Ahad, Mei 24

Peri tak reti bahasa......

Makan nasi berulam belacan
Maknanya: Ada juga benda yang boleh dimakan...kalau batu macamana...nak gigit pun tak boleh apatah lagi nak telan... lain la kalau makan jambu batu....

Lembu punya susu, teko dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama.

Melepaskan batuk di dalam jamban.
Maknanya: Memang sesuailah kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! nanti tak la berjangkit pada orang lain..tambahan pula sekarang ni macam-macam penyakit...penyakit yang sakit, penyakit yang tak sakit... ada juga orang yang suka cari penyakit...

Jangan diikut resmi calon: makin dekat pilihanraya kerap nampak batang hidung
Maknanya: Pemimpin mesti ikhlas... berkhidmat untuk rakyat...bukan rakyat berkhidmat untuk pemimpin... janji mesti ditepati... kalau tak tunai janji lebih baik jadi itik serati.... jangan cakap tak serupa bikin...nampak macam alim...tapi alim-alim kucing..

Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak berkepit aje... kalau berkepit saje ok juga...walaupun benda tu salah... ini sampai bergulung-gulung, cakar-mencakar dan macam-macam adegan yang tak sanggup dilihat oleh mata kasar aku ni...

Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu....kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer... kalau berhenti pun kejap je.. semangat tak kuat..macam semangat 46 juga....

Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Nampak macam bagus....gaya boleh tahan, skill hebat tapi setakat jaguh kampung pinang sebatang je la...kena tackle sikit je tumbang... pondan tua pun tak macam tu....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

PBiar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan... Geli-geman di buat nya... siap dengan pakej gigi nya yang rongak...bila senyum je... hilang terus nafsu berahi... timbul rasa geli....

Kalau tidak ade angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...sebut pasal kentot ni..aku ada teka-teki...kenapa orang yang kentut berbunyi biasanya tak berbau...tapi bila kentut tak berbunyi berbau...ha siapa tau?...

Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg mula-mula mempopularkan dia.... macam cerita cerekarama malam tadi tu... sampai bapak sendiri pun tak dipedulikan bila dah glamour... kalau aku ada anak macam tu... aku gam je bibir dia dengan gam cap gajah...baru tahu...

Ada udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi....... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....

Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!

Sudah jatuh di pijak-pijak..
Maknanya: Mat rempit patut nya menerima nasib yang macam ni... tak payah tangkap... dapat pijak ramai-ramai.... kalau di tangkap nak kena bagi makan pulak... nak kena bawa mahkamah lagi...menghabiskan duit je.....

Rezeki segram tak kan jadi sekilo gram.
Maknanya: Sedar lah diri...setakat itu je kemampuan diri..jangan nak berlebih-lebih...jangan tamak, haloba nanti langsung tak dapat apa-apa....baru padan muka...

Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknanya . . maknanya...... Jgn asyik tersengih-sengih kat depan PC.Buat la kerja lain ..... goreng air ke... tumis anggur ke...rebus kayu ke... bakar surat khabar ke....

Jumaat, Mei 22

Kalau lah aku jadi wanita...

Aku berbangga menjadi seorang lelaki....aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki...aku redha kerana aku menjadi lelaki...aku pasrah kerana dipilih menjadi lelaki....aku akan terus menjadi lelaki kerana aku suka menjadi lelaki.....
Tapi aku tetap hormat kepada perempuan....atau sesetangahnya sebut wanita....tapi mereka adalah insan yang sama....kerana lelaki dan perempuan sama pentingnya dalam dunia ni.... tak ada lelaki..maka tak ada la perempuan...
Kalau diberi pilihan pun aku tak nak jadi wanita...kerana aku selesa dengan jantina aku sekarang...senang...mudah..bebas... berbeza dengan wanita... tapi kalau lah aku ni wanita....yang bergelar isteri....

1. Aku pastikan yang aku menjadi isteri yang solehah

Aku akan patuh pada suami sebagaimana dituntut oleh agama....apa suami suruh akan aku turuti selagi yang terdaya....dan tidak menyalahi agama.... Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar.....
aku akan belajar memasak supaya suami aku boleh makan apa yang dia nak... jadi tak payah la suami 'makan luar' masak mesti lauk yang sedap-sedap… jangan asyik sambal belacan dengan ikan masin je hari-hari...yang tu aku pun boleh masak.. orang kata nak ikat suami melalui masakan...…
Aku akan jaga aurat aku terutama ketika ketiadaan suami... kalau berdua dengan suami aku pasrah....kat luar aku bertudung... yang tak nampak jambul burung belatuk tua...
Bukan senang nak jadi isteri solehah ni...tapi tak la susah sangat... Kalau suami aku tak puas hati dengan layanan aku...aku akan berusaha mencari isteri yang kedua untuk nya...itu pun kalau dia mampu dari segi zahir dan batin... bukan setakat dua..kalau dia nak penuhkan koata pun aku rela....

