Jumaat, Ogos 14

Tips hilangkan mengantuk.....

Kita semua pernah rasa mengantuk yang teramat sangat... tetapi apakan daya kadang-kadang keadaan tidak mengizinkan untuk kita tidur.... Ianya datang tanpa diundang ...kadang-kadang ketika memandu.... ketika membaca...ketika menonton.... ketika mandi pun ada yang mengantuk....... dan kes yang paling biasa dalam rekod aku adalah ketika dengar cerama agama atau mushabaqah Al Quran...

Berikut aku perturunkan tips untuk kau orang.... aku yakin dan percaya tips ini mampu menghilangkan rasa mengantuk....

1. Lari keliling padang 20 pusingan tanpa henti dengan kelajuan 120 km/j.

2. Cabut bulu kaki atau sebarang bulu yang ada pada tubuh badan anda.

3. Basuh muka dengan air panas yang baru menggeleggak.

4. Ketuk hujung jari kelingking dengan bahagian sisi pembaris besi dengan sekuat hati.

5. Suruh sesiapa yang ada di sekeliling anda menampar muka sehingga jadi warna purple.

6. Gigit hujung lidah sampai berdarah.

7. Jalan itik sambil menjerit.

8. Naik ke tingkat 11 dan lompat ke bawah.

9. Ambil kasut yang dah lama tak basuh... cium dan sedut dalam-dalam.

10. Kalau semua tips di atas tak berjaya...cara yangf terakhir adalah TIDUR.....

Selamat mencuba......

Rabu, Ogos 5

Su, dah agak lama aku melupakan kau. Tak macam dulu...dulu aku bangun awal pagi je..tentu teringatkan kau... aku bangun awal pagi pun disebabkan engkau , Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman..melepak sampai ayam berkokok...kadang-kadang layan kawan tengok bola..walaupun aku sendiri tak minat bola....kadang-kadang aku rasa bosan aku pergi memancing...... Minta maaf, Su.Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.

Aku dan Zu

Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang banyak kerja....biasanya sampai pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah.
Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

Aku dan As,

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi dating. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku pengerusi merapu.. . Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Dia orang ni, kalau meeting paling tidak pun dua jam je...

Aku dan Mag,

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Dia orang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.

Aku dan Is,

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.