Jumaat, Januari 30

Memancing lagi?.....

Mengapa anda memancing?
Adakah sekadar hobi atau minat?
Apakah sekadar mengisi masa atau melepaskan rasa bosan dan tertekan?
Adakah anda dilahirkan dengan minat memancing?
Adakah hobi yang berbaloi?
Atau???....


Apabila seseorang pemancing ditanya soalan itu, berbagai jawapan mungkin diberi.
"Saya suka memancing kerana ketika memancing hati saya rasa tenang."
"Saya suka memancing kerana dapat memberi kepuasan tersendiri."
"Saya suka memancing kerana ada feel ,rasa,jiwa yang sukar dijelaskan."

Apa jawapan anda?


Berbagai sebab yang ada apabila diajukan persoalan sedemikian Biasanya, tanggapan negetif lahir atau dibuat oleh mereka yang bukan suka memancing. Apa pun alasannya, kaki pancing mempunyai alasan yang tersendiri mengapa hobi itu dijadikan keutamaan pada masa lapang. Mungkin pada pandangan masyarakat lain, memancing adalah membuang masa, namun perlu diingatkan kegiatan tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam, malah jauh sekali untuk terbabit dengan perkara yang tidak senonoh. Menjadi kaki pancing mempunyai kebaikan tersendiri apabila mereka diuji dengan kesabaran yang tinggi dalam menanti hasil tangkapan, malah sesiapa pun akan memperoleh ketenangan jiwa daripada kegiatan ini.
Ia juga mampu melupakan segala yang berlaku di tempat kerja, keluarga atau sebagainya.Bukan setakat itu sahaja, pemancing akan berasa lebih puas apabila memperoleh hasil yang banyak, malah hasil itu boleh dijadikan hidangan untuk sekeluarga dan ia bukanlah satu kegiatan yang sia-sia. Sebagai seorang kaki pancing, hasil yang diperoleh memberi keyakinan kepadanya untuk memancing dengan bersungguh-sungguh dan membawa balik hasil tangkapan kepada keluarga di rumah.Tidak hairan jika ada pemancing yang sanggup bertahan hingga ke subuh apabila tangkapan mula 'menjadi' dan benar-benar memberi kepuasan serta semangat untuk meneruskan kegiatan itu jika ada masa terluang...

Apa pula pendapat bagi yang bukan kaki pancing.....

Rabu, Januari 28

Jodoh???.....


Bila nak kahwin? Mengapa tak kahwin lagi? Persolan yang selalu ditimbulkan ... kadang-kadang membosankan. Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih ketika berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Bak kata orang besar periuk,besarlah juga keraknya.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Kita pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya walaupun mungkin yang sudah ada kereta tapi sengaja bermotosikal bagi mengelakkan kesesakkan. Pada waktu dan ketika sebegitu nilai kereta bukan bukan sesuatu yang penting kerana apa juga jenis dan nilainya turut sama terlibat dengan kesesakkan.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Jangan pula bila banyak persoalan yang ditimbulkan hilang rasa keinginan untuk berkahwin...

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Memang ada walaupun tak ramai...

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Perkahwinan???......

Perkahwinan merupakan satu tuntutan yang dikenakan kepada umat manusia di muka bumi ini. Pernikahan itu sendiri merupakan satu syariat dan rahmat daripada Allah s.w.t. kepada manusia. Melaluinya akan terjalin perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Sesungguhnya perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia yang memerlukan teman bagi perkongsian hidup di dunia ini.

Sejarah penciptaan Adam dan Hawa membuktikan betapa pentingnya hubungan antara lelaki dan perempuan. Selain berkongsi kasih sayang, ia juga mampu mengembangkan zuriat manusia sehingga hari ini. Justeru itu perkahwinan diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan penuh hikmah kepada hamba-Nya.