2. Jaga hati Mak Mertua

Aku akan jaga hati mak mertua...seperti mana aku jaga hati mak aku sendiri...tiada pilih kasih...tiada pilih bulu....… kalau mak mertua suruh picit kaki ke, suruh pergi shopping ke.. aku akan turuti... aku tak melawan...kerana aku tahu...berdosa melawan orang tua terutama mak kita.... bila kita dah jadi mak baru kita tahu betapa sukarnya nak jadi mak ni... orang lelaki apa tahu... nak jaga anak sekejap pun merungut.... nak buat anak tak pula merungut.....

3. Sentiasa bantu suami

Kalau dia benarkan aku kerja..aku akan bekerja...tak la asyik aku je yang dikerjakan...setidak-tidaknya dapat juga bantu suami...dapatlah tambah sikit-sikit....duit gaji aku..aku punya...duit gaji suami pun aku punya... hidup susah dan senang haruslah sama-sama… kalau suami tak cukup duit aku bantu .. kalau aku tak cukup duit suami...… lain la kalau dapat suami orang kaya...macam Datuk K ke... aku kalau jadi Siti..aku dah letak jawatan jadi penyanyi ....buat susaj-susah je melalak ke sana ke sini... duduk rumah kira duit je... kalau rasa bosan aku pergi mana-mana amjlis agama...tambah ilmu pengetahuan...tak lah tunggu dah tua baru belajar nak ke surau dan masjid....

4. Jaga penampilan diri

Aku tak jadi macam kebanyakkan orang perempuan...bila kat rumah..selekeh habis... tengok pun tak selera... hilang nafsu...tapi bila kat luar macam anak dara sunti... make up nya..ya rabbi...baunya... masyaalah....ni dah tak betul... sepatutnya isteri berhias untuk suami...tapi ni dah terbalik...yang suami pulak tak pulak nak tegur bila isteri dia buat macam tu...Aku akan pastikan penampilan aku terutama ketika berhadapan dengan suami sentiasa menarik...mengasyikan..dan dapat memberahikan pandangan suami aku... anak...penat...bukan nya alasan yang akan aku gunakan...aku akan bagi layanan first class pada suami aku...supaya pandangan matanya sentiasa melekat pada aku....pujuk memujuk juga adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Kalau aku melihat suami marah, aku tenangkan dia.

5. Penyayang

Aku akan tumpahkan sepenuh kasih sayang aku pada suami aku dan anak-anak... bila dah berkahwin bermakna tanggungjawab aku adalah untuk suami aku...tapi aku tetap tak akan lupa tanggungjawab aku kepada ibu bapa aku....
Aku tahu yang suami memang tak suka kalau isterinya asyik membebel... kadang-kadang pasal anak kucing jiran pun dibebelnya sampai lima hari dua malam.... membebel selalunya dikaitkan dengan wanita. Aku sendiri tak suke la sebenarnya dgr membebel ni, sakit telinga, sakit kepala dan sakit hati pun ada . Dalam hati aku tak penat ke dorang ni membebel. Pot pet pot pet pot pet.....Aku akan bercakap apabila perlu.... cakap pun dengan lemah lembut dan sopan santun...

6. Lahirkan zuriat untuk suami

Aku sanggup lahirkan seberapa orang anak yang suami nak... tak payah pakai pil perancang.. atau apa-apa cara lain untuk merancang.... kalau suami nak sepuluh....dua puluh... pun aku sanggup.... asalkan suami aku sanggup sama-sama bantu jaga anak....buat susu...tukar lampin....bawa klinik... Jangan tahu nak anak je.... tapi tak tahu nak bantu isteri....

7. Menyenangkan hati suami

Apabila suami aku memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk.... adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menghargai pemberian suami .... isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.Tak kan suami yang kerja jaga.... minta BMW pulak...tu dah melampau....


8.Pendorong dan memberi motivasi

Aku akan menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah..... Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai 'teman hidup'.... jika suami menghadapi masalah aku akan berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.....dalam keluarga.... ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. .....Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga..... suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama.

