Khamis, Disember 25

Telefon...oh telefon.....


Kalau dulu hanya orang kaya dan berada sahaja yang boleh menggunakan telefon. Bagi orang biasa yang 'teringin' menggunakan telefon, telefon awam lah yang menjadi sasaran, itu pun kalau tidak dijahanamkan. Lagi pun tiada keperluan hendak menggunakan kerana tidak ramai orang yang menggunakan telefon.Surat dan poskad adalah medium perhubungan yang paling glamour dan penting....
Dunia dah maju, zaman berubah itu antara slogan yang agak popular sekarang. Berasaskan slogan ni kita dapat menyaksikan perubahan yang agak memberansangkan jika bercakap tentang teknologi komunikasi telefon terutama telefon bimbit. Ianya sekarang bukan lagi barang mewah tetapi sudah menjadi barang keperluan.. sehinggakan terdapat seorang memiliki dua atau tiga buah telefon adalah merupakan perkara biasa.Daripada era zaman telefon bimbit sebesar bateri lori hingga sekarang sehingga sekecil dua jari. Telefon yang dulunya berfungsi sebagai medium untuk bercakap sehingga boleh melayari internet,merakam,memain muzik dan bermacam lagi fungsi yang kadang-kadang tercapai oleh akal kita. Itulah dia teknologi...
Saya pasti anda semua sedia mengetahui tentang perkara yang saya ulas di atas. Sebenarnya apa yang saya nak kongsi di sini ialah tentang kehilangan telefon bimbit. Saya pasti ada diantara kita yang pernah kehilangan telefon bimbit ini termasuklah saya sendiri yang sudah dua kali mengalaminya. Kehilangan mungkin boleh berlaku akibat kecurian atau kelalaian kita, tetapi biasanya disebabkan faktor yang kedua.Kalau hilang akibat dicuri peratus untuk jumpa kembali amatlah tipis.Mungkin 5 peratus itu pun sudah cukup tinggi. Sekiranya hilang akibat kelalaian kita sudah tentu akan ada orang yang menjumpainya.Yang bernasib baik akan mendapat semula sekiranya dijumpai oleh insan yang berhati jujur dan mulia tetapi peratusnya juga kecil kerana agak kurang orang seperti ini.
Kebanyakkan yang jumpa dianggap sebagai 'rezeki'terpijak dan terus menhakmilikkannya untuk dijadikan harta sendiri. Tiada usaha untuk menghubungi pemilik walaupun ada cara dan jalan yang mudah.
Kesimpulannya jika anda kehilangan telefon bimbit janganlah bermimpi untuk mendapatkannya kembali. Cuma apa yang boleh saya cadangkan ialah pergi ke kedai telefon dan beli yang lain sebagai ganti,kalau tak cukup duit,jangan pulak sampai pinjam ceti, beli saje mengikut standard poket sendiri, yang penting bila bila bercakap keluar bunyi, kalau setakat top-up lima ringgit simpan dulu dalam laci, kalau ada hal penting pinjam je telefon dekat DIGI itupun kalau dia bagi......




Macam ni lebih kurang jenis telefon aku yang hilang.

Kenapa Memancing???...

“Memancing itu adalah seni!” Memancing ikan memang bukan sekadar menangkap ikan sebanyak-banyaknya. Tapi menikmati semua proses memancing sebagai suatu seni dengan keasyikan tersendiri. Mulai dari meracik dan mendapat umpan, mempersiapkan joran, melempar kail kepermukaan air , menunggu ikan memakan umpan, sampai kenikmatan “bertarung” dengan ikan yang termakan mata kail. Inilah perbezaan antara penjala,penjaring dan nelayan dengan pemancing yang menjadikannya sebagai hobi.

Kepuasan akan lengkap disaat semua proses itu selesai dengan ikan tangkapan dari jenis tertentu yang sesuai target. “Bukan jumlah ikan yang berhasil dipancing yang menentukan tapi kualiti dan kenikmatan memancing itu yang utama”

Bagi pemancing, jenis dan berat sesuatu ikan tangkapannya akan memberikan kepuasan yang berlainan. Untuk pemancing di laut lepas, misalnya, jenis ikan air masin yang ’melawan’ seperti layaran, marlin, alu-alu (barakuda), great travelly (GT), tenggiri adalah sasarannyanya. Untuk memancing masing-masing spesies ikan ini memerlukan keperluan dan teknik . Ada rasa kepuasan tersendiri ketika dimenikmati hasil memancing ikan yang diharapkan! Begitu juga halnya dengan pemancing sungai, lombong, tasik dan empangan melayan kelah, toman, patin, haruan dan sebagainya juga memberi kepuasan yang tersendiri bagi peminatnya..

Selain itu, pemilihan tempat juga termasuk satu faktor yang mempengaruhi kenikmatan memancing. Lain tempat tentu memerlukan teknik dan peralatan yang berbeza. Mancing di kolam misalnya, berbeza dengan mancing di perairan terbuka (laut lepas). Jenis dan sifat ikan air tawar dan air masin tentunya juga berbeza. Semua punya ’feel’ dan kenikmatan tersendiri yang sukar digambarkan....

Ramai orang mempertikaikan dan memperkecilkan hobi ini sebagai sesuatu membuang masa, mengabaikan dan melalaikan. Adalah tidak adil melabelkan kaki pancing seperti ini. Kita tidak pernah pun mempertikaikan hobi orang lain dalam memenuhi keinginan dan kepuasan masing-masing , kalau mahu dicari keburukkanya memang banyak tetapi itu bukanlah cara kita. Sentiasa berfikiran terbuka dan positif dengan orang lain boleh menyelesaikan banyak perkara serta menjadikan hati dan jiwa menjadi lebih tenang.Kita mempunyai cara dan kehendak tersendiri dalam memenuhi tuntutan dan kepuasan jiwa. Yang penting ianya tidak bertentangan dengan tuntutan agama dan undang-undang negara.
Mungkin ada segelintir pemancing tegar yang mempunyai tabiat buruk yang menjejaskan imej kebanyakkan pemancing. Itu tidak dinafikan dan tidak adil disebabkan segelintir golongan ini habis semua terpalit lumpurnya.

Adalah lebih baik kita menjadi kaki pancing daripada menjadi kaki judi,kaki ekor, kaki betina dan kaki kelentong.........