Isnin, Januari 5

Celaka bagi orang yang menderhakai ibubapa


Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai....
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Di atas adalah antara lirik lagu ayah dan ibu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman. Terdapat banyak lagu yang apabila mengaitkan dengan nama ibu atau ayah pastinya menyentuh hati kita.Banyak buku dan drama televisyen yang apabila menjadikan jasa dan pengorbanan ibu bapa sebagi tema cerita sudah tentu boleh menyentap sanubari kita sebagai anak"

Dengan itu peranan anak terhadap kedua orang tua mereka adalah besar sekali.Di dalam hal ini, agama Islam mengajar bahawa tanggungjawab anak terhadap kedua orang tuanya atau kedua ibu bapanya adalah sangat besar dan perlu dititikberatkan melebihi daripada segala-gala perkara. Melainkan yang bersifat penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya sehingga Islam mengancam sesiapa yang menderhakai ibu bapanya dengan neraka.

Syurga pula diletakkan di bawah telapak ibu, kenapa? Kerana besarnya kedudukan ibu pada pandangan Allah SWT terhadap seseorang anak. Keredhaan Allah terhadap seseorang anak hanyalah bergantung dari keredhaan kedua ibu bapanya.Namun sebagaimana yang telah disebut di atas, bahawa ketaatan terhadap ibu bapa hanyalah sekadar dalam lingkungan batasan ketaatan terhadap Allah dan Rasul-Nya sahaja. Kalau ibu bapa menghendaki anaknya menderhakai Allah dan Rasul-Nya,pada ketika itu hilanglah kewajipan anak di dalam mentaati kedua ibu bapanya

Kenapa Islam sangat menekankan persoalan ketaatan anak-anak terhadap ibu bapa?Kenapa tidaknya, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ketika anak-anak masih kecil dan memerlukan tempat pergantungan, di kala itu betapa susah payah dan jerit lelahnya ibu bapa di dalam melayani keperluan anak-anak mereka.Sebab itulah Allah SWT melarang keras setiap anak daripada bersikap kasar dan biadab terhadap kedua ibu bapa terutamanya setelah kedua-duanya meningkat tua.Firman Allah di dalam al-Quran surah Isra' ayat 23 - 24 bermaksud:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia.Dan agar kamu berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang daripadanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu,janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan 'Ah!' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan penuhkasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku!, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak aku kecil lagi

Orang-orang yang fasik tetapi sangat memulia dan menghormati ibu bapanya adalah lebih dikasihi oleh Allah daripada orang-orang yang terkenal banyak ibadatnya tetapi menderhakai ibu bapa mereka. Kenapa? Bukankah ramaiorang yang melanggar hak Allah tetapi mendapat pengampunan? Tetapi tidak pada orang-orang yang memperkosa hak mereka terhadap ibu bapa mereka. Allah SWT pasti tidak akan mengampuni dosaa nak-anak yang menyakiti ibu bapa sehingga ibu bapa sendiri yang memaafkannya.

Lihat pada cerita seorang sahabat Rasulullah yang bernama Alqamah. Ketika diadalam sakaratul maut, Rasulullah hampir-hampir membakarnya kerana dia gagalmengucap kalimah tauhid pada saat itu. Setelah diselidiki ternyata Alqamah yang terkenal banyak sembahyang malam dan berpuasa itu telah gagal menunaikanhaknya terhadap ibunya yang telah tua. Mujurlah dia kemudiannya mendapat kemaafan daripada ibunya.Berlainan dengan apa yang telah berlaku kepada seorang dari umat Nabi Isa as. Dimana setiap hari pemuda itu memandi, memberi makan dan menjaga dua ekor babi.Bila ditanya kenapakah dia menjaga babi-babi yang najis itu dengan begitu kasih sayang sekali? Pemuda itu menjawab, kerana kedua-dua ekor babi itu adalah sebenarnya dua ibu bapanya yang telah melakukan sesuatu dosa yang menyebabkan dikutuk oleh Allah dan menjadi babi. Kerana menunaikan hak anak terhadap keduaibu bapa, pemuda itu telah memberi khidmatnya sehingga kerana itu telah memnyebabkan dia masuk syurga.