Iskk...susahnya jadi perempuan ye....nasib baik la aku jadi lelaki....

Selasa, Mei 19

Bacaan 18 sx: Kisah Benar Mesti Baca!!!!


Kisah ini berlaku kat Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas
(diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama
samaran)...utk dijadikan teladan bagi kita yg masih hidup.

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak
jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana
kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya
melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak
perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat
iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya
itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit
antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini
dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk
majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa
Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar
kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu
pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana
tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn
lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan
tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang
sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di
baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan
berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti
ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan
ayahnya. Dalam ketakutan y ang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua
menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan
menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju
tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap
adaa...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu
pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan
benda yang berwarna biru...

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"

Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang...
err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai.....


hehehehhhhehehehh......


Jangan marah den pun terkena juga....hehhe

Ahad, Mei 17

Pantun muncung.....


Bukan niat aku nak rosakkan pantun melayu lama... cuma sekadar suka-suka..untuk seronok dan dua ronok.. nak buat senaman mulut sikit...jangan asyik sengih memanjang..sekali-sekala tunjukkan muncung anda yang menawan tu...tak salahkan? dan aku rasa tak berdosa pun.... kalau orang sastera baca pantun aku ni mesti dia orang marah... relex la bro..jgn skema sangat... kalau salah aku minta maaf....

Pantun dua kerat.

Suduh guhuru cundunu pulu,
Suduh tuhu burtunyu pulu.


Dulu purung sukurung busu,
Dulu suyung sukurung buncu.


Gundung gundut tulu kucupu,
kunyung purut senung huti.


Punggun tuk rutuk nusu tuk dungun,
Tuun tuk hunduk suyu tuk ungun.


Suukup sunuhung gulumu ukun duru,
burcukup buhung lumu-lumu muncuru.


Kutu dulung puku surpuh,
Kutu urung dua yung lubuh.


Luun dulung luun kukunyu,
Luun urung luun hutunyu.


Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.


Subub pulut suntun bunusu,
Subub mulut budun bunusu.


Pantun empat kerat


Burukut-rukut ku hulu
Burunung-runung ku tupuun
Bursukut-sukut duhulu
Bursunung-sunung kumuduun


Buuh cumpuduk duluar pugur
Umbul guluh tulung julukkun
Suyu buduk buru bulujur
Kuluu suluh tulung tunjukkun


Pusung umus dubuwu buluyur
Musuk subuju du utus putu
Hutung umus buluh dubuyur
Hutung budu dubuwu mutu


Dulum sumuk udu duru
Uyum kunung buut surung
Urung tumuk sululu rugu
Mucum unjung dungun buyung


Surru luh... mulut uku duh tuk buluh dubutulkun...duru tudu usyuk muncung je...

Bicara tengah malam......

Waktu ni dah hampir tengah malam, jam di tangan kiriku telah menunjuk ke angka 8…. Tapi jam dinding dah tak bergerak lagi…tidur la agaknya tu….Sedang aku leka korek lubang hidung dengan ibu jari kakiku....Tiba-tiba aku terdengar suara perbualan…aku tak pasti siapa…tapi agak-agak aku la…. Antara toyol dengan langsuyir….aku amati tiap-tiap patah perkataan yang diperbualkan lantas aku pun on pc aku sambil menaip apa yang diperbualkan….

Langsuyir : oi oyo…kau buat apa tu?

Toyol : syuuu…diammm jangan bising… aku tengah skodeng ni..

Langsuyir : Apa la kau tak ada kerja lain ke?

Toyol : Ini la kerja aku…aku tengah buat kerja la ni..

Langsuyir : ya la..kerja kau bukannya skodeng… tapi curi duit..

Toyol : Kau ni pun satu… sambil-sambil tu skodeng la sekejap… isi masa
lapang…kau tu pulak buat apa kat sini?

Langsuyir : Aku tengah buat kerja la ni…cari mangsa..ingatkan aku dah dapat
mangsa malam ni… rupa-rupanya kau….

Toyol : Sudah-sudah la tu uyir oi.. banyak kerja lai yang berfaedah
lagi…daripada kau menyakat orang….

Langsuyir : Habis tu kerja apa yang aku boleh buat… kerani …tak mungkin…cikgu… mustahil …. manager…jangan mimpi…..

Toyol : Kau boleh mohon jadi model bedak sejuk..

