Selasa, Disember 23

Luahan Rasa....

Untuk panduan diri sendiri.....

Alangkan baiknya sekiranya aku berfikir dahulu sebelum melahirkan kata-kata kerana kadang kala kata-kata yang bakal dilontarkan akhirnya memakan diri. Aku cuba belajar untuk tidak banyak bercakap, dan bercakap apabila perlu sahaja. Memang sukar untuk melakukannya kerana aku sememangnya suka bercakap merapu dan suka mencelah cakap orang. Aku juga telah belajar banyak dari kesilapan diriku sendiri, ini semua angkara bercakap tanpa berfikir kerana tanpa aku sedari percakapan tersebut telah menyakiti hati dan perasaan orang lain. Perkara yang kita aku tidak suka orang lain lakukan kepada aku tetapi tanpa aku sedari perkara tersebut telah aku lakukan pada orang lain.
Akan aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ku ini, aku inginkan apa yang terkeluar dari mulutku adalah dari buah pemikiran yang bernas dan bermanfaat serta boleh diterima boleh semua orang.
Memang benar seandainya sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena atau tidak membabitkan kita, adalah lebih baik kita berdiam diri dari berkata-kata. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita cakapkan adalah bagus, tapi itu anggapan kita sahaja, kita tidak tahu bagaimana anggapan orang lain dan lebih teruk lagi kata-kata aku menyinggung hati dan perasaan orang lain. Mungkin mereka akan mentertawakan kita di belakang atau lebih teruk lagi kita akan di cerca....
Aku ingin berpegang kepada prinsip berfikir sebelum berkata kerana kata-kata boleh menyakiti hati orang lain. Dengan prinsip ini aku boleh hidup dengan tenteram dan aman bahagia. Mungkin prinsip ini bagus, tapi mulut kita boleh ditutup dan diamkan tapi bagaimana dengan mulut orang lain. Ketahuilah mulut orang lain kita tidak dapat diamkan dan tutup. Seandainya orang mengata dan menyakitkan hati kita cuba sedaya upaya untuk menerimanya secara positif. Memang susah untuk melakukannya.....
Teringat aku pada petikan kata-kata....

  • Kurangi ucapan dengki, perbanyak ucapan mengasihi
  • Kurangi kata yang mengejek, perbanyak kata yang menghargai
  • Kurangi kata yang melemahkan, perbanyak yang mendorong
  • Kurangi kata yang negatif, perbanyak yang positif
  • Kurangi kata-kata kritik, perbanyak yang membangun
  • Kurangi kata-kata kasar, perbanyak yang lemah lembut

Kepada sahabat aku yang pernah berbicara sama ada secara bersemuka atau di alam blog atau ruangan chat yang mungkin terasa hati yang kata-kata yang lahir tanpa disedari atau disengajakan saya memohon ribuan kemaafan....