Sehubungan itu, setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan pastinya mempunyai keazaman untuk berumah tangga. Cumanya, cepat atau lambat bertemu jodoh adalah ketentuan dan bidang kuasa Allah s.w.t. semata-mata. Ada individu yang cepat bertemu jodoh tetapi berakhir dengan perceraian dan ada pula yang ringan jodohnya dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sebenarnya ia adalah senario biasa di dalam kehidupan masyarakat. Justeru bagi pasangan yang berumah tangga, peliharalah masjid yang dibina dengan sebaiknya iaitu mengikut saranan agama dan mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w. Nikah adalah sunah Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umat baginda. Setiap manusia sama ada lelaki atau perempuan berhak menikmati kasih sayang dan rahmat tersebut.

Merujuk kepada anak dara lanjut usia atau andalusia yang pernah hangat dibincangan dalam masyarakat. Sebenarnya ia bukanlah suatu isu besar jika masyarakat kembali kepada prinsip, iaitu soal jodoh pertemuan yang merupakan ketentuan Allah s.w.t. Sesungguhnya jodoh manusia itu adalah kerja Allah yang ditetapkan olehNya. Andalusia bukanlah masalah sosial yang berat di dalam masyarakat jika dibandingkan dengan permasalahan yang ditanggung oleh ibu tunggal, anak yatim atau dibandingkan dengan berbagai-bagai kes salah laku akhlak seperti seks bebas, sumbang mahram dan sebagainya.

Namun demikian, kaum wanita tidak boleh berpegang kepada prinsip jodoh semata-mata. Ini kerana Allah s.w.t. mengurniakan akal dan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Islam membolehkan wanita berusaha dan merancang untuk membina rumah tangga dengan lelaki pilihan. Pepatah Melayu `perigi mencari timba' bukanlah suatu yang menyalahi syariat.
Tradisi ini telah dipecahkan melalui perkahwinan Siti Khadijah r.a. dengan Rasulullah s.a.w. Sama ada wanita yang berjawatan tinggi atau sebaliknya, apa yang dicontohkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ini boleh dijadikan teladan kepada sekalian umat. Apa kurangnya Siti Khadijah jika hendak dibandingkan dengan wanita professional hari ini?

Beliau wanita kaya, tokoh korporat yang berjaya dan juga banyak umurnya ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. yang berusia 25 tahun. Tetapi soal yang paling penting ialah sejauh manakah setiap wanita boleh menerima perkongsian dengan lelaki di dalam hidup mereka. Ini kerana pernikahan merupakan satu perkongsian antara lelaki dan perempuan.
Justeru itu, kaum wanita berhak menentukan lelaki pilihan masing-masing sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. Untuk itu, wanita boleh mempraktikkan garis-garis yang dianjurkan Islam dalam pemilihan jodoh atau calon suami. Sama ada lelaki atau perempuan, mereka diberikan kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing mengikut kesesuaian diri masing-masing. Di antara garis-garis anjuran syarak ialah :

· i. harta
· ii. keturunan
· iii. kecantikan
· iv. agama

Meskipun saranan ini seringkali diamalkan oleh pihak lelaki ketika memilih calon isteri, sebenarnya wanita juga boleh mengaplikasikannya ketika memilih calon suami. Empat ciri yang dianjurkan syarak boleh membantu membentuk keluarga bahagia. Namun demikian sekiranya keempat-empat ciri tidak dapat dipenuhi oleh calon suami, maka utamakan anjuran keempat iaitu agama. Selain itu, konsep sekufu juga boleh diamalkan dalam pemilihan calon suami ketika mengatur atau merancang berumah tangga. Persamaan taraf ini juga perlu diberi perhatian agar perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat. Ini kerana kegagalan sesebuah rumah tangga membawa kesan lebih buruk lagi terutamanya pihak suami-isteri, anak-anak dan masyarakat amnya.

Oleh itu, setiap pasangan harus menyedari bahawa perkahwinan bukanlah bertujuan memenuhi tuntutan naluri seksual semata-mata. Sebaliknya perkahwinan adalah satu perkongsian hidup antara dua insan lelaki dan perempuan. Kedua-dua pihak mestilah sedia berkongsi dalam apa jua hal, sama ada kasih sayang, tanggungjawab, peranan dan sebagainya.
Justeru itu, tidak wujud istilah lelaki atau wanita kolot yang diperkatakan dewasa ini jika amalan perkongsian dipraktikkan. Jika isteri sanggup berkongsi membantu suami menambahkan sumber pendapatan keluarga, maka suami pula mestilah ringan tulang membantu isteri di rumah seperti memasak, membasuh dan sebagainya.