Pengorbanan kedua ibu bapa terhadap anak-anak tidak ada tolak bandingannya.Anak-anak dikandung oleh ibu dengan susah payahnya sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran surah Luqman ayat 14 bermaksud:
Dan Kami amanatkan kepada manusia (agar menghormati dan memuliakan)terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemahdan bertambah kesusahannya dan me-nyusuinya selama dua tahun. Bersyukurlahkepada-Ku dan kepada dua ibubapamu, dan kepada Akulah kembalimu.Kemudian setelah besar mencapai usia remaja, ibu bapa memberi pelajaran secukupnya dengan harapan apabila benar-benar dewasa nanti akan menjadi manusia yang berilmu dan berguna di dalam masyarakat.

Kenapakah setelah kedua-dua ibu bapanya mencapai usia tua dan sampai giliran mereka pula untuk menjadi beban kepada anak-anak, ada setengah daripada anak-anak yang tergamak memperlakukan kedua-dua ibu bapanya itu (atau salah seorang daripada) mereka dengan cara yang tidak sepatutnya?Ada anak-anak yang menengking ibu mereka kerana melakukan sesuatu yang tidak berkenan di hati mereka. Mengapakah si anak tidak menghadapi telatah ibu mereka yang telah tua itu dengan tabah dan sabar? Sewajarnya anak-anak yang mula bosan terhadap telatah orang tua mereka membayangkan betapa susah dan payahnyakedua-dua ibu bapa mereka menjaga dirinya dan melayani telatah dan kerenahnya di zaman kanak-kanak? Atau apakah si anak yang memperlihatkan sikap biadab terhadap ibu bapa merekakerana ingin membalas dendam terhadap perbuatan yang dianggap kejam yangdilakukan oleh orang tua mereka terhadap mereka ketika masih kecil dahulu? .

Dan setelah mereka dewasa, mereka mahu membalas dendam pula? Alangkah malangnya ibu bapa yang mempunyai anak yang memiliki hati sebegini.Apakah kerana perbuatan orang tua yang mahu mengajar anaknya agar setelahdewasa menjadi manusia yang berakhlak mulia dianggap telah menganiayainya danb ertindak kejam terhadap mereka? Sehingga mereka menunggu masa untuk membalas dendam setelah mereka dewasa dan ibu bapa mereka menjadi tua dan lemah.

Alangkah kejamnya manusia ini.Memang tidak dinafikan terhadap ibu bapa yang bertindak kejam terhadap anak-anak seperti melakukan penderaan yang menyeksakan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kepada si anak (dan sewajarnya ibu bapa sebegini menerima hukuman yang berat sesuai dengan perbuatan mereka terhadap anak mereka). Namun anak tetap dilarang untuk membalas perbuatan ibu bapa terhadap mereka itu. Dan anggaplah itu sebagai ujian ke atas diri mereka moga-moga denganujian yang seberat itu akan dibalas oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat kaliganda di akhirat nanti.Walau bagaimanapun Allah SWT melarang keras sebarang tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya penderhakaan terhadap ibu bapa. .

Tidak ada jalan untuk dijadikan alasan untuk membalas dendam terhadap ibu bapa. Sejahat-jahat ibu bapa masih tidak dapat untuk dibalasi jasa dan susah payah mereka terhadap anak-anak.Walaupun betapa kejamnya ibu bapa terhadap anak-anak, tetap akan membawa anak-anak ke hospital atau berjumpa bomoh untuk mengubati sakit si anak kalau si anak ditimpa sakit. Bukankah ini satu pengorbanan yang besar dan tergamakkah sianak apabila dewasa mahu bersikap kasar dan biadap terhadap orang-orang yangtelah menjaga mereka itu ketika kecil dahulu?Bagi orang-orang yang memahami nilai pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak,mereka sekali-kali tidak sanggup untuk menderhakai ibu bapa mereka sekalipunmereka telah diperlakukan dengan bermacam-macam kekejaman ketika kecil.

Justeru itu, jasa-jasa ibu bapa dianggap oleh Allah SWT sebagai satu amal yang nilainya cukup besar dan tidak boleh dipandang mudah oleh anak kandung sendiri.Manakala bagi anak-anak yang menganggap jasa-jasa ibu bapa tidak lebih daripada tanggungjawab bagi setiap orang yang menjadi ibu dan bapa akan dicap oleh Allah sebagai manusia yang tidak memiliki budi yang mulia dan tidak tahu menilai sesuatu yang dinamakan budi. Dari itu wajar sekali manusia jenis ini tidak mendapat keredhaan Allah dan tempatnya di akhirat nanti ialah di neraka.