Selasa, Februari 24

Wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal??



GUA nak bagi kenyataan maut yang GUA rasa akan mencetuskan kontroversi di ruangan ini. Kaum wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal berbanding dengan yang baik walaupun apabila ditanya tentang lelaki pilihan, jawapan standard ialah “Saya inginkan teman lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan yang benar”. Sebelum kakak-kakak, makcik-makcik yang membaca artikel ini tidak bersetuju dan mencari-cari idea untuk memberi komen maut, GUA cabar akak-akak semua cakap kuat-kuat “Aku tak minat lelaki nakal!” dan… hati-hati, jangan tipu diri sendiri.

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu wanita gemarkan lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1:
Lelaki nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2:
Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luarbiasa untuk menghiburkan teman wanita. Itu pasallah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3:
Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan wanita.

Persepsi 4:
Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun tayar kena ada sport rim atau serba sedikit modifikasi. Kereta sedan yang biasa tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari!

Persepsi 5:
Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6:
Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7:
Mereka ini pandai bergaya. Secara amnya wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan membuatkan wanita lebih gembira.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi rockers walaupun umur sudah melepasi had kelayakan dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nakal! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya.

Jadi, dah sedia nak komen kenyataan GUA bahawa wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal? Silakan!

Artikel ni aku dapat dari http://www.gua.com.my/LoveRelationship/LoveLifeSexDetail.aspx?ArticleID=3126

Isnin, Februari 23

Adegan Pilu ( Episod 1)

Lokasi:

Di sebuah Hospital dan di hadapan Wad Bersalin ...Sesuai tak kalau diberi nama Ruang Orang Beranak...kan lebih jelas....Di situ menunggulah tiga orang lelaki yang bakal bergelar bapa mithali dengan penuh debaran dan kesuspenan... Oleh kerana mereka belum ada pengalaman menjadi bapa tahap kedebaran mereka ternyata tinggi berbanding peristiwa ngeri yang lain yang pernah dilalui. Lebih tinggi daripada menunggu giliran semasa masuk jawi(sunat) masa kecil dulu.Tambahan pula waktu itu dah lewat malam....

Lelaki yang dah terbukti kelakiannya itu dinamakan sebagai MAT, MAN dan MUS.... yang tidak mengenali antara satu sama lain...Tengok sahaja ada orang keluar dari pintu wad..masing-masing bangun..macam murid bangun bila guru masuk dalam kelas...serentak...tapi tak la bagi salam...

Setelah menunggu dengan penuh kesabaran keluarlah seorang doktor yang membawa berita gembira kepada salah seorang daripada mereka.

"En. Mat Bin Tam.. Tahniah isteri anda selamat melahir sepasang anak kembar " kata Doktor perempuan yang masih muda...rasanya belum kahwin lagi kot....
"Alhamdullillah...terima kasih doktor... ini mungkin berkat saya di menara berkembar petronas agaknya" Kata Mat dengan penuh bangga....

Selang 10 mint kemudian...keluar lagi doktor...kali ni doktor perempuan juga... lagi cun dari yang tadi....

"En. Man Bin Top....Tahniah juga..isteri anda selamat melahirkan anak kembar tiga." kata doktor yang cun tadi sambil sempat lagi mengenyit mata pada Mus dan terus berlalu dari situ...
" Alhamdullilah...sampai juga hasrat aku nak anak kembar...Ini mungkin berkat aku kerja di TV3..." kata Man dengan penuh rasa kesyukuran....

Tinggallah Mus seorang diri dengan penuh rasa kebimbingan yang teramat sangat..Dia tak dapat bayangkan tentang khabar yang akan dibawa oleh doktor...dalam hatinya memanjat doa agar isteri dan anaknya selamat....

Hampir dua jam menunggu namun tiada sebarang berita yang diterima.... kehulu tak kena..ke hilir pun tak kena..sekejap pandang syiling...sekejap tengok lantai,,sekejap toleh kiri..sekejap lagi paling kanan..serba tak kena semuanya...

Tak beberapa lama kemudian.... disapalah oleh kedua-dua lelaki Mat dan Man..