Sebenarnya nilai kesefahaman dan kerjasama suami isteri sangat penting dalam membina rumah tangga yang rukun dan tenteram. Setiap pasangan sama ada lelaki atau perempuan mestilah menerima pasangan masing-masing dengan seadanya. Ini kerana setiap individu ada kekurangan dan ia boleh diatasi dengan kelebihan pasangannya. Kesimpulannya soal jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t., tetapi manusia dikurniakan akal dan kudrat untuk merancang kehidupan masing-masing. Apa yang pasti kebahagiaan rumah tangga bermula daripada pemilihan bakal suami atau bakal isteri mengikut saranan agama. Manakala rumah tangga yang bahagia terletak kepada semangat perkongsian dan musyawarah antara suami isteri serta menerima pasangan masing-masing seadanya.

Selasa, Januari 27

CUACA BURUK???.......



Bagaimana kita boleh melabelkan peristiwa hujan yang lebat, ribut taufan, salji tebal, puting beliung dan ombak besar sebagai cuaca buruk?…
Siapakah menjadikan semua kejadian ini?...
Apakah kita tidak sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah hebat yang tersembunyi yang gagal untuk kita rungkaikan atau sengaja mengabaikan?...
Dan siapakah kita yang boleh menyatakan bahawa ini adalah cuaca buruk?…
Apakah oleh kerana dengan berlakunya semua peristiwa ini menimbulkan kesukaran dan ketakutan pada kita lantas terus melabelkan sebagai sesuatu yang buruk?..

Semua kejadian alam yang berlaku adalah satu fenomena biasa yang mesti diterima oleh penghuninya dengan penuh kerelaan dan kepasrahan… sebagai penumpang sementara di alam bumi ini kita jangan terlalu banyak merungut dan bersungut tentangnya.. kita sebenarnya tiada hak langsung untuk mempertikaikannya… Sebenar segala yang berlaku yang kita katakan sebagai buruk itu adalah sumbangan dari aktiviti dan perbuatan kita yang rakus dan jahil terhadap alam ini dan wajarlah kita terima balasannya…Setelah dengan segala macam nikmat yang dikurniakan kepada kita.. apakah dengan hanya sedikit ujian terus kita mengeluh dan melabelkan sebagai sesuatu yang buruk…
Yang baik itu tidak semestinya baik...
Yang buruk itu tidak semestinya buruk..

Cinta???......

Kasih..sayang..cinta adalah satu bentuk emosi yang lahir dari hati..Datang tanpa diduga dan pergi juga tanpa diduga. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada cintanya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah- olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Tiada cinta yang abadi dan kekal dimuka bumi ini.Kecuali cinta kepada Allah yang Maha Esa...

Wallahu'alam.


Jumaat, Januari 16

Temuduga Terbuka - Calon Jenazah...

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail..

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

SELIMUT PUTIH


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )

Rabu, Januari 14

Apa yang kita cari.....

Kita ni bila-bila boleh mati,kalau dah sampai ajal tak ada cara lain lagi nak elak....nak lari ke...macam lari Bolt Usain lari 100 meter sampai pecah rekod dunia atau nak menyorok dalam bilik kebal yang tak boleh ditembusi bom atom sekali pun..kalau dah sampai masa dan ketikanya memang tak boleh dielak...So...sendiri mau ingat le.... apa sangat yang kita cari kat dunia ni.....

1) DUIT BERJUTA TAK ADA NILAI

Masa hidup punya bangga sampai tak ingat dunia,nak apa semua boleh beli...org pun g beli.Hidupnya menjadi hamba duit... baginya duit adalah segal-galanya...Semua org dan benda ada harganya.Bila dah keras kejang dan masuk ke alam kubur duit walau satu satu sen pun takde nilainya.

2)RUPA LAWA TAK ADA GUNA

Di dunia boleh le bangga dgn rupa paras kurniaan Tuhan walaupun jarang nak ingat apatah lagi bersyukur pada-NYA.Bila dah balut kain kapan semuanya takde maknanya. Makan dek ulat juga le.

