Ahad, Jun 28

Ni lah bini baru aku....

Buat kali pertama aku expose bini baru aku...bukan bermaksud nak riak atau takbur sekadar nak kongsi rasa seronoknya aku dapat bini baru.....



Kalau kau orang tengok nampak lain sikit ... aku baru letak skirting..kasi labuh sikit...



Ni pulak pandangan dari belakang... kan cantik...



Yang ni bini tua aku...walaupun yang tua lebih kecil dan montok tapi yang tua tetap mengancam....



Tua dan muda seiring sejalan......

Rabu, Jun 24

Berbini baru....

Hari ni genap seminggu aku pasang lagi satu bini... biasalah kalau berbini baru ni...memang megujakan..mengasyikan..menyeronokkan dan membahagiakan...bini aku yang baru ni memang cantik...sedap mata memandang...tak banyak kerenah.... sentiasa ikut cakap .... tak melawan... tak tahu la kemudian hari nanti...tapi so far so good...
Orang kata susah berbini lebih dari satu ni...betul la tu... bini tua nak kena jaga juga...nafkah tak boleh diabaikan...walaupun dah dapat yang baru...tanggungjawab tak boleh diabaikan.....
Nama pun baru...mestilah best...tak jemu mata memandang...serba serbi menawan dan memberahikan...walaupun badannya besar sikit berbanding bini tua aku yang kecil molek...slim..tapi aku tak kisah...orang kata ..kalau hati dah suka nak buat macam mana...
Ada orang tanya...susah ke nak dapat bini baru ni...bagi aku senang sangat..yang penting RM....ada kepala agong tu macam-macam kita boleh buat...kalau tak ada setakat berangan je la....
Mungkin bini tua aku terasa hati sebab sejak kebelakangan ni dia kurang aku beri perhatian...kalau dulu kalau tak ada kerja ...dia la tempat aku mengadu...berkongsi masalah dan buat apa yang patut...paling tidak pun aku gosok-gosok badan dia.....tapi aku rasa dia faham dengan situasi aku sekarang...setidak-tidaknya dia boleh berehat dengan tenang tanpa gangguan....
Aku harap kau orang semua jangan salah faham...bini baru aku sekarang nama EXORA... kau pun kenal dia...dia je yang tak kenal.. kau orang....

Ahad, Jun 14

Sengal....

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut dan dapat penampar free. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P. Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L. Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A. Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

Sabtu, Jun 13

Perkara yang anda perlu tahu di dalam suatu perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
Macam aku la... sering ditinggalkan terutama bila isteri pergi tandas...

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
Pernah dengar lagu kumpulan dari Uganda tak... tajuk dia Prikasiamtu... kau orang amati senikata lagu tu.... pasti kau orang rasa hidup ini sangat berharga....

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana...
Sekarang ni musim panas... mudah sikit kerja kita... dengan syarat jangan pasang aircond....

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan...
Memang pun... kalau aku tahu kahwin tu seronok.. lepas sunat je..terus aku kahwin...
Bukan setakat seronok je... tapi dua ronok..tiga ronok..empat ronok dan beronok-ronok...

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
Kau orang pernah buat korban tak sempena hari raya haji?...kalau tak pernah dan kalau ada rezeki lebih cuba buat....

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Macam sesumpah la tu... tahu ke binatang sesumpah tu? Ala lebih kurang macam anak kambing umur 15 hari....

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Saya bantah!!! ini tak adil.....

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Maknanya kalau tambah lagi...bertambah-tambah bahagia la.....

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Yang ni aku tak faham.... macam harga saham pasaran hadapan KLCI pulak....

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Motor ego modenas tu pun canti juga... lagi cantik daripada Siti Norhaliza tau...

Rabu, Jun 3

Aku merungut......

Aku jarang membeli belah... selalu nye aku membeli je..lepas tu aku blah... ada juga orang yang suka beli tapi dia tak belah sebab benda yang dia beli tu memang tak boleh nak belah... lain la kalau dia beli kain yang berbelah di kiri atau di kanan dan ada juga yang terbelah kat tengah-tengah... Ada pulak tu yang membeli tapi tak mau belah... macam aku la.. bila beli kepala muda.. aku suruh taukeh tu yang belahkan... aku tak tahu nak belah... makan pun pandai sikit-sikit je... sebab tu la badan aku slim .........Ada yang lagi teruk dia tak mahu beli tapi dia tahu pulak belah... macam perangai kawan aku la... bila beli apa-apa buah pandai pulak tu belah dan makan dgn selambe...nama nak beli tak juga...duit asyik tak cukup je..apatah lagi nak pergi haji....
kalau dulu ...masa aku kecik-kecik dulu... kalau nak membeli belah biasanya pergi pekan je... cari la mana kedai yang menjual barang yang nak dibeli... kalau nak beli baju... pergi la kedai yang jual baju...tak kan nak pergi kedai yang jual motor pulak....atau pergi pasar... angin satu badan taukeh tu pulak nanti..... Tapi sekarang dah banyak Pusat Membeli Belah..... kenapa ye..orang panggil pusat beli belah... tak panggil telingan ke... lubang hidung ke.... buku lali ke... ada orang kata kat situ kita boleh beli macam-macam... betul ke? Kain kapan ade ke? Simen ade ke?
Aku rasa la...kenapa di namakan Pusat beli belah sebab kat situ kita boleh nampak dan lihat banyak pusat terutama orang perempuan yang dengan megah dan bangganya menunjukkan pusatnya pada orang... siap bertindik lagi....heran aku dengan feel budak-budak zaman sekarang ni.... nak kata tak belajar..dia orang bersekolah...nak kata tak tahu hukum hakam bagi yang beragama islam... mustahil tak belajar... dan yang lebih parah... mak bapak tak pulak menegur perangai anak yang jalan beriringan.... tak tahu la aku.... entah-entah mak bapak sendiri yang tak tahu... tapi aku rasa buat-buat tak tahu pulak...
Kadang-kadang marah pun ada bila tengok-tengok anak muda yang perangai macam tu...aku marah sebab aku sendiri tak buat macam tu... pusat aku sendiri pun aku tak larat nak tengok... apa cantik sangat ke pusat dia orang tu....
kadang-kadang kesian pun ada.... jahilnya orang kita tentang hukum hakam agama... jarang saya dan kita nak tegur bila buat benda yang tak baik berlaku depan mata kita...mungkin dia orang memang tak tahu...kita yang tahu tak pulak nak bagi tahu...Kita khuatir tabiat yang salah jika diamalkan secara berterusan ia akan menjadi budaya... lebih sukar untuk kita ubah budaya daripada kita nak ubaha tabiat...
Jadi nak salahkan siapa?... Jadi jangan salahkan sesiapa....kalau asyik cari salah orang apa pun tak selesai masalah... makin rumit ada.... sebab kita bukan lah manusia sempurna dan terhebat.... kita pun ada syer atas semua yang berlaku....
kalau kita rasa macam tu... hebat rasanya hidup ini.