Jumaat, Februari 6

Politik dan Perak???....

Sekadar nak berkongsi pendapat...

Aku anak Perak..lahir dan dibesarkan di Perak. Saudara mara aku ramai yang tinggal di Perak. Cuma cari makan sahaja di negeri orang namun hati dan jiwa aku tetap pada Perak.. sampai kadang-kadang aku ”bergaduh” dengan anak kerana memperjuangkan semangat Perak aku bila ada permainan bola sepak yang melibatkan negeri Perak dengan negeri kelahiran mereka.

Aku bukan ahli politik dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli mana-mana parti politik. Bagi aku politik ni hanya untuk orang yang suka berpolitik tapi tak salah bagi pendapat terutama situasi yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan. Sebelum ni aku tak ambil kisah sangat tentang politik ni..tapi setelah apa yang berlaku di negeri Perak kebelakangan ni, jiwa aku jadi tak tenteram...resah juga aku dibuatnya..walaupun bagi aku sesiapa pun yang dapat kuasa dan memerintah keadaannya sama saje...tak banyak bezanya...


Susah nak faham dengan orang Politik ni...Masing-masing mendabik dada mengatakan mereka adalah pemimpin yang terbaik. Mahu disanjung dan dijunjung ...sepatutnya rakyat lah yang mereka junjung sebab mereka adalah wakil kepada rakyat tapi ini dah terbalik.. sebab yang menjunjung ada udang disebalik batu. Sanggup menawarkan diri, menjaja di sana sini.. tak pernah nak mengaku kelemahan dan kekurangan diri. Mereka tidak sedar rakyat sebenarnya boleh menilai siapa mereka...

Kerana kuasa sanggup buat apa sahaja. Orang politik memang gila kuasa.. Gila banyak jenis gila..apa sangat yang ada pada kuasa..mungkin dengan kuasa boleh dapat apa yang mereka hajat dan memuaskan nafsu dan kehendak.... tapi mereka lupa kuasa hadir bersama tanggungjawab yang sangat berat...tanggungjawab yang akan ditanya dan disoal di dalam kubur nanti.. Tanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga pun tak tertunai , ini kan pula nak melaksanakan tanggungjawab pada rakyat yang berpuluh ribu bilangannya.. Itu belum lagi dikira janji yang ditabur yang tak tertunai...

Tanya lah orang kampung tentang wakil yang mereka pilih... banyak benda yang tak baik daripada yang baik boleh diceritakan oleh mereka... sebelum dapat macam-macam janji bila dah dapat kembungkan poket sendiri...masalah rakyat dia buat tak reti.... ”orang-orangnya” sentiasa senyum nampak gusi...bila diadu masalah macam-macam alasan diberi...Memang susah kalau nak cari..asyik sibuk dan out station sana sini, main golf ada pulak masa tak kira walau tengahari....

Susah nak cari pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat...memahami....menjiwai rakyat...Kebanyakkannya pun bukannya lahir di kalangan ahli politik atau keluarga pemimpin.. ada yang asal dari rakyat biasa yang pernah mengalami jerit perit hidup... tapi bila dah dapat kuasa mudah sangat lupa diri...

Akhir sekali....Lebih baik jadi pemimpin terpilih daripada pemimpin yang dipilih......