"Tak bersalin lagi...." tanya Mat
"Belum" jawab Mus ringkas
"Ada Masalah ke?" tanya Man pulak..macam wartawan hiburan gayanya..
"Entah la...ni yang buat aku risau ni...Kau MaT...kerja di KLCC dapat anak kembar dua. Kau pulak Man kerja di TV3 dapat anak tiga..." kata Mus
"Habis tu apa yang merisaukan kau" tanya Man dengan penuh kegusaran...
"Ya la..mana tak risau aku pulak kerja kat 7elevan.. kalau tak tujuh ..sebelas... kesian bini aku.." kata Mus dengan bersungguh-sungguh....

Moral Cerita:

Kalau nak anak ramai marilah kita kerja ditempat-tempat yang dinyatakan di atas atau pun tempat yang sewaktu dengannya...seperti di NTV7..TV9..Dua kali beranak pun dah cukup... Tak apa...bukan anda yang beranak pun..bini anda yang beranak......







Sabtu, Februari 21

Aku Tengah Membebel ( Siri 2 )



Semalam aku lepak kedai kopi lagi....kali ni sampai jam tiga pagi...Sampai ada orang yang dah keluar nak pergi menoreh...Bukan tiap-tiap hari pun.. jarang-jarang ..kalau hari cuti kira overtime la...Mesti ada yang kata....buang masa dan tak berfaedah, lebih baik duduk rumah baca buku atau baca al quran.... aku tak nafikan betul cakap kau orang, kau orang memang pandai kalau bab menasihatkan orang... aku tahu la..kau orang bukan kaki kedai kopi... tapi berapa banyak dah buku yang kau orang baca dan berapa kali khatam quran... kalau boleh khatam sebulan sekali aku memang respect kau orang....

Kau orang ingat yang duduk kat kedai kopi tu sembang kosong je ke?
Meleset betul jangkaan kau orang... Bisnesman pun kadang-kadang buat appoitment kat kedai kopi... dijangkakan berjuta-juta ringgit urusniaga berjalan melalui perbincangan di kedai kopi...kita bukan sahaja sembang bab-bab duniawi sahaja tau..tapi bab-bab agama pun kita sentuh juga... sebab yang duduk mengopi bukan calang-calang orang... ada pendidikan dan terpelajar...masalah sosial masyarakat, cari idea macamana nak tingkat ekonomi orang kampung, politik dan seribu macam lagi...dan mungkin ada yang kata sembang dikedai kopi berakhir dan berlalu begitu sahaja..macam berakhirnya setiap episod drama bersiri indonesia yang tak habis-habis dan begitulah seterusnya bagai tiada penamat... sekali lagi kau orang silap....
Ahli kita terdiri daripada berbagai golongan dan peringkat..topik yang dibincangkan mengikut kesesuai ahli...kita ada ketua kampung, imam pun kadang-kadang ada..tapi tak la lepak lama-lama macam kita orang, penghulu ada, cikgu ada, pegawai kerajaan ada dan macam-macam la..yang tak ada hanya 2 golongan sahaja..yang pertama kaum ibu..yang kedua Ahli Dewan Undangan Negeri...yang orang sebut yang berhormat tu..

Semalam ada beberapa topik yang boleh kita ambil ikthibar bersama..itupun kalau kau orang rasa boleh guna. Kebetulan semalam aku pergi ziarah rakan sekerja yang sakit dan sekarang masih berada di ICU..khabarnya masih tenat... sama-sama kita doakan dia semoga sembuh... Kalau ikut kata doktor keadaannya stabil tapi 50 - 50. Walaupun aku bukan doktor tapi kalau tanya aku pun aku akan cakap macam tu..

Ada darah beku di bahagian kepala..perlukan pembedahan...yang ni aku tak pandai..tapi doktor kata dia boleh buat tapi tiada jaminan.. Kata doktor kepada isternya...kalau tak operate 50 - 50 dan kalau operate pun..50 - 50.. Kalau kau orang la berada dalam situasi macam tu..nak buat keputusan bagi menentukan mati dan hidup seseorang...apa agaknya yang kau orang fikir dan rasa... kalau aku...jangan ada perkataan kalau...

