Ahad, Julai 19

Aku handsome......



Ada orang kata aku ni handsome...aku tak kisah...dan ada orang kata aku ni tak handsome ...pun aku tak kisah... tapi yang pasti dan yang aku tahu yang aku ni memang handsome..aku bersyukur kerana aku ni handsome... sebabnya aku ni manusia sempurna dari segi lahiriah...ada kaki..ada tangan...ada kepala...ada badan... semuanya lengkap...
Aku sebenarnya hairan juga dengan sesetengah orang yang tak puas hati dengan keadaan diri sendiri... setakat makeup boleh tahan lagi.. tapi sampai tahap buat pembedahan plastik nak ubah diri bagi aku orang macam ni, ada penyakit.. penyakit hati.. yang tak ada rasa syukur dalam diri dengan kurniaan yang diberikan kepada diri mereka.
Ada orang mengutuk diri aku yang mengata yang aku tak sedar diri..mengaku diri handsome ...sedangkan tak seberapa.... tapi aku tak kisah... aku rasa tak salah untuk aku puji diri sendiri... aku bagi motivasi pada diri aku... aku memang tak harap pun orang lain nak puji aku... susah nak dapatksn pujian daripada orang kecuali ada udang disebalik mee... ada ayam disebalik mee hoon, ada kerang di sebalik kuew teow....orang lebih suka mengutuk,mengata,memperli dan mencari kekurangan diri kita... sebab itu dah jadi sifat manusia...
Handsome...cantik... adalah perkara yang sangat subjektif... kita mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cantik dan handsome... sebagai contoh...ada orang kata samy vellu tu tak handsome... tapi cuba kau orang tanya bini dia...mesti bini dia kata yang laki dia tu handsome... itu buktinya bahawa kita mempunyai pandangan yang berbeza mengenai handsome dan cantik... cantik dari perspektif orang muda dan dari perspektif orang tua juga berbeza....
Kenapa macam tu ye?... sebabnya manusia itu sendiri dilahirkan berbeza... walaupun kembar seiras... walaupun sama wajah tetapi hati dan perasaan berbeza... macam aku la..aku ada kembar...kembar aku pun berbeza.... dia kulit putih..aku gelap sikit..dia terkenal sangat...tapi aku terkenan je...kami ni kembar lain mak dan lain bapa... nama dia pun aku dah lupa...kalau tak silap aku orang panggil Brad Pitt... kau orang mesti tak percaya.... tapi aku tak kisah.... tak harap pun kau orang nak percaya....
Walaupun aku ni handsome..aku tak meninggi diri... aku senang bergaul orang semua orang..sebab aku anggap semua orang handsome...maknanya kedudukan dia orang sama dengan aku... so no problem.....
Cuma nasihat aku... kita bersyukurlah apa yang dianugerahkan kepada kita...kalau ada kekurangan..jangan anggap itu sebagai kelemahan...anggaplah ianya sebagai suatu kelebihan dan cabaran untuk diri kita....Jangan mengutuk dan mengata yang orang itu dan orang ini tidak handsome... sebab itu adalah anugerah TUHAN...siapa kita untuk mengutuk anugerah TUHAN....

Ahad, Julai 12

Kahwin dengan perempuan sekampung....

Semalam aku terbaca satu artikel dari sebuah majalah yang mengatakan bahawa tidak sah jika seseorang lelaki berkahwin dengan perempuan sekampung. Tak pernah pulak aku dengar tentang perkara ini...disepanjang hidup aku ni...Entah lah fatwa mana yang digunakan pun aku tak tahu...
Aku cuba rujuk dengan ustaz tapi ustaz tersebut pun mengesahkannya....aku tak kisah sebab calon isteri aku yang ketiga bukan orang sekampung dengan aku..begitu juga dengan calon isteri yang kedua dan pertama... semuanya dari negeri yang berbeza...
Aku masih tak puas hati..aku tanya pula dengan kawan-kawan yang dah berkahwin dengan bekas tunang dia orang (sekarang dah jadi bini la) tentang hal ni... dia orang pun tak pernah dengar... tambah risau dia orang dah beranak pinak... apa jadi kalau fatwa tu betul dan benar.... tak kan nak kahwin lain... nak kahwin lain tu tak kisah sangat...mana nak cari duit nak buat hantaran dan kenduri kendara...itu yang memeningkan...
Entah macamana tergerak hati aku nak tanya hal ni pada tok mudim yang pernah sunatkan aku dulu...aku masih berhubung dengan dia walaupun aku dengan tiada apa-apa hubungan ... tetapi disebabkan dia ada anak dara yang boleh tahan cantiknya... Kau orang tahu apa dia kata... memang lah tak boleh kahwin dengan perempuan sekampung... kampung ni pun ada 356 orang anak dara...tak kan kau nak kahwin dengan semua sekali...setakat 4 orang boleh lagi...ni nak kahwin dengan sekampung anak dara orang mana boleh... satu pun belum tentu lagi.....