3)BINI CANTIK TAKDE MAKNA

Masa kat dunia rasanya kitalah manusia paling bertuah sebab ada bini yang paling cantik dan dan seksi.Org lain telan air liur aje le tapi bila dah mati,baru korang tau betapa seksanya.Air liur pun takde nak telan.

4)ANAK BERDERET TAK DAPAT NAK MENOLONG

Elok ada anak ramai,lagi elok kalau semuanya anak-anak soleh sebeb dia orang aje le harapan bila korang 'kat sana'.Doa dia orang le yang dpt menentukan seksa atau selesa temppt korang tu tapi kalau semuanya anak-anak asal boleh....masak kita di sana.

5)PANGKAT DAN PINGAT TAK ADA FAEDAH

Bukan senang nak dapat pangkat serta pingat kat dunia ni. Sepanjang hayat berkhidmat untuk orang ramai serta tabur bakti serta bukti biar org nampak korang punya jasa baru boleh dapat anugerah.Tapi kita buat semua tu bukan kerana Allah kan?Kat sana karang rasakan.

So....fikir-fikirkanlah ye......

Selasa, Januari 6

Jadilah seperti lalang.....



Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan kenyataan di atas . Walaupun sering diumpamakan seperti orang yang tiada pendirian tetapi disebalinya tersirat banyak kekuatan yang boleh kita jadikan panduan di dalam hidup ini. Oleh kerana sejak dari dulu lagi dilabelkan sebagai tumbuhan yang banyak mendatangkan masalah kepada manusia khususnya petani, kita langsung tidak melihat kelebihannya. Begitulah manusia lebih suka bercakap tentang sesuatu yang buruk tentang orang lain daripada memperkatakan kebaikannya. Dalam banyak keadaan kita boleh mencontohi lalang....

Agar kita lebih memahami bagaimana sifat jati diri boleh diumpamakan atau dicontohi dengan merujuk kepada lalang, marilah kita mengkaji lima sifat lalang yang begitu terserlah

1.Lalang Tetap Kukuh Pada Dasarnya.

Benar bahawa lalang melentuk ke sana ke sini apabila ditiup angin. Namun perhatikan betapa kuat sekali pun angin yang bertiup, lalang tidak terlepas daripada dasarnya. Pokok mungkin tumbang, atap rumah mungkin terangkat, tetapi lalang tetap pada dasarnya. Ia tidak berganjak walau sedikit jua.

Ini adalah salah satu sifat lalang yang patut dimiliki oleh umat Islam yang berjati diri. Kita patut, bahkan wajib, memiliki dasar yang kuat dalam pegangan agama kita. Dasar ini tidak berganjak sekali pun ditiup oleh pelbagai arus yang ingin memusnahkannya.

2.Lalang Mudah Melentuk Namun Tetap Berpaksi Pada Dasarnya.

Sifat lalang yang mudah melentuk tidak patut dipandang sebagai satu kelemahan. Ini kerana melentuk ke arah mana sekali pun, ia tetap berpaksi pada dasarnya.Berbeza dengan daun kering yang ditiup angin, ia terbang mengikuti angin dengan meninggalkan tempat asalnya. Ini barulah boleh dianggap sebagai satu kelemahan.Sifat lalang yang kedua ini boleh kita rumuskan sebagai kukuh pada perkara dasar yang sememangnya tidak boleh berubah manakala fleksibel pada perkara cabang yang boleh disesuaikan dengan zaman dan tempat.

3.Lalang Amat Sukar Dimusnahkan.

Sesiapa yang pernah berinteraksi dengan lalang pasti akan mengetahui bahawa ia amat sukar untuk dimusnahkan. Jika dipotong ia tumbuh kembali, jika dicabut ia mentunas kembali. Pilihan yang ada ialah mencabut hingga ke akarnya atau menyembur racun lalang. Ini juga tidak menjamin keberhasilan yang 100%. Tidak jarang ia tetap tumbuh semula.