Memang betul la bukan doktor yang menentukan hidup mati kita... tapi doktor juga yang boleh menjadi penyebab ke arah itu...Berat juga tugas doktor ni.. bukan sahaja ahli sukan angkat berat sahaja yang kerjanya berat...

Bila dah masuk ICU ...akan timbul rasa insaf dan rasa syukur atas nikmat sihat yang dikurniakan pada kita...Aku percaya ramai di kalangan kita yang bersyukur atas rahmat dan nikmat dikurniakan kesihatan tubuh badan dan mental yang baik. Tapi kadang-kadang kita selalu lupa atas nikmat ini..kita lalai dengan nikmat yang lebih mempersonakan pandangan mata dan akal kita dengan apa yang ada di sekeliling kita. Inilah yang menyebabkan kita lupa akan nikmat yang tidak terhingga ini… sihat tubuh badan… tak ada sakit…kalau ada pun, sakit yang biasa…demam..batuk…luka sikit..itu saje…

Kalau ada peluang dan ruang … cuba pergi ke wad ICU… Dengan jarum,wayar dan mesin memenuhi pesakit...masuk ikul mulut, kepala, tangan membuatkan aku rasa sangat tersentuh...tambahan lagi kalau pesakit itu kanak-kanak. Kalau masih tidak juga timbul kesedaran dan rasa syukur kita maka sah lah orang itu tergolong dalam golongan orang yang buta hati, hati kayu, hati batu, berhati-hati di jalan raya, buta akal dan orang yang sombong…

Okay la aku ada call dari ahli majlis mesyuarat meja bulat..mesti ada topik bagus lagi malam ni..kalau ada nanti aku bagitahu kau orang....



Selasa, Februari 17

Aku tengah membebel ( Siri 1 ).....




Semalam aku pergi mengeteh( minum teh)kat kedai kopi..Bukannya kat rumah aku tak ada kopi.. nescafe, milo,holick, susu cap junjung, kopi jantan, kopiko, semua ada tapi feel dan nikmat kopi kat kedai tu lain tambah pula yang buatnya abang macha yang bertubuh sasa dan bermisai panjang sedepa...
Sape kata duduk kedai kopi tak ada faedah. Macam-macam cerita aku dengar...Boleh kongsi macam-macam pengalaman yang tidak boleh dibeli dikedai runcit mak siti...Dari bab dunia hinggalah akhirat..Tak lah sampai mengumpat macam mak jah jiran sebelah rumah anak saudara adik ipar aku tu...Itu lah kalau sentiasa berfikiran negatif. Jangan peningkan kepala nak cari kelemahan dan kesalahan orang.Tengok diri kita dulu sebelum mengata orang..mungkin kita bernasib baik jadi orang yang baik..macamana pula nanti dengan anak kita, cucu cicit kita...apa salah sentiasa berfikiran positif dengan orang.. buka mata.. lapangkan dada..ringankan minda...cubalah buat anjakan paradigma.. Jangan hanya pandang sebelah mata... dah ada dua biji mata gunakanlah kedua-duanya..
Walaupun kehadiran kami tidak begitu menguntungkan sebab hanya dengan secawan kopi boleh duduk kat situ sampai pagi..namun kehadiran kami pastinya memberi reputasi tentang kedai... ramai dan meriah...
Banyak lagi keistimewaan kedai kopi ni...tapi kali ni aku bagi sikit dulu nanti aku sambung lagi sebab aku tak ada masa..lepas ni nak pergi kedai kopi...

Isnin, Februari 16

Laju woooo!!!!!

Minachi:ayoyo...daiii tepok daaiiii!!!banyak laju wwooo!!
kapla saja kaaa???? Banyak deraasss vvvooooo!!

Ini bukan main-main..ini betul-betul punya maaa...
inilah akibatnya kalau terlalu berkira.. janganlah sebab tak mahu pasang tali pinggang tempat duduk belakang hingga sanggup potong kereta...

Pengajaran daripada gambar ini....
Jangan bermain hujan di waktu tengahari.. nanti demam siapa yang susah... doktor kerajaan yang susah... kalau doktor swasta dia memang suka...

Funny Comments

Spicecomments.com - Funny Comments

Rabu, Februari 11

Kawan, rakan dan sahabat........

