Ahad, Mac 1

Aku tengah merapu ( Siri 1)

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh mula terjebak dengan dunia maya ini…dulu-dulu masa aku umur lima bulan aku tak tahu pun apa itu blog…gobblog aku tahu la itu pun sejak aku berkawan dengan orang Indon…tapi bukan aku yang gobblog…
Semuanya kebetulan…..hidup ini penuh dengan kebetulan…dan jangan lupa ada juga kesalahan..sebab..tu.. betul lawannya salah…right vs wrong….
Kalau sebelum ni… masa lapang aku hanya di kedai kopi..memancing,,layan kereta aku…tapi sekarang dah tambah satu lagi…. Makin sibuk la aku…itu belum lagi bab memasak, menjahit, mengayam, menidur,memakan,memandi,menulis,menaip… kalau nak kira semua tu memang tak cukup masa aku dibuatnya….baru-baru ni pun ada panggilan dari Istana minta aku jadi MB tapi aku tolak dengan cara baik… aku bagi tahu tuanku..patik sangat sibuk sekarang…….cari lah orang yang gila kusa yang nak jadi MB..aku ingat tak ada..rupa-rupanya ramai…
Semalam aku dengan rasa rendah diri pergi mesyuarat PIBG mewakili anak isteri aku…rupanya dari dulu sampai sekarang rasa tanggungjawab orang kita pada pelajaran anak masih tak berubah, masing sibuk agaknya..maklumlah buat hari Ahad..sekolah ni pun satu hal..kenapa buat hari Ahad…Kenapa tak buat hari Jumaat kat masjid..dah tentu ramai kaum bapa dating…atau pun buat konsert sebelum nak mesyuarat….kalau duit banyak bagi elaun kehadiran pada ibu bapa yang dating..seorang 30 ribu ke.…mesti ramai yang dating..aku berani cabut bulu hidung la kalau ada mak bapak yang tak dating….Semalam…beberapa kerat je yang datang…agaknya dia orang ni berpatah arang berkerat rotan kot, tapi mana ada kerusi rotan dah sekarang..….
Aku pun heran juga..terfikir juga aku..agaknya budak-budak ni ikut perangai aku dulu kot…bila cikgu suruh bagi surat kat mak bapak aku tak bagi..aku simpan..takut cikgu bagi tahu segala ‘kebaikan’ aku di sekolah..jadi untuk menggelakan kesulitan yang mungkin timbul kelak....jadi aku ambil langkah proaktif..dengan menyimpan segala surat menyurat yang aku terima dari cikgu…nampak gayanya strategi aku berjaya…tapi untuk setahun je..tahun seterusnya….adik aku tak faham arahan aku… jadi lepas tu…cikgu selalu ‘puji’ aku dengan mak bapak aku…itu yang aku tak nak… bila orang puji aku…takut aku jadi riak dan takbur…
Aku sebenarnya fobia sikit bila cakap bab sekolah ni…banyak pengalaman-pengalaman ngeri aku kat sekolah…aku bukanlah jahat sangat tapi pernahlah merasa tempeling, penampar,rotan, lari keliling padang, ketuk ketampi,jalan itik ……….iskkk macam macam lagi la…sekurang-kurangnya aku ada pengalaman lalui semua tu… bukan senang…
Pernah sekali tu aku kena rotan dengan GPK… aku pun tak ingat apa salah aku…masuk je dalam bilik ….dia suruh aku pilih rotan yang mana satu ada atas meja dia…kecil, sederhana,besar…aku pun dengan bangga pilih yang kecik…rupa-rupanya yang kecik tu lah yang paling ‘sedap’…meleleh air mata dibuatnya…….sejak dari tu aku jadi suka sangat dengan GPK tu…selalu dating dgn dia….dia yang ajak aku dating…dia la yang selalu belanja aku…belanja roti panjang la…Terima kasih ..Cikgu!!!! kalau cikgu tak belasah aku dulu tak tahu la ..apa yang terjadi pada diriku ini….sekurangnya..aku jadi orang yang tak menyusahkan orang lain…bukannya aku langsung tak menyusahkan orang tapi jarang-jarang dan kadang-kadang…..
Sebab tu la..bila aku ada peluang muncul di kaca televisyen masa aku jadi pengerusi Majlis berpatun dalam bahasa tamil dulu….aku nasihatkan anak-anak yang masih sekolah ni…belajarlah rajin-rajin, jangan buat hal kat sekolah…… Jangan jadi macam aku….