Isnin, April 13

Apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini...

Kekayaan, kebahagian, kemashyuran, keseronokkan, kedudukan, kesempunaan, keredhaan dan macam-macam jawapan yang kita boleh kita dapat kalau ditanya apa yang dicari dalam hidup ini. Ada juga yang tak tahu apa yang dicari dalam hidupnya kerana baginya semuanya ditentukan oleh keadaan.

Dalam aliran perjalanan hidup ini kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai menu hidup… Dunia tempat kita berhidup ini kita nampak cukup indah kerana tipu dayanya Kita hanya perlu memilih yang mana kita mahu..Ada yang manis ada yang masin ada yang tawar dan ada yang pahit….Pilih sahaja apa yang kita mahu dan mana yang kita suka....Tiada siapa menghalang apa yang kita ingin dipilih dan pilihan terletak ditangan kita.. Apa yang terjadi adalah kerana kita yang memilihnya….

Tapi harus kita ingat kita masih terikat norma-norma kehidupan yang berpaksi kepada agama dan undang-undang Negara, walaupun kita sering mendengar tentang laungan hak asasi manusia. Kita bebas buat pilihan tetapi pilihan kita ada batasannya… Apakah oleh dasar kebebasan dan hak asasi kita boleh menjadi apa sahaja yang kita suka? Pastinya tidak…

Kita sebenarnya ada tanggungjawab yang kita persetujui sebelum kita lahir ke muka bumi ini.Kita adalah khalifah yang mesti melaksanakan tugasnya di dunia ini. Kita mesti berusaha bagi memartabatkan agama Islam di muka bumi. Tingkahlaku kita….tutur bicara kita….., penampilan kita……, amalan kita…… semua panduan telah tersedia kerana itulah perjalanan hidup yang penuh takwa. Kita hidup dengan mencontohi teladan Nabi Muhammad SAW. Sirah hidup baginda adalah amat sederhana dan penuh dengan teladan.Dan teladan bagindalah yang menjadikan contoh kepada kita, umat Muhammad dalam menuju kehidupan yang diredhai dan sempurna.

Kehidupan di dunia ini adalah sementara. Segala kemewahan atau kemelaratan adalah ujian Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keredhaan manusia itu dalam hidup. Perjalanan bermaksud musafir di dunia. Di akhirat kelaklah yang kekal abadi. Jadi, kita perlu pastikan semula hidup kita agar segala apa yang kita perbuat adalah menuju kepada-Nya. Itulah kehidupan yang sempurna. Pegang eratlah kalimah syahadat agar mati kita dalam Islam. Agar akhir hidup kita dalam Islam. Dan segala perbuatan dan amal ibadat kita dalam Islam. InsyaAllah, sempurnalah hidup. Allah akan cukupkan rezeki kita walaupun rezeki itu sedikit, kerana keberkatan rezeki itu …. InsyaAllah ….. kerana itulah sebenarnya yang kita cari…