Khamis, April 9

Cerita aku......

Ini berita panas…kau orang la antara kumpulan orang yang pertama dapat berita ni..kau orang nak baca boleh tapi dengan syarat jangan beritahu orang lain..berita ni special untuk kau orang je… ini kisah hampir benar… kau orang nak percaya ke..tak nak percaya ke terserahlah..aku tak kisah…
Semalam lepas balik dari memancing orang kat pekan..…betul la memancing orang… nanti aku ajar kau orang macam mana cara nak pancing orang… tak payah pakai joran…tak payah pakai umpan… aku dah cuba…tapi setakat hari ni masih tak berjaya… sekarang ni aku tengah berusaha keras mencari resepi macamana nak berjaya…nanti kalau dah berjaya aku akan patern kan skill ini untuk membolehkan kita sama-sama pancing orang… tapi maaf lah skill yang aku cuba ni hanya untuk warga lelaki sahaja…
Haaa ni baru aku nak cerita …..pagi aku terima satu panggilan kecemasan..orang putih sebut emergency call… kau orang tahu dari siapa? Aku pun tak tahu sebab tak pernah dengar suaranya… aku ingatkan Madonna..tapi Madonna tak pandai cakap melayu…aku teringatkan Ahmad Nispu tapi Ahmad Nispu dah meninggal… tak kan dia buat panggilan dari pusara( boleh buat tajuk cerita seram ni)…puas aku meneka dalam kesamaran tapi tak berjaya… akhirnya pemanggil memperkenalkan diri sebagai Perdana Menteri…kau orang tahu apa PM bagitahu aku…dia nak lantik aku jadi Menteri Hal Ehwal Anak Dara…. Aku terperanjat tahap jingga… tapi aku rasional… aku tolak dengan cara baik ..aku bagi 37 alasan mengapa aku patut tolak tawaran tersebut… yang 36 alasan lain aku dah lupa yang aku ingat satu je… aku bagitahu yang aku ni ada penyakit gemuruh dan gelabah apabila berhadapan dengan anak dara… aku beritahu yang aku sampai tahap tak boleh dengan perkataan dara..hutan dara, lagu dara pujaan,perkataan saudara pun aku tak boleh aku akan jadi tak tentu hala… akhirnya PM terima penjelasan aku…
Aku teringat bila ada orang nak jual minyak kelapa dara… aku jadi berpeluh satu badan..bila mak aku suruh aku kejar ayam dara…aku jadi huru hara..akhirnya ayam tu yang kejar aku…. Itu baru dengar perkataan dara ...kalau jumpa dengan anak dara tak tahu la apa akan jadi...Kau orang bayangkanlah kalau aku jadi menteri hal ehwal anak dara… memang aku tak boleh buat kerja… asyik gelabah je...
Aku bersyukur..biarlah aku jadi orang yang biasa-biasa…. Tak dikenali dan tak terkenal..Aku tak sanggup nak pikul tanggungjawab yang maha berat ni…tanggungjawab nak bimbing diri sendiri pun kadang-kadang tak tertunai apatah lagi nak bimbing orang lain… Cuma pesan aku… kalau kau orang dah rasa betul-betul hebat… boleh membimbing diri sendiri, keluarga, jiran ,orang kampong… maka amat wajar kau orang memikul tanggujawab yang besar ini… Bagi aku pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang dipilih..bukan yang menawarkan diri untuk dipilih dan memimpin....