Isnin, Februari 9

Sibuk?.... Jangan menyibuk...

Sejak kebelakangan ni aku sibuk sikit…macam-macam benda nak buat dan kena buat tapi masih lagi ”under control”. masih lagi boleh tulis dalam blog ni. Masih ada masa untuk mengurus diri dan keluarga...dan aku tak la sesesibuk orang politik....yang asyik sibuk dan menyibuk je tak tentu hala.....( politik lagi)

Sibuk pula bermaksud “perihal dibebani atau menghadapi banyak kerja atau urusa dalam sesuatu masa“. Manakala Penyibuk pula bermaksud “orang yang suka mengambil tahu hal orang lain“. Menyibuk pula adalah kerja “mengintai” atau “mengintip“.

Sibuk atau tidak seseorang bergantung kepada kepandaian menguruskan masa, Kalau mengikut kamus, sibuk itu bermaksud “banyak yang dilakukan atau diurus, keasyikan mengerjakan sesuatu; giat dan rajin dalam mengerjakan sesuatu”

Sibuk itu sendiri bergantung kepada situasi dan individu… kadangkala ada ketika rasa agak sibuk sampai tak sempat nak fikir dan buat apa yang sepatutnya contohnya punya lah sibuk sampai tak sempat nak makan dan ada yang lagi teruk..sampai tak sempat nak sembahyang…. Kadangkala rasa macam tak sibuk, …. Masa ni la mula nak jadi penyibuk… dan menyibuk.. spesis ni ada dimana-mana. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita juga masuk dalam kumpulan spesis ini. Sibuk tentang hal orang lain...hal sendiri pun tak terurus...

Kesibukan adalah berbeza mengikut manusia itu sendiri. Ada yang sibuk melakukan kerja tetapi dalam kesibukan melakukan perkerjaan tersebut, masih mampu untuk meluangkan masa dengan perkara lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Ada pula yang tidak berkesempatan langsung untuk melakukan aktiviti lain disebabkan kesibukan kerja yang sedia ada.

Menguruskan kesibukan memerlukan disiplin diri yang tegas. Masa setiap manusia di bumi ini sama sahaja, 24 jam SEHARI diberikan oleh Allah kepada setiap individu. Ada yang dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan sehingga setiap saat yang dilakukan perkerjaan mendapat rahmat dan berkat. Sehingga tidur pun boleh dikira sebagai ibadah, selagi ianya tidak dicampuri dengan maksiat[harap perbetulkan sekiranya terdapat percanggahan].

Sehari ada 24 jam, ini bermaksud 86,400 saat sehari. Satu angka yang besar sekiranya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Bagaimana nak memanfaatkan masa sebanyak sebanyak ini?

Berlandaskan kepada Surah Al-Asr,

[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Pesanan yang perlu diambil berat oleh kita semua termasuk saya sendiri. Kadangkala kita lupa bahawa kesibukan masa yang ada menyebabkan kita tidak ingin untuk beramal soleh dan jarang pula yang ingin berpesan-pesan dan nasihat-menasihati bahawa masa yang ada harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Cuma, saya nak pesan...biarlah kita sibuk daripada menyibuk..atau jadi penyibuk