Sifat lalang ini wajib ada pada diri kita umat Islam. Kita tidak boleh putus asa, hampa, bersedih, mengalah atau melarikan diri daripada pelbagai arus yang bukan sahaja mencabar kita, tetapi seakan-akan ingin menenggelamkan kewujudan kita dan agama yang kitacintai. Maka sebagaimana lalang memiliki jati diriuntuk terus hidup, kita umat Islam juga wajib memiliki jati diri yang jauh lebih kental untuk terus hidup menghadapi pelbagai arus yang menentang kita. Istilah putus asa, hampa, bersedih, mengalah atau melarikan diri tidak boleh wujud dalam kamus umat Islam.

4.Lalang Mudah Lagi Cepat Berkembang.

Lalang bukan sahaja sukar dimusnahkan, ia juga mudah lagi cepat berkembang dalam masa yang singkat walaupun dibakar dan diracun. walaupun daunnya musnah tetapi akarnya tetap kekal dan membiak.

5.Lalang Mampu Memberi Pengaruh Kepada Manusia.

Cuba berjalan di atas lalang, pasti kulit kaki terasa miang. Tumbuhan yang dianggap remeh oleh kebanyakan manusia mampu memberi pengaruh kepadanya? Ya! Begitulah hakikatnya, ia boleh memberi kesan secara langusng walau dalam keadaan apa cara sekalipun. Tidak sekadar itu, lalang juga mampu memberi pengaruh dalam bentuk ia dapat dijadikan bahan membuat atap bagi pondok-pondok dikawasan pendalaman. Pengajaran penting yang dapat diambil iktibar adalah,sekali pun dunia memandang kecil kepada Islam dan umatnya, kita masih mampu untuk menukar pandangan tersebut. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika setiap daripada kita berusaha untuk memberi pengaruh yang positif kepada dunia dan manusia, pasti duniaakan mengubah pandangannya terhadap Islam dan kita. Akuilah bahawa dunia memandang kecil kepada Islam dan umatnya disebabkan oleh sikap kita sendiri yang selama ini amat minimum dalam memberi apa-apa pengaruh positif kepada dunia.


Sebagai manusia kita sering lupa atau terlanjur, maka lalang sentiasa ada untuk mengingatkan semula kejatian diri kita. Ingat!Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencipta sesuatu untuk sia-sia melainkan ia memiliki hikmah dan manfaat untuk kita.

Insya'Allah jika sama-sama mengambil iktibar dengan setiap sesuatu kejadian atas mukabumi ini...sudah pasti kita tidak mudah terpengaruh,..terpedaya..dan terjebak dgn apa jua pengaruh yang boleh merosakkan n menjatuhkan maruah kita sbg seorang Muslim walau dimana sahaja kita dicampakkan atas muka bumi ini...InsyaAllah...!

Isnin, Januari 5

Celaka bagi orang yang menderhakai ibubapa


Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai....
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Di atas adalah antara lirik lagu ayah dan ibu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman. Terdapat banyak lagu yang apabila mengaitkan dengan nama ibu atau ayah pastinya menyentuh hati kita.Banyak buku dan drama televisyen yang apabila menjadikan jasa dan pengorbanan ibu bapa sebagi tema cerita sudah tentu boleh menyentap sanubari kita sebagai anak"

Dengan itu peranan anak terhadap kedua orang tua mereka adalah besar sekali.Di dalam hal ini, agama Islam mengajar bahawa tanggungjawab anak terhadap kedua orang tuanya atau kedua ibu bapanya adalah sangat besar dan perlu dititikberatkan melebihi daripada segala-gala perkara. Melainkan yang bersifat penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya sehingga Islam mengancam sesiapa yang menderhakai ibu bapanya dengan neraka.

Syurga pula diletakkan di bawah telapak ibu, kenapa? Kerana besarnya kedudukan ibu pada pandangan Allah SWT terhadap seseorang anak. Keredhaan Allah terhadap seseorang anak hanyalah bergantung dari keredhaan kedua ibu bapanya.Namun sebagaimana yang telah disebut di atas, bahawa ketaatan terhadap ibu bapa hanyalah sekadar dalam lingkungan batasan ketaatan terhadap Allah dan Rasul-Nya sahaja. Kalau ibu bapa menghendaki anaknya menderhakai Allah dan Rasul-Nya,pada ketika itu hilanglah kewajipan anak di dalam mentaati kedua ibu bapanya