Langsuyir : Banyak la bedak kau… dengan keadaan aku yang hanya ada kepala dan tali perut yang terburai ni ..sapa yang berminat dengan aku…

Toyol : Tak kan kau tak ada sahabat handai..jiran tertangga…saudara mara rakan sekerja yang boleh bantu kau…

Langsuyir : Aku ni sebenarnya sebatang kara….

Toyol : Lagi senang kalau sebatang kara… kau pergi rumah kebajikan ke..mohon duduk kat sana..kau pun dah tua...tapi jangan la kau menyakat orang-orang tua yang ada kat sana… tak pasal-pasal…pitam dia orang nanti…

Langsuyir : Yang engkau ni pulak…dari tadi nasihat aku… kau tu..tak terpikir ke nak cari kerja lain…asyik mencuri je….cari la kerja yang afdal sikit…

Toyol : Aku lain..aku tak macam kau..aku ada tuan..aku kena ikut perintah tuan aku…aku ada perjanjian….kalau ikut hati..memang aku tak nak buat kerja yang tak senonoh ni…aku pun nak cari makan juga…

Langsuyir : Itu la engkau..kalau aku kata kau bodoh kau marah…tapi kau ni dah kira bodoh tahap jingga dah.lain kali kalau nak buat perjanjian kaji betul-betul… jangan main sign je… kalau agak-agak perjanjian tu tak menguntungkan kau jangan la sign..

Toyol : Itu la silap aku…. Nak batal aggrement tak boleh…nanti aku pulak yang mati….

Langsuyir : Aku ada idea…

Toyol : Apa dia?

Langsuyir : Apa kata kau tukar identiti supaya tuan kau tak kenal.. kau buat plastic surgery… tambah ketinggian… kecilkan mata… pakai rambut palsu… dan jangan lupa…minum slimming tea supaya perut kau tu tak buncit lagi….

Toyol : Banyak la idea kau… kau ingat senang….

Kok…..kok..kok..kooooooook… tiba-tiba bunyi ayam berkokok…

Langsuyir : Ayam dah berkokok la…

Toyol : Ya la…. Shif kita dah habis la….untuk hari ni…

Langsuyir : Okay la…esok kita sambung lagi…..

Toyol : aku tunggu kau…kat sini juga tau…..

Moral of the story :
1. Buat la kerja yang berfaedah...jangan buang masa..
2. Baca surat perjanjian betul-betul sebelum tandatangan....
3. Jangan buat pembedahan plastik... haram dan berdosa

Sabtu, Mei 16

Rancangan berbalas pantun...

Ya...berjumpa kita lagi dalam rancangan berbalas pantun.ok kali ini 2 lagi sekolah akan bertanding utk menunjukkan power rangers masing2.Tanpa berlengah lagi,saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasa) dan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham soalan).

Tepuk tangaaaaaannn!!!dan angkat kaki ...ok round pertama,

SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB.Silakan peserta pertama.peserta pertama SKTFS:"Dengar ye...

Kura-kura dalam perahu
pisang emas di bawa belayar
bolehkah saya ingin tahu
kenapa kura2 dalam perahu?

Jawapan dari peserta SKTFB:"dengar ye jawapan saya....

Sudah gaharu cendana pula
Masak pisang di atas peti
Dengarlah ini jawapan saya
Perahu itu sapa yg beli?

ye...itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua boleh jual pantunnya peserta kedua SKTFS:

Gunung daik bercabang tiga
Buah cempedak di luar pagar
Pada tuan saya ingin bertanya
Kenapa gunung daik bercabang tiga?

Jawapan dari SKTFB:

"Buai lajulah laju
Sampai pohon sena
meh ler dengar jawapan ku
rumah awak ada buah cempedak ke?

nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya.peserta ketiga SKTFS:

Ambil galah tolong jolokkan
paku dulang paku serpih
saya di sini inginkan jawapan
kenapa dulang ada paku?

jawapan dari peserta SKTFB:

Kalau ada jarum yg patah
jangan di simpan dalam peti
kenapa awak nak ambil galah
semua pokok belum berbuah lagi!

ye...itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round kelapan pulak iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya peserta pertama SKTFB:

"Burung terkukur hinggap di pokok
burung merpati hinggap di kepala
kepada saudara saya ingin bertanya
kat rumah awak ada bela burung tak?

