutang benggali jual kain...Tak perlu nak suruh anak bagitahu yang mak dan ayah tak ada kat rumah bila orang datang kutip hutang....Baginya hidup seadanya... tak ada apa yang nak dikejar walaupun dia mampu untuk berlari...tak ada apa yang nak dicari....kerana apa yang ada dah memadai, bukannya boleh bawa ke dalam kubur bila mati.....tak perlu kahwin satu lagi...cukuplah yang satu...itu pun dah tak mampu dilayani....syukur dengan apa yang dikecapi...insyaalah rezeki akan lebi diberkati...

Ada pulak yang kita tengok hidup senang... rumah besar, kereta besar , bini besar....tapi belum tentu lagi dia senang... susah juga macamana nak fikir nak tambah lagi duit yang ada, nak tambah kereta biar sampai nak tambah rumah buat isteri kedua, tambah lagi isteri yang dah ada dua supaya jadi tiga... harta yang ada pun semuanya pinjaman dari bank... duit sara anak tunggal pun mengalahkan gaji jaga tiga bulan... itu belum masuk belanja bini..dan belanja kawan-kawan lelaki dan perempuan yang bersepah sana sini...

Susah juga ye... susah pun susah...senang pun susah...tapi lebih yang susah yang senang daripada susah yang susah.Siapa yang tak nak hidup senang... tapi kesenangan bukanlah penentuan kepada kebahagian... kesenangan tak boleh diukur dengan kebendaan...harta dan wang yang banyak...Bagi aku senang je...kita ambil jalan tengah...kita hidup biar sederhana... asal hati senang..tak guna hidup penuh kepuraan di luar nampak hebat tapi di dalam ... serabut dan selerat... kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa dan tenang.....kehidupan merupakan satu nikmat hidup yang benar-benar boleh menenangkan jiwa serta menimbulkan keinsafan diri kita.Hidup dalam kesederhanaan pun memang dituntut oleh agama.