Kenapa Islam sangat menekankan persoalan ketaatan anak-anak terhadap ibu bapa?Kenapa tidaknya, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ketika anak-anak masih kecil dan memerlukan tempat pergantungan, di kala itu betapa susah payah dan jerit lelahnya ibu bapa di dalam melayani keperluan anak-anak mereka.Sebab itulah Allah SWT melarang keras setiap anak daripada bersikap kasar dan biadab terhadap kedua ibu bapa terutamanya setelah kedua-duanya meningkat tua.Firman Allah di dalam al-Quran surah Isra' ayat 23 - 24 bermaksud:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia.Dan agar kamu berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang daripadanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu,janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan 'Ah!' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan penuhkasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku!, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak aku kecil lagi

Orang-orang yang fasik tetapi sangat memulia dan menghormati ibu bapanya adalah lebih dikasihi oleh Allah daripada orang-orang yang terkenal banyak ibadatnya tetapi menderhakai ibu bapa mereka. Kenapa? Bukankah ramaiorang yang melanggar hak Allah tetapi mendapat pengampunan? Tetapi tidak pada orang-orang yang memperkosa hak mereka terhadap ibu bapa mereka. Allah SWT pasti tidak akan mengampuni dosaa nak-anak yang menyakiti ibu bapa sehingga ibu bapa sendiri yang memaafkannya.

Lihat pada cerita seorang sahabat Rasulullah yang bernama Alqamah. Ketika diadalam sakaratul maut, Rasulullah hampir-hampir membakarnya kerana dia gagalmengucap kalimah tauhid pada saat itu. Setelah diselidiki ternyata Alqamah yang terkenal banyak sembahyang malam dan berpuasa itu telah gagal menunaikanhaknya terhadap ibunya yang telah tua. Mujurlah dia kemudiannya mendapat kemaafan daripada ibunya.Berlainan dengan apa yang telah berlaku kepada seorang dari umat Nabi Isa as. Dimana setiap hari pemuda itu memandi, memberi makan dan menjaga dua ekor babi.Bila ditanya kenapakah dia menjaga babi-babi yang najis itu dengan begitu kasih sayang sekali? Pemuda itu menjawab, kerana kedua-dua ekor babi itu adalah sebenarnya dua ibu bapanya yang telah melakukan sesuatu dosa yang menyebabkan dikutuk oleh Allah dan menjadi babi. Kerana menunaikan hak anak terhadap keduaibu bapa, pemuda itu telah memberi khidmatnya sehingga kerana itu telah memnyebabkan dia masuk syurga.

Pengorbanan kedua ibu bapa terhadap anak-anak tidak ada tolak bandingannya.Anak-anak dikandung oleh ibu dengan susah payahnya sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran surah Luqman ayat 14 bermaksud:
Dan Kami amanatkan kepada manusia (agar menghormati dan memuliakan)terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemahdan bertambah kesusahannya dan me-nyusuinya selama dua tahun. Bersyukurlahkepada-Ku dan kepada dua ibubapamu, dan kepada Akulah kembalimu.Kemudian setelah besar mencapai usia remaja, ibu bapa memberi pelajaran secukupnya dengan harapan apabila benar-benar dewasa nanti akan menjadi manusia yang berilmu dan berguna di dalam masyarakat.

Kenapakah setelah kedua-dua ibu bapanya mencapai usia tua dan sampai giliran mereka pula untuk menjadi beban kepada anak-anak, ada setengah daripada anak-anak yang tergamak memperlakukan kedua-dua ibu bapanya itu (atau salah seorang daripada) mereka dengan cara yang tidak sepatutnya?Ada anak-anak yang menengking ibu mereka kerana melakukan sesuatu yang tidak berkenan di hati mereka. Mengapakah si anak tidak menghadapi telatah ibu mereka yang telah tua itu dengan tabah dan sabar? Sewajarnya anak-anak yang mula bosan terhadap telatah orang tua mereka membayangkan betapa susah dan payahnyakedua-dua ibu bapa mereka menjaga dirinya dan melayani telatah dan kerenahnya di zaman kanak-kanak? Atau apakah si anak yang memperlihatkan sikap biadab terhadap ibu bapa merekakerana ingin membalas dendam terhadap perbuatan yang dianggap kejam yangdilakukan oleh orang tua mereka terhadap mereka ketika masih kecil dahulu? .