Selasa, Julai 7

Aku merapu lagi....

Aku peningggg!!!! Banyak betul kerja sekarang ni..tak tahu mana satu nak buat... last-last semuanya aku tak buat...padan muka aku....duduk depan pintu pintu bilik air sambil memandang titisan air menitik keluar melalui kepala paip lebih menenangkan kepala otak aku.....
Berapa kali dah aku ingatkan diri sendiri supaya jangan melengah-lengahkan kerja... kalau ada yang boleh siapkan awal dan cepat...buat dengan segera ...ini tidak..ditangguh-tangguh...habis tu diri sendiri juga yang teruk...
Tapi aku tak kisah...aku dah biasa berhadapan dengan situasi ini.. bak kata orang putih...alah biasa... tegal biasa... kebiasaannya akhirnya semuanya dapat disiapkan walaupun terpaksa bertungkus lumus, berhempas pulas, berpatah arang, alang-alang menyeluk pekasam, siakap senohong gelama ikan duri...apa je lah...walaupun hasilnya tak dapat aku nilaikan...
Kadang-kadang kita perlukan tekanan untuk siapkan kerja kita... ada orang tak suka berkerja dalam tekanan..kerana bagi mereka ..tak dapat menghasilkan kualiti kerja yang baik... tapi bagi aku tekanan juga sesuatu yang positif bagi membelehkan kita siapkan tugas kita dengan cepat..dan kadangkala hasilnya tak menghampakan... tekanan juga boleh menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif....
Aku pernah pergi kursus pengurusan stress masa aku di sekolah tadika tak silap aku akhir 70'an... aku respek dengan penceramah pada ketika itu..walaupun dia kelihatan serabut..kusut masai..lintang pukang...tapi masih boleh berceramah dengan tenang..menasihatkan orang supaya menjaga penampilan diri dan menonjolkan imej diri yang sebaik mungkin... dalam keadaan yang tenang dan selamba dia masih sempat kentot sambil meletakkan mikrofon pada bahagian punggungnya.... Lepas ikuti ceramah itu aku antara orang yang berjaya mengikut jejak langkah dia... tak sia-sia....
Kau orang jangan salah faham..aku sebenarnya bukan pening sangat..tapi memang aku pening... pening kepala... bukan pening mata..dan juga bukan pening telinga... tapi aku pening kepala lutut kaki kiri aku....

Jumaat, Julai 3

Nak kaya????...



Siapa yang tak nak kaya kan? Tanya la sesiapa pun... Mungkin ada juga yang tak nak kaya..sebab selesa dengan cara hidup yang sedang dijalaninya...terpulanglah..dan bagi yang nak kaya aku nak bagi sedikit tips... boleh cuba kalau nak try....

1. Tukar nama dengan nama Kaya..
Bila dah tukar nama..dah tentu orang akan panggil nama kita dengan nama kaya walaupun sebenarnya kita tak kaya....Siapa tu? Ooo itu lah En. Kaya....

2. Selalu makan roti inti kaya...
Manalah tahu..berkat dari makan kaya banyak-banyak kita boleh jadi kaya...

3. Kahwin dengan orang kaya...
Setidak-tidaknya boleh tumpang tuah orang... cari lah suami atau isteri dari keluarga orang kaya.....itu pun kalau dia orang nak... biasanya orang kaya akan cari pasangan orang kaya juga...manalah tahu nasib badan dapat kahwin dengan orang kaya...

Setakat ni aku dah cuba tips yang kedua... tapi masih belum membuahkan hasil..tapi aku tak putus asa...yang pertama dan kedua aku tak try lagi....

Tapi percayalah kaya tidak menjanjikan kebahagiaan dalam hidup kita....biasanya kita tak dapat semuanya apa yang kita mahu dalam hidup kita... kalau kita nak kan sesuatu kita terpaksa korbankan sesuatu...kita terpaksa membuat pilihan...biarlah kita miskin harta tapi kita kaya dengan akhlak dan ilmu...