Jawapan dari peserta SKTFS:

"anak kucing mengiau manja
mengiau manja tandanya lapar
Dengarlah ini jawapan dari saya
semalam saya baru beli seliparye..

begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba giliran peserta keduaPeserta kedua SKTFB:

"Air tenang jangan tak disangka
Ada naga duduk berendam
saya ni teringinlah nak tahu
nenek awak sapa nama?

jawapan peserta SKTFS:

"duduk menyimpuh si ibu tua
menunggu anak tak pulang2
kepada saudara yg tlh bertanya
saya tak suka kucing belangtepuk tangan!

tepuk tangan...ok giliran perserta terakhir menjual pantunnyapeserta ketiga SKTFB:

"anak pak kadak rajin membaca
anak pak kaduk rajin berdengkur
dengarlah ini saya punya soalan
lauk apa jadi kesukaan awak?

jawapan peserta SKTFS:"sila dengar...

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Saya beri jawapan pada awak
Saya tak suka tengok cerita hindustanye

..begitulah tadi acara berbalas pantun dari 2 buah sekolah yg sebenarnya tak diundang.Baiklah keputusan sudah ada di tangan saya.Maka dgn ini pemenang acara berbalas pantun peringkat sekolah pondok telah dimenangi oleh....eh saya ke?..haah lah saya menang...yeeeeh.....ye pemenangnya adalah saya sebabgai pengacara terbaik acara berpantun yeehhh....ambil hadiah sendiri!

Ada sesiapa yg boleh baca ni?

(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Camne? Bley baca tak?..

Isnin, Mei 11

Selamat Hari Ibu.....


Kepada semua yang bergelar ibu....
(Kecuali ibu jari, ibu roti, ibu ayam, ibu pejabat, ibu sawat)

Jumaat, Mei 8

Senang ke susah?....

Aku nak tanya kau orang... susah sangat ke hidup ni? Tak faham soalan okaylah aku ubah sikit tapi maksudnya tetap sama... Susah ke nak hidup?.....Anda cuma ada dua pilihan jawapan samada susah atau senang....atau senang atau susah... Kalau senang mengapa anda kata senang dan kalau susah mengapa kata susah....soalan ni adalah soalan bocor untuk kertas ekonomi STPM tahun ni....

Mengikut pakar sakit puan....Susah atau senang bagi aku bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana cara dia mengendalikan hidupnya... ke mana dia nak bawa hidupnya... Kalau betul cara dan tujuan insyaalah... Ada orang yang suka mengeluh, meratap perjalanan hidup yang dilalui walaupun dia sendiri sentiasa berpeluh dan ada yang sentiasa happy go lucky walaupun dia sendiri belum berlaki....

Orang yang kita lihat susah..baginya tiada masalah kerana dia pasrah dan akur dengan hidupnya... tak banyak hutang, walaupun ada anak yang ramai... tak ada hutang bank,hutang budi, hutang kutu tupperware, hutang benggali jual kain...Tak perlu nak suruh anak bagitahu yang mak dan ayah tak ada kat rumah bila orang datang kutip hutang....Baginya hidup seadanya... tak ada apa yang nak dikejar walaupun dia mampu untuk berlari...tak ada apa yang nak dicari....kerana apa yang ada dah memadai, bukannya boleh bawa ke dalam kubur bila mati.....tak perlu kahwin satu lagi...cukuplah yang satu...itu pun dah tak mampu dilayani....syukur dengan apa yang dikecapi...insyaalah rezeki akan lebi diberkati...

Ada pulak yang kita tengok hidup senang... rumah besar, kereta besar , bini besar....tapi belum tentu lagi dia senang... susah juga macamana nak fikir nak tambah lagi duit yang ada, nak tambah kereta biar sampai nak tambah rumah buat isteri kedua, tambah lagi isteri yang dah ada dua supaya jadi tiga... harta yang ada pun semuanya pinjaman dari bank... duit sara anak tunggal pun mengalahkan gaji jaga tiga bulan... itu belum masuk belanja bini..dan belanja kawan-kawan lelaki dan perempuan yang bersepah sana sini...

Susah juga ye... susah pun susah...senang pun susah...tapi lebih yang susah yang senang daripada susah yang susah.Siapa yang tak nak hidup senang... tapi kesenangan bukanlah penentuan kepada kebahagian... kesenangan tak boleh diukur dengan kebendaan...harta dan wang yang banyak...Bagi aku senang je...kita ambil jalan tengah...kita hidup biar sederhana... asal hati senang..tak guna hidup penuh kepuraan di luar nampak hebat tapi di dalam ... serabut dan selerat... kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa dan tenang.....kehidupan merupakan satu nikmat hidup yang benar-benar boleh menenangkan jiwa serta menimbulkan keinsafan diri kita.Hidup dalam kesederhanaan pun memang dituntut oleh agama.