Selasa, April 14

Kenapa berkahwin?.....



Setiap tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat Malaysia yang berkahwin berkahwin. Kalau tiba musim cuti sekolah..bersusun undangan walimatul urus…. Tak kira zaman gawat ke, ekonomi meleset ke…Kahwin tetap kahwin…. Yang bujang dengan yang dara… ada yang duda dan dara….. dan ada juga yang teruna dan janda… tak kisahlah tu semua….jodoh ni bukannya kerja manusia kerana semuanya telah ditentukan olehNya…….
Ada yang berkahwin secara sah mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan dan ada yang berkahwin senyap-senyap terutama untuk yang tambah lagi…. Alhamdullillah…moga tambah lagi rezeki… Ada pula yang lagi teruk.. belum pun bernikah tapi dah berkahwin…masyaallah…
Dan kalaulah ditanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa kemungkinan jawapan yang biasa kita dengar:
1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat.
2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk
berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.
3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki
4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih
sayang serta belas kasihan.
5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi
6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh
7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin
8. Saya berkahwin kerana saya dah tua …. tak nak orang panggil saya bujang telajak
9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora
10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia
13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya suruh saya berkahwin
14. Saya kahwin sebab dah bersedia nak pikul tanggungjawab
15. Saya berkahwin sebab terpaksa
16. Saya berkahwin sebab saya suka kahwin…

Dan kalau nak disenaraikan memang banyak sebab kenapa kita kahwin…tak kisahlah apa sebabnya…yang penting kita buat benda yang elok…seperti mana yang (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)) " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan".
Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.
Tapi ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin. Maklumlah dah lama berkahwin….lain lah kalau kahwin baru….apa pun berkahwin ini adalah untuk untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal demi untuk kebaikan semua pihak.
Ingatlah berkahwin bukannya perkara mainan…. Kita perlu ada ilmu sebelum kita berkahwin terutama berkaitan munakhahat…Janganlah ada niat berkahwin untuk bercerai….. Janganlah berkahwin sebab nafsu…nanti akhirnya kita juga yang lesu…..belajarlah dari ustaz…baca buku…banyak sumber ilmu yang kita boleh dapat…