Ahad, April 19

Aku sebuah keyboard....

Nama aku keyboard...orang melayu panggil papan kekunci...fungsi aku tak sama macam kunci walaupun nama aku sama macam kunci...
Kau orang pun dah tahu apa kegunaan aku... macam ni lah nasib aku... hari-hari ditekan dan ditekan... kalau aku boleh menjerit dan meraung.... mahu rasanya aku aku laungkan seluruh dunia... JANGAN TEKAN AKU!!!!!.. tak tahan rasanya... masa aku masih baru.. boleh pulak tekan perlahan-lahan...macam la bini baru...bila aku dah lama sikit kau orang tekan aku macam tekan mesin wang automatik bila tak ada duit dalam akuan...ikut suka hati kau orang je.... cuba kau orang berada ditempat aku..apa agaknya perasaan kau orang...
Aku bagi contoh la... kalau waktu kerja..kau orang di'pressure' setiap hari...apa kau orang rasa? Mestilah bengang kan... kau boleh nak je telan kepala boss yang berkilat macam baru lepas polish tu... tapi apa kan daya..kau orang kuli je... so kena la akur pada perintah... itu yang kadang-kadang kena darah tinggi....kalau nasib baik dapat pulak kencing manis...
Itu baru satu contoh..aku boleh bagi banyak contoh... tapi kali ni cukuplah aku bagi satu je...tak apa lah aku bagi lagi satu contoh.... kalau kau orang ada anak... cuba tekan dahi dia dengan hujung hari hantu 10 kali setiap hari... mahu berkawah dahi kawan tu... ini contoh je...jangan kau orang praktik kan pulak..nanti tak pasal-pasal dahi kau orang ditenyeh oleh suami atau isteri kau orang......
Berbalik pasal cerita diri aku ni... memanglah tak dapat dinafikan yang diri aku ni dicipta untuk ditekan... habis tu tak kan nak tekan ibu jari kaki pulak... kat situ mana huruf , angka dan simbol....tapi biarlah berpada.. mesti ada perasaan hormat dan belas...baru la umur aku panjang sikit...jangan tekan ikut suka hati kau orang je... tekan pun mesti ada skill... macamana nak dapat skill tu? kena lah belajar...belajar dari siapa? Tak kan itu pun aku nak beritahu...kau orang kan lebih pandai dari aku....
Aku sekadar nak luahkan perasaan aku yang terpendam ni... kau orang pun kalau ada problem jangan pendam je... cari tempat untuk luahkan... kalau disimpan...sekali meletup susah pulak kau orang nanti...biol seumur hidup....sekarang ni baru aku rasa lapang sikit...kalau tidak tak tahu pada siapa aku nak mengadu... ok la... aku minta diri dulu....Bye...bye...