Ahad, Oktober 11

Cantik ????....

Ukuran cantik bagi manusia tidak pernah sama. Ada orang terpikat dengan kecantikan seseorang sedangkan pada pandangan dirinya sedangkan orang lain ianya tidak menarik. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Ada orang menganggap kulit yang putih sebagai cantik dan ada yang lain lebih terpesona dengan si hitam manis.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika merasakan kita tidak begitu menarik. Kita tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan. Ini termasuklah gaya jalan, cara nada bertutur, pendirian serta sikap.

Jika kita belum mendapat teman yang cantik, bukanlah masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri kita.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, kerana setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapalah kita untuk menentukannya…....