Selasa, April 28

F.A.H.A.M....

Sampai sekarang aku tak faham-faham dan aku rasa sampai bila bila pun aku tak faham kenapa aku susah nak faham. Kau orang faham tak maksud aku ni.... kalau tak faham biar aku cuba fahamkan walaupun aku sendiri tak faham......

Kau orang pun mungkin faham.. kan... mengapa ada orang yang susah nak faham. Mungkin ada orang yang faham lain dan kita pulak faham lain...maka timbullah salah faham.. Salah faham juga merupakan salah satu masalah besar yang dialami oleh orang-orang yang susah nak faham... sebab tu lah kita kena fahamkan dia betul-betul...beri penjelasan yang tentang apa yang disalah fahamkan supaya dia betul-betul faham...

Kadang-kadang memang susah nak fahamkan orang lain... mungkinlah dia buat-buat tak faham supaya dia boleh buat tak faham atau memang betu-betul dia tak faham...kerana dia memang telah dilahirkan sedemikian rupa... menjadi orang yang tak pernah faham...macam aku.. aku betul-betul tak faham sekarang mengapa aku tak faham....