Ahad, April 5

Aku Merapu Lagi....

Hari ni aku puas bercakap…aku bercakap dengan orang…cakap dengan ikan dalam akuarium aku…cakap dengan pen…cakap dengan baju yang aku pakai…cakap dengan uban yang aku cabut guna jari keliking dan jari manis…

Kali ni aku nak bercakap dengan diri aku sendiri…biarlah orang nak cakap aku biol ke..sewel ke..gila ke…aku tak peduli..aku tak menyusahkan orang pun…bukannya aku pinjam air liur orang pun bila aku bercakap..aku tak mengata orang pun…aku kata..diri sendiri…aku yang dapat dosa dan aku juga dapat pahala sebab ustaz aku dulu…pernah cakap kalau orang mengata orang dapat dosa dan kalau orang yang dikata dapat pahala…itu ustaz yang cakap….betul lah agaknya…

Masa aku belajar kat Nepal dulu pensyarah aku seorang professor yang juga merupakan pakar dalam bidang jarum peniti pernah berkata bahawa…salah satu cara untuk menghilangkan stress ialah dengan bercakap seorang diri…tajuk perbualan adalah bebas..jangan terikat dengan skrip seperti mana pelakon drama swasta ..kalau berlangsung dalam suasana spontan lagi bagus…kalau boleh biarlah dalam keadaan yang tidak menimbulkan tangapan negative dan pandang serong orang….tapi kalau kau orang nak bercakap seorang diri kat stesen bas ke…depan pasar ke…cakap je …lagi bagus….kita yang menyediakan soalan dan kita juga yang memberikan jawapan….

Ehh apa pulak ni..kata tadi nak bercakap…Oleh sebab itu bila kita bercakap tentang bercakap sudah tentulah ianya dalam bentuk lisan atau audio yang boleh ditutur dan didengar…kali ni aku cuba terjemahkan perbualan aku dengan diri aku secara dalam bentuk tulisan..kau orang nak baca…baca..tak baca…pun aku tak kisah… tak ada apa-apa yang bermanfaat pun aku saje je nak taip benda ini….

Aku : Siapa nama kau?
Aku: Sama la dengan nama kau. Kau pulak?…
Aku: Eh kau ni..kalau nama aku sama dengan nama kau..dah tentu nama kau pun sama dengan nama aku…
Aku: Ye tak ye juga ye… apa la kau ni…
Aku: Dah lama ke kau buat kerja ni?
Aku: Kerja apa?
Aku: Bercakap sorang-sorang ni?
Aku: Tak la…baru je…ada la 2 minit…
Aku: Tak lama kau kata.
Aku: 2 mint mana lama.
Aku: Ye la kalau nak dibandingkan dengan 2 saat…..kan 2 minit tu lebih lama.
Aku: Bijak juga kau ye..
Aku: Memang la aku bijak..
Aku: Kalau kau bijak.. aku pun bijak juga.. kan?
Aku: Lupa nak Tanya… kau lelaki ke perempuan?
Aku: Aku???? Kau tengok aku dressing macamana?
Aku: Sekarang ni susah nak bezakan lelaki dengan perempuan…
Aku: Apa yang susahnya?
Aku: Ada lelaki gaya macam perempuan..perempuan yang ganas macam lelaki pun ada...
Aku: Habis tu kau ni lelaki ke perempuan?
Aku: Lelaki la…
Aku: Apa buktinya?
Aku: Nah ambik ni…

Lepas tu aku pitam…sedar-sedar aku masih kat tepi longkang…baru aku tahu..tadi aku tumbuk diriku sendiri…..