Ada perbezaankah antara semua ini?

Bagi saya semua orang ada kawan. Kawan ialah mereka yang kita kenal. Ingat rupa dan nama mereka. Apabila kita terserempak dengan mereka di mana- mana, kita akan saling berbalas salam.Kawan datang dan pergi, silih berganti.....Biasanyalah bila kita senang memang ramai kawan yang entah dari mana datangnya tapi kalau kita susah, ghaib entah ke mana.....

Rakan ialah mereka yang selalu dengan kita. Pergi makan bersama, sebilik, keluar bersama, itulah yang saya panggil kawan. Tempat kita mengadu dan bercerita....

Sahabat? Nilainya lebih dalam... yang boleh bersama ketika susah dan senang... faham dan kenal diri kita luar dan dalam dan sahabat jugs ialah mereka yang berani menegur kesilapan kita,Tidak semua orang berani kritik. Yelah, nak jaga hati orang bukan senang. Tetapi saya menganggap sahabat sebagai orang yang sanggup membetulkan kita supaya berada di landasan betul.

Ada orang mudah melenting apabila kita menegur kesilapan mereka, ada juga yang merajuk kalau ditegur dan ada juga yang masih mengatakan mereka betul walaupun kebenaran menunjukkan mereka sememangnya salah.

Tidak ramai yang boleh menganggap kritikan dan komen membina tapi pedas merupakan satu platform bagi memperbaiki diri bagi menjadi lebih hebat. Barangkali kita juga tidak terkecuali untuk berperasaan sebegitu.

Mungkin kita tidak sedar orang lain adalah pemerhati kita. Apa yang kita lakukan, tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah. Mungkin apa yang kita rasa betul, sebenarnya ia salah. Apa yang salah, tetapi orang lain menganggap ia betul...

Kalau difikirkan kembali, mudah untuk mendapat kawan dan rakan. Sahabat pula bagaimana? Susah atau senang?

Isnin, Februari 9

Sibuk?.... Jangan menyibuk...

Sejak kebelakangan ni aku sibuk sikit…macam-macam benda nak buat dan kena buat tapi masih lagi ”under control”. masih lagi boleh tulis dalam blog ni. Masih ada masa untuk mengurus diri dan keluarga...dan aku tak la sesesibuk orang politik....yang asyik sibuk dan menyibuk je tak tentu hala.....( politik lagi)

Sibuk pula bermaksud “perihal dibebani atau menghadapi banyak kerja atau urusa dalam sesuatu masa“. Manakala Penyibuk pula bermaksud “orang yang suka mengambil tahu hal orang lain“. Menyibuk pula adalah kerja “mengintai” atau “mengintip“.

Sibuk atau tidak seseorang bergantung kepada kepandaian menguruskan masa, Kalau mengikut kamus, sibuk itu bermaksud “banyak yang dilakukan atau diurus, keasyikan mengerjakan sesuatu; giat dan rajin dalam mengerjakan sesuatu”

Sibuk itu sendiri bergantung kepada situasi dan individu… kadangkala ada ketika rasa agak sibuk sampai tak sempat nak fikir dan buat apa yang sepatutnya contohnya punya lah sibuk sampai tak sempat nak makan dan ada yang lagi teruk..sampai tak sempat nak sembahyang…. Kadangkala rasa macam tak sibuk, …. Masa ni la mula nak jadi penyibuk… dan menyibuk.. spesis ni ada dimana-mana. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita juga masuk dalam kumpulan spesis ini. Sibuk tentang hal orang lain...hal sendiri pun tak terurus...

Kesibukan adalah berbeza mengikut manusia itu sendiri. Ada yang sibuk melakukan kerja tetapi dalam kesibukan melakukan perkerjaan tersebut, masih mampu untuk meluangkan masa dengan perkara lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Ada pula yang tidak berkesempatan langsung untuk melakukan aktiviti lain disebabkan kesibukan kerja yang sedia ada.