Dan setelah mereka dewasa, mereka mahu membalas dendam pula? Alangkah malangnya ibu bapa yang mempunyai anak yang memiliki hati sebegini.Apakah kerana perbuatan orang tua yang mahu mengajar anaknya agar setelahdewasa menjadi manusia yang berakhlak mulia dianggap telah menganiayainya danb ertindak kejam terhadap mereka? Sehingga mereka menunggu masa untuk membalas dendam setelah mereka dewasa dan ibu bapa mereka menjadi tua dan lemah.

Alangkah kejamnya manusia ini.Memang tidak dinafikan terhadap ibu bapa yang bertindak kejam terhadap anak-anak seperti melakukan penderaan yang menyeksakan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kepada si anak (dan sewajarnya ibu bapa sebegini menerima hukuman yang berat sesuai dengan perbuatan mereka terhadap anak mereka). Namun anak tetap dilarang untuk membalas perbuatan ibu bapa terhadap mereka itu. Dan anggaplah itu sebagai ujian ke atas diri mereka moga-moga denganujian yang seberat itu akan dibalas oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat kaliganda di akhirat nanti.Walau bagaimanapun Allah SWT melarang keras sebarang tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya penderhakaan terhadap ibu bapa. .

Tidak ada jalan untuk dijadikan alasan untuk membalas dendam terhadap ibu bapa. Sejahat-jahat ibu bapa masih tidak dapat untuk dibalasi jasa dan susah payah mereka terhadap anak-anak.Walaupun betapa kejamnya ibu bapa terhadap anak-anak, tetap akan membawa anak-anak ke hospital atau berjumpa bomoh untuk mengubati sakit si anak kalau si anak ditimpa sakit. Bukankah ini satu pengorbanan yang besar dan tergamakkah sianak apabila dewasa mahu bersikap kasar dan biadap terhadap orang-orang yangtelah menjaga mereka itu ketika kecil dahulu?Bagi orang-orang yang memahami nilai pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak,mereka sekali-kali tidak sanggup untuk menderhakai ibu bapa mereka sekalipunmereka telah diperlakukan dengan bermacam-macam kekejaman ketika kecil.

Justeru itu, jasa-jasa ibu bapa dianggap oleh Allah SWT sebagai satu amal yang nilainya cukup besar dan tidak boleh dipandang mudah oleh anak kandung sendiri.Manakala bagi anak-anak yang menganggap jasa-jasa ibu bapa tidak lebih daripada tanggungjawab bagi setiap orang yang menjadi ibu dan bapa akan dicap oleh Allah sebagai manusia yang tidak memiliki budi yang mulia dan tidak tahu menilai sesuatu yang dinamakan budi. Dari itu wajar sekali manusia jenis ini tidak mendapat keredhaan Allah dan tempatnya di akhirat nanti ialah di neraka.

Sabtu, Januari 3

Hantu???....


Kebanyakkan kita takut sangat pada hantu… kadang-kadang lebih takutkan hantu daripada Tuhan, pada hal tak pernah pun tengok rupa hantu, kalau tengok pun ..tengok kat televisyen saje.. Seumur hidup aku tak pernah la lagi jumpa atau tengok hantu.. tengok orang yang perangai macam hantu adalah dan hantu dalam rumah hantu (funfair).. Teringin juga nak tengok macamana rupa hantu... bukan riak atau cakap besar dan aku bukan lah orang berani sangat....tapi nak merasa juga pengalaman jumpa dengan hantu.. Cuma nak tengok saje. tak lebih dari itu.... Tak la pulak sampai nak pergi kubur atau tempat yang ’keras’ nak cari hantu...

Betul ke yang tu hantu? Cantik juga ye...


Kenapa kita takut sangat dengan hantu???


