Isnin, Mac 2

Peringatan Untuk Diri Sendiri.....

Siapa aku? dan siapa anda? nampak mudah soalan ni... kadang-kadang kita tak terfikir pun siapa kita ni..yang kita tahu...kita ni orang, ada yang sebut manusia dan ada yang sebut insan...betul la tu... tapi itu kalau jawapan yang pendek... kalau nak yang panjang aku cuba tolong jelaskan siapa kita sebenarnya yang dipanggil manusia ni...walaupun tak lengkap tapi boleh jadikan sedikit peringatan pada kita bahawa siapa kita....

M - Matlamat : Kita ni hidup mesti ada matlamat,ada impian, ada cita-cita dan ada sasaran apa yang kita mahu sepanjang hidup kita ni..masa sekolah dulu soalan yang kedua ditanya ialah apa cita-cita kamu..macam jawapan masa tu..tapi tang paling popular nak jadi polis dan askar la...budak-budak sekarang kalau ditanya...paling tidak pun nak jadi doktor...ok la tu..jangan jadi doktor yang cucuk diri sendiri sudah la..
kalau orang dewasa pula mesti letakkan satu matlamat dalam hidup dia.. .nak kerja apa? Bila nak Kahwin? Bila nak beli rumah, bila nak pergi Mekah? itu semua mesti ada dan dirancang.
A - Akal : manusia mesti bertindak mengikut akal, guna otak untuk berfikir yang baik dan buruk..otak hanya medium untuk kita berfikir dan berakal....semua orang ada otak..kadang-kadang otak letak kat kepala lutut..aku teringat kata unstaz dalam satu ceramah...kenapa mat rempit jaga sangat kepala lutut dia..daripada kepala dia sendiri... sebabnya otak dia letak kat kepala lutut... betul juga kan..
N - Nilai: Bukan nilai 3 dan bukan nilai mata wang tetapi manusia ada akhlak,harga diri, ada maruah...yang mesti dipelihara dan dijaga...akhlak mesti dijaga sepanjang masa...kita bukan ayam yang boleh menenggek dengan betina mana yang dia suka, yang boleh disembelih bila-bila masa, maruah diri mesti dipertahan kan walau apa keadaan, kita tak boleh buat apa yang kita suka...maruah agama kita juga tak kecuali... itu yang paling penting..
U - Usaha: Kita bekerja kerana ia adalah usaha kita untuk hidup....Nak kan sesuatu mestilah ada usaha, tak ada jalan mudah.. nak makan pun sebenarnya susah,kecualilah dapat makan free....tak ada jalan singkat.... kalau yang ada tu...kira nasib dia la..ada yang nasib baik...tanpa usaha boleh jadi kaya dan senang...macam jadi anak sultan ke..atau dapat kahwin dengan Datuk ke ke...
S - Semangat: Manusia hidup mesti ada semangat... semangat nak hidup,bekerja,belajar,
berumahtangga... semangat menjadikan kita lebih rajin...lebih komited dengan apa yang kita buat...semangat untuk beribadat kerana sebagai orang yang yang beragama kita mesti ingat pada Pencipta kita...
I - Ihtizam : Usaha yang berterusan jangan hanya hangat-hangat tahi orang je... jangan ada rasa putus asa....dengan setiap usaha kita....
A - Agama: Ini yang paling penting... apa-apa yang kita buat mestilah berlandaskan agama..agama kita dah cukup lengkap untuk dijadikan panduan dan dorongan dalam hidup kita... kita mesti bertindak kalau ada orang lain yang mempermainkan agama kita...mencegah kalau kemungkaran berlaku depan mata kita..macam kita marah bila orang yang derhaka pada Sultan...tapi yang heran bila orang mempermainkan agama kita dalam blog kita diam saje... ini tak tak betul...kita mesti letakkan agama ditempat yang tertinggi...berbanding kedudukan manusia yang lain... walaupun sultan..kedudukan kita sama disisi Allah...mati masuk dalam tanah juga...pakai kain kapan putih juga...