Jumaat, Januari 30

Memancing lagi?.....

Mengapa anda memancing?
Adakah sekadar hobi atau minat?
Apakah sekadar mengisi masa atau melepaskan rasa bosan dan tertekan?
Adakah anda dilahirkan dengan minat memancing?
Adakah hobi yang berbaloi?
Atau???....


Apabila seseorang pemancing ditanya soalan itu, berbagai jawapan mungkin diberi.
"Saya suka memancing kerana ketika memancing hati saya rasa tenang."
"Saya suka memancing kerana dapat memberi kepuasan tersendiri."
"Saya suka memancing kerana ada feel ,rasa,jiwa yang sukar dijelaskan."

Apa jawapan anda?


Berbagai sebab yang ada apabila diajukan persoalan sedemikian Biasanya, tanggapan negetif lahir atau dibuat oleh mereka yang bukan suka memancing. Apa pun alasannya, kaki pancing mempunyai alasan yang tersendiri mengapa hobi itu dijadikan keutamaan pada masa lapang. Mungkin pada pandangan masyarakat lain, memancing adalah membuang masa, namun perlu diingatkan kegiatan tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam, malah jauh sekali untuk terbabit dengan perkara yang tidak senonoh. Menjadi kaki pancing mempunyai kebaikan tersendiri apabila mereka diuji dengan kesabaran yang tinggi dalam menanti hasil tangkapan, malah sesiapa pun akan memperoleh ketenangan jiwa daripada kegiatan ini.
Ia juga mampu melupakan segala yang berlaku di tempat kerja, keluarga atau sebagainya.Bukan setakat itu sahaja, pemancing akan berasa lebih puas apabila memperoleh hasil yang banyak, malah hasil itu boleh dijadikan hidangan untuk sekeluarga dan ia bukanlah satu kegiatan yang sia-sia. Sebagai seorang kaki pancing, hasil yang diperoleh memberi keyakinan kepadanya untuk memancing dengan bersungguh-sungguh dan membawa balik hasil tangkapan kepada keluarga di rumah.Tidak hairan jika ada pemancing yang sanggup bertahan hingga ke subuh apabila tangkapan mula 'menjadi' dan benar-benar memberi kepuasan serta semangat untuk meneruskan kegiatan itu jika ada masa terluang...

Apa pula pendapat bagi yang bukan kaki pancing.....