Rabu, Februari 11

Kawan, rakan dan sahabat........

Ada perbezaankah antara semua ini?

Bagi saya semua orang ada kawan. Kawan ialah mereka yang kita kenal. Ingat rupa dan nama mereka. Apabila kita terserempak dengan mereka di mana- mana, kita akan saling berbalas salam.Kawan datang dan pergi, silih berganti.....Biasanyalah bila kita senang memang ramai kawan yang entah dari mana datangnya tapi kalau kita susah, ghaib entah ke mana.....

Rakan ialah mereka yang selalu dengan kita. Pergi makan bersama, sebilik, keluar bersama, itulah yang saya panggil kawan. Tempat kita mengadu dan bercerita....

Sahabat? Nilainya lebih dalam... yang boleh bersama ketika susah dan senang... faham dan kenal diri kita luar dan dalam dan sahabat jugs ialah mereka yang berani menegur kesilapan kita,Tidak semua orang berani kritik. Yelah, nak jaga hati orang bukan senang. Tetapi saya menganggap sahabat sebagai orang yang sanggup membetulkan kita supaya berada di landasan betul.

Ada orang mudah melenting apabila kita menegur kesilapan mereka, ada juga yang merajuk kalau ditegur dan ada juga yang masih mengatakan mereka betul walaupun kebenaran menunjukkan mereka sememangnya salah.

Tidak ramai yang boleh menganggap kritikan dan komen membina tapi pedas merupakan satu platform bagi memperbaiki diri bagi menjadi lebih hebat. Barangkali kita juga tidak terkecuali untuk berperasaan sebegitu.

Mungkin kita tidak sedar orang lain adalah pemerhati kita. Apa yang kita lakukan, tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah. Mungkin apa yang kita rasa betul, sebenarnya ia salah. Apa yang salah, tetapi orang lain menganggap ia betul...

Kalau difikirkan kembali, mudah untuk mendapat kawan dan rakan. Sahabat pula bagaimana? Susah atau senang?