Jumaat, April 17

Aku suka merapu....

“Cuba kau tengok jiran sebelah rumah tu, asyik tukar kereta baru je? Pinjam la tu…. “
“Eh, tengok tu…kereta baru lagi….. sewa la tu”
Ini lah antara dialog yang biasa didengar di dalam drama swasta 13 episod yang selalu tersiar di kaca televisyen… sekarang ni orang sebut skrin LCD… menunjukkan antara sikap orang kita…bukan orang kita sahaja tetapi termasuk aku juga.
Dah berbuih mulut aku bercakap dalam ceramah motivasi yang aku sampaikan...baik dalam dan luar Negara tentang sikap dan amalan berfikiran positif . Tapi..susah juga rupanya nak ubah mentaliti dan pemikiran orang ni… lagi senang nak ubah siaran televisyen bila ada Forum Perdana Hal Ehwal Islam dari nak ubah sikap orang… walaupun bukan kerja aku sebenarnya nak ubah sikap orang ni… tapi nak buat macam mana… orang dah bagi kepercayaan pada aku…walaupun kadang-kadang sikap aku sendiri pun aku tak boleh nak ubah..inikan pula nak ubah sikap orang… tapi tak kisah la… oleh kerana kepakaran aku ialah untuk mengubah sikap orang jadi aku pikul amanah dan tanggungjawab ini walaupun ianya sebenarnya tak sesukar mana….
Ni aku nak cerita pengalaman aku tentang usha aku untuk mengubah sikap orang ni… pernah sekali tu … ada seorang perempuan muda yang mempunyai tabiat baik tetapi akhirnya menjadi buruk…. Budak ni dia suka menulis…. Macam-macam yang dia tulis…novel ada, sajak ada, surat pun ada, tulis tangan pun ada dan yang aku paling suka ialah tulisannya waupun tulisannya agak buruk.… Ada sekali tu dia tersalah taip perkataan mengubah sikap sebagai mengubah silap… jadi aku telah tegur kesilapannya tadi… dengan segera gadis ini membetulkan kesilapannya …..dengan itu juga aku dah berjaya mengubah sikap walaupun ianya sekadar ejaan… so.. sebenarnya bukan lah sesuatu yang sukar untuk mengubah sikap orang ni…aku talah buktikan …
Kalau aku yang pakar ni boleh…kau orang semua yang tak pakar ni lagi la boleh… sama-sama lah kita ubah sikap kita dengan sentiasa berfikiran positif…. Apa la kau orang ni..positif pun tak tahu…. Positif tu maknanya yang ok yang baik, bagus…. Contohnya kalau seseorang itu diuji air kencing untuk ujian dadah..kalau positif tu maknanya tak ada dadah..kalau negatif tu…maknanya ada kandungan dadah… aku tahu la..sebab atok saudara sebelah adik ipar jiran aku dulu pegawai yang menguji air kencing orang….. nama dia Salleh… sampai sekarang ni lekat nama Salleh Kencing…. Tak baik tau berikan gelaran yang tak baik pada orang lain… ingat nasihat aku ni…..

Berakhlak terpuji tuntutan agama,
Peribadi dijaga setiap masa,
Bersangka baik amalan mulia,
Berfikiran positif minda terpelihara,

Eh,,,pandai juga aku berpantun ye... ingatkan aku pandai menyanyi, memasak,menjahit dan merapu je... Itu lah kita kadang-kadang terlupa akan kelebihan diri sendiri sebab sibuk fikirkan masalah dan hal orang.. tapi aku sebenarnya memang dah tahu yang aku ni pandai berpantun...saje je ..takut nanti ada pulak orang jemput jadi pemantun...sedangkan profesion aku sebagai penceramah ni pun aku tak terlayan...
Dah la tu..aku rasa cukuplah aku merapu buat masa ni... ingat pesan aku tu..sentiasalah berfikiran positif...