Menguruskan kesibukan memerlukan disiplin diri yang tegas. Masa setiap manusia di bumi ini sama sahaja, 24 jam SEHARI diberikan oleh Allah kepada setiap individu. Ada yang dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan sehingga setiap saat yang dilakukan perkerjaan mendapat rahmat dan berkat. Sehingga tidur pun boleh dikira sebagai ibadah, selagi ianya tidak dicampuri dengan maksiat[harap perbetulkan sekiranya terdapat percanggahan].

Sehari ada 24 jam, ini bermaksud 86,400 saat sehari. Satu angka yang besar sekiranya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Bagaimana nak memanfaatkan masa sebanyak sebanyak ini?

Berlandaskan kepada Surah Al-Asr,

[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Pesanan yang perlu diambil berat oleh kita semua termasuk saya sendiri. Kadangkala kita lupa bahawa kesibukan masa yang ada menyebabkan kita tidak ingin untuk beramal soleh dan jarang pula yang ingin berpesan-pesan dan nasihat-menasihati bahawa masa yang ada harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Cuma, saya nak pesan...biarlah kita sibuk daripada menyibuk..atau jadi penyibuk

Jumaat, Februari 6

Politik dan Perak???....

Sekadar nak berkongsi pendapat...

Aku anak Perak..lahir dan dibesarkan di Perak. Saudara mara aku ramai yang tinggal di Perak. Cuma cari makan sahaja di negeri orang namun hati dan jiwa aku tetap pada Perak.. sampai kadang-kadang aku ”bergaduh” dengan anak kerana memperjuangkan semangat Perak aku bila ada permainan bola sepak yang melibatkan negeri Perak dengan negeri kelahiran mereka.

Aku bukan ahli politik dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli mana-mana parti politik. Bagi aku politik ni hanya untuk orang yang suka berpolitik tapi tak salah bagi pendapat terutama situasi yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan. Sebelum ni aku tak ambil kisah sangat tentang politik ni..tapi setelah apa yang berlaku di negeri Perak kebelakangan ni, jiwa aku jadi tak tenteram...resah juga aku dibuatnya..walaupun bagi aku sesiapa pun yang dapat kuasa dan memerintah keadaannya sama saje...tak banyak bezanya...


Susah nak faham dengan orang Politik ni...Masing-masing mendabik dada mengatakan mereka adalah pemimpin yang terbaik. Mahu disanjung dan dijunjung ...sepatutnya rakyat lah yang mereka junjung sebab mereka adalah wakil kepada rakyat tapi ini dah terbalik.. sebab yang menjunjung ada udang disebalik batu. Sanggup menawarkan diri, menjaja di sana sini.. tak pernah nak mengaku kelemahan dan kekurangan diri. Mereka tidak sedar rakyat sebenarnya boleh menilai siapa mereka...

Kerana kuasa sanggup buat apa sahaja. Orang politik memang gila kuasa.. Gila banyak jenis gila..apa sangat yang ada pada kuasa..mungkin dengan kuasa boleh dapat apa yang mereka hajat dan memuaskan nafsu dan kehendak.... tapi mereka lupa kuasa hadir bersama tanggungjawab yang sangat berat...tanggungjawab yang akan ditanya dan disoal di dalam kubur nanti.. Tanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga pun tak tertunai , ini kan pula nak melaksanakan tanggungjawab pada rakyat yang berpuluh ribu bilangannya.. Itu belum lagi dikira janji yang ditabur yang tak tertunai...

Tanya lah orang kampung tentang wakil yang mereka pilih... banyak benda yang tak baik daripada yang baik boleh diceritakan oleh mereka... sebelum dapat macam-macam janji bila dah dapat kembungkan poket sendiri...masalah rakyat dia buat tak reti.... ”orang-orangnya” sentiasa senyum nampak gusi...bila diadu masalah macam-macam alasan diberi...Memang susah kalau nak cari..asyik sibuk dan out station sana sini, main golf ada pulak masa tak kira walau tengahari....

Susah nak cari pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat...memahami....menjiwai rakyat...Kebanyakkannya pun bukannya lahir di kalangan ahli politik atau keluarga pemimpin.. ada yang asal dari rakyat biasa yang pernah mengalami jerit perit hidup... tapi bila dah dapat kuasa mudah sangat lupa diri...

Akhir sekali....Lebih baik jadi pemimpin terpilih daripada pemimpin yang dipilih......