Mungkin kerana sejak dari kecil sampai dewasa dan ada sahaja cerita hantu yang sampai ke telinga kita... tak pernah tamat, dari satu versi ke satu versi dan bermacam episod dan macam-macam jenis hantu...Kebelakangan ini banyak juga cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan di pawagam.Seolah-olah mereka itu diagung-agungkan. Lagi syok la bapa mereka si iblis dan syaitan tu...dapat promosi percuma..

Banyak juga jenis hantu rupanya, pada bangsa Melayu sendiri, terdapat tidak kurang dari sepuluh jenis hantu yang popular seperti pontianak, toyol, hantu tetek, jembalang, pocong, hantu galah dan pelbagai lagi nama yang agak melucukan.

Saya ada terbaca yang hantu-hantu ni dapat nama sebenarnya telah diciptakan oleh kaum wanita Melayu. Kita ambil contoh seperti pontianak , yang selalu digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat cantik, berbau harum dan merayau bersendirian ditengah malam. Kaum lelaki tak kira dari remaja hingga ke lanjut usia, dari dulu hinggalah sekarang selalu dikaitkan dengan balik lewat malam . Untuk menggalakkan suaminya, anak atau adik lelakinya, ipar duainya balik awal, maka diciptakanlah bahawa pontianak ini akan mula merayau selepas jam 12 tengah malam. Lebih-lebih lagi pada malam Jumaat kerana malam itu adalah malam yang istimewa bagi si isteri dan selalunya majlis-majlis keagamaan selalu dilangsungkan pada malam tersebut.

Burung yang paling orang takut... Burung Hantu..

Ini pulak ikan hantu...


Cerita hantu ini bukan sahaja wujud di kalangan orang melayu sahaja..malahan dis eluruh dunia percaya akan wujudnya dunia paranorma ini......Rupanya hantu pun ada beberapa jenis Antara jenis hantu yang utama seperti berikut.

Yang mana satu jari hantu?


Jenis yang pertama ialah jenis yang menyesatkan, membisik, menghasut, mengapi-apikan, menggoda, mengkhayal, menipu manusia, tetapi ianya bukan dari golongan roh. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan, manusia dan jin,setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunanya untuk memperdaya pendengarnya . Mereka juga selalu menyamar menjadi makhluk lain. Kebiasaannya, jenis ini selalu menghadirkan diri di upacara spirit of the coin , upacara pemujaan syaitan dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.


Jenis yang kedua ialah jenis yang suka menakut-nakutkan manusia dengan pelbagai cara tersendiri. Kadangkala, ada sesetengah dikalangan kita pernah melihat mereka dalam bentuk sepenuhnya atau sekadar biasan / imbasan sahaja. Tetapi selalunya, kita dengar ramai orang bercerita tentang mereka pernah terdengar bunyi seperti tapak kaki, suara dan muzik; dan bauan yang pelik. Sesetengahnya pula mendakwa pernah disentuh atau mengalami perubahan suhu persekitaran secara tiba-tiba. Ada sesetengah berpendapat jenis sebegini, selalunya dikaitkan dengan manusia-manusia jahat yang telah meninggal dunia atau kematian yang tidak normal seperti bunuh diri, pembunuhan atau kemalangan tragis. Roh mereka dikatakan tergantung kerana tidak diterima langit mahupun bumi (wallah hu alam).

Gangguan-gangguan seperti lampu yang terpadam dan tertutup dengan sendirinya, barang-barang bergerak secara tiba-tiba dan bunyi-bunyian seperti bisikan sebenarnya adalah kerana mereka memerlukan perhatian dari yang masih hidup. Namun begitu ada juga segelintir yang sengaja mengganggu dan menyakat kerana ingin menghalau manusia dari mencerobohi atau mengubah objek kepunyaannya di kediaman mereka dan kadangkala ia mungkin memudaratkan mangsa.

Zaman sekarang macam-macam orang boleh buat untuk mengadakan yang tiada....

Ingatlah syaitan ini kerjanya ialah menyesatkan manusia...tak ada lagi kerja lain selain daripada itu…. Jadi janganlah terlalu percaya kerna ia akan mengambil kesempatan atas kelemahan kita nanti...Kita perlu kuatkan iman..jangan lupa solat agar kita sentiasa mendapat perlindungan daripadaNya… insyaalah