Sabtu, Januari 3

Hantu???....


Kebanyakkan kita takut sangat pada hantu… kadang-kadang lebih takutkan hantu daripada Tuhan, pada hal tak pernah pun tengok rupa hantu, kalau tengok pun ..tengok kat televisyen saje.. Seumur hidup aku tak pernah la lagi jumpa atau tengok hantu.. tengok orang yang perangai macam hantu adalah dan hantu dalam rumah hantu (funfair).. Teringin juga nak tengok macamana rupa hantu... bukan riak atau cakap besar dan aku bukan lah orang berani sangat....tapi nak merasa juga pengalaman jumpa dengan hantu.. Cuma nak tengok saje. tak lebih dari itu.... Tak la pulak sampai nak pergi kubur atau tempat yang ’keras’ nak cari hantu...

Betul ke yang tu hantu? Cantik juga ye...


Kenapa kita takut sangat dengan hantu???


Mungkin kerana sejak dari kecil sampai dewasa dan ada sahaja cerita hantu yang sampai ke telinga kita... tak pernah tamat, dari satu versi ke satu versi dan bermacam episod dan macam-macam jenis hantu...Kebelakangan ini banyak juga cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan di pawagam.Seolah-olah mereka itu diagung-agungkan. Lagi syok la bapa mereka si iblis dan syaitan tu...dapat promosi percuma..

Banyak juga jenis hantu rupanya, pada bangsa Melayu sendiri, terdapat tidak kurang dari sepuluh jenis hantu yang popular seperti pontianak, toyol, hantu tetek, jembalang, pocong, hantu galah dan pelbagai lagi nama yang agak melucukan.

Saya ada terbaca yang hantu-hantu ni dapat nama sebenarnya telah diciptakan oleh kaum wanita Melayu. Kita ambil contoh seperti pontianak , yang selalu digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat cantik, berbau harum dan merayau bersendirian ditengah malam. Kaum lelaki tak kira dari remaja hingga ke lanjut usia, dari dulu hinggalah sekarang selalu dikaitkan dengan balik lewat malam . Untuk menggalakkan suaminya, anak atau adik lelakinya, ipar duainya balik awal, maka diciptakanlah bahawa pontianak ini akan mula merayau selepas jam 12 tengah malam. Lebih-lebih lagi pada malam Jumaat kerana malam itu adalah malam yang istimewa bagi si isteri dan selalunya majlis-majlis keagamaan selalu dilangsungkan pada malam tersebut.

Burung yang paling orang takut... Burung Hantu..

Ini pulak ikan hantu...


Cerita hantu ini bukan sahaja wujud di kalangan orang melayu sahaja..malahan dis eluruh dunia percaya akan wujudnya dunia paranorma ini......Rupanya hantu pun ada beberapa jenis Antara jenis hantu yang utama seperti berikut.

Yang mana satu jari hantu?


Jenis yang pertama ialah jenis yang menyesatkan, membisik, menghasut, mengapi-apikan, menggoda, mengkhayal, menipu manusia, tetapi ianya bukan dari golongan roh. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan, manusia dan jin,setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunanya untuk memperdaya pendengarnya . Mereka juga selalu menyamar menjadi makhluk lain. Kebiasaannya, jenis ini selalu menghadirkan diri di upacara spirit of the coin , upacara pemujaan syaitan dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.


Jenis yang kedua ialah jenis yang suka menakut-nakutkan manusia dengan pelbagai cara tersendiri. Kadangkala, ada sesetengah dikalangan kita pernah melihat mereka dalam bentuk sepenuhnya atau sekadar biasan / imbasan sahaja. Tetapi selalunya, kita dengar ramai orang bercerita tentang mereka pernah terdengar bunyi seperti tapak kaki, suara dan muzik; dan bauan yang pelik. Sesetengahnya pula mendakwa pernah disentuh atau mengalami perubahan suhu persekitaran secara tiba-tiba. Ada sesetengah berpendapat jenis sebegini, selalunya dikaitkan dengan manusia-manusia jahat yang telah meninggal dunia atau kematian yang tidak normal seperti bunuh diri, pembunuhan atau kemalangan tragis. Roh mereka dikatakan tergantung kerana tidak diterima langit mahupun bumi (wallah hu alam).

Gangguan-gangguan seperti lampu yang terpadam dan tertutup dengan sendirinya, barang-barang bergerak secara tiba-tiba dan bunyi-bunyian seperti bisikan sebenarnya adalah kerana mereka memerlukan perhatian dari yang masih hidup. Namun begitu ada juga segelintir yang sengaja mengganggu dan menyakat kerana ingin menghalau manusia dari mencerobohi atau mengubah objek kepunyaannya di kediaman mereka dan kadangkala ia mungkin memudaratkan mangsa.

Zaman sekarang macam-macam orang boleh buat untuk mengadakan yang tiada....

Ingatlah syaitan ini kerjanya ialah menyesatkan manusia...tak ada lagi kerja lain selain daripada itu…. Jadi janganlah terlalu percaya kerna ia akan mengambil kesempatan atas kelemahan kita nanti...Kita perlu kuatkan iman..jangan lupa solat agar kita sentiasa mendapat perlindungan daripadaNya… insyaalah