Selasa, Disember 30

Rahsia 13....



Assalamua'laikum wr wb......... ..Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

Modified Kereta....

Kali ni aku nak cerita pula tentang kereta... Sekarang kereta bukan lagi benda yang mewah. Sekarang lebih mudah membeli kereta daripada motosikal... downpayment untuk motosikal sekurang-kurangnya RM2000.00, tapi kereta.. kadang-kadang tanpa downpayment dah boleh dapat..Cumanya bayar bulanan je lah yang tinggi sikit...sekarang ada pulak yang boleh beli kereta bukan sahaja tanpa deposit.. tapi juga tanpa penjamin, tanpa faedah dan berbagai-bagai pakej promosi bagi menarik orang membeli kereta. Sekurang-kurangnya setiap rumah mempunyai sebuah kereta, kadang-kadang dua buah dan jarang-jarang tiga buah...betapa mewahnya orang kita....

Ada juga yang suka modified kereta kesayangan mereka dengan berbagai-bagai cara mengikut citarasa dan kreativiti...sehinggakan kos modifikasi melebihi daripada harga kereta.. itulah yang dikatakan minat... bila minat, orang sangpup buat apa sahaja..menghabiskan wang ringgit tanpa berkira.. macam la orang yang minat memancing.. orang yang minat main golf... orang yang suka melayari internet... ini semua untuk kepuasan diri. Jangan kita mempertikaikan minat dan hobi orang lain... manusia ni kan berbeza, jadi keinginan, nafsu, citarasa juga dah tentu lah berbeza.
Ada pulak tu yang tak suka modified kereta... macam mana mula beli macam tu, macam itu la juga kereta dan masih standard walaupun dah boleh dikategorikan sebagai kereta antik... mereka ini mengganggap kereta hanya sebagai alat untuk mereka bergerak.Ada juga yang jenis pakai buang.. tak terjaga dan terurus... jadi terpulanglah kepada pandangan masing-masing.

Bagi aku modifikasi kereta aku juga boleh mendatang kepuasan tersendiri... macam orang perempuan juga kalau ditouch up dan dimake up ... bubuh bedak, letak warna biru..hijau..kuning..purple...dan macam-macam lagi supaya nampak kelihatan cantik...bagi empunya diri dah tentu rasa dirinya cantik tapi yang yang memandang ada yang angguk dan ada juga yang geleng... cantik bagi aku perkara yang subjektif... cantik bagi kita..tapi tak cantik pada orang lain.... yang penting kita buat apa yang menyenangkan hati kita...kena jaga hati dan perasaan kita sendiri sebelum memikirkan orang lain...susah nak puaskan dan senangkan hati orang...

Okaylah cerita bab kereta Myvi aku ni... kau orang tengok la dan nilai sendiri...Bila kita dah lama kita guna kereta, sedikit sebanyak mula timbul rasa jemu dengan kereta kita..tambahan pula setiap tahun keluar macam-macam keluaran terbaru yang lebih mengancam.. tergugat juga iman dibuatnya...nasib baik lah iman masih kuat.. Jadi untuk mengelakkan rasa jemu kita kenalah buat perubahan pada kereta supaya nampak kelainan dan keihatan sedikit baru walaupun ianya dah lama.... Lagi pun bila tengok orang lain modified nampak cantik pula, keinginan mula timbul...Aku dah pakai kereta ni baru dua tahun...rasa macam baru... tapi bila tiba time bayar yang rasa macam dah lama...Mula-mula dulu ingat nak buat standard je..tapi lama-lama tak sedar dah banyak juga benda jua yang aku buat..Tapi Cuma bahagian luar je lah... dalam ada la sikit-sikit.. Bahagian enjin aku tak usik... biar je lah

Nasihat aku kalau kau orang rasa nak modified buat la... selagi ada kemampuan.. tapi kena ingat pastikan segala pengubahsuaian tidak menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.. bukan apa kalau nanti kena saman, sayang juga duit ... kalau kena saman RM300.00... banyak benda yang boleh kita buat pada kereta kita tu....



Yang ni sport rim 16 " tayar 205/45R16,rim yang kedua aku pakai...yang pertama rim 17" pakai sebulan bengkok, langgar lubang... RM1600.00


Cover seat warna hitam ni jenis PVC je.. tapi nampak macam leather... kena pasang cover sebab cover seat asal cepat kotor....RM280.00

Nampak tak hand rest box di tengah-tengah tu. bukan sahaja boleh letak tangan tapi macam-macam ada dalam tu... RM50.00


Saje je aku nak tunjuk spring sport yang aku tukar..nampak lower sikit.. RM350.00


Ni namanya reflector... yang bahagian atas tu.. benda yang mula-mula aku pasang lepas aku beli kereta ni ....RM50.00 sahaja...


Nampak tu...exzos buat lain..ada dua..ganti tabung exzos sahaja... RM300.00


Visor yang gelap dan besar ni baru je minggu lepas pasang... RM 50.00


Skirting ini diganti sebelum hari raya...ingat nak pasang yang biasa je..tapi bila kena ayat dengan taukeh kedai terus pasang...mahal juga jenis ni... memang dah siap cat di kilang..brand Air Master depan,belakang, kiri dan kanan.Siap pasang......... RM1000.00


SunShadding Visor DVD Player ni beli masa offer kebetulan pulak dapat bonus..habis melayan bonus aku..RM400.00








Banyak juga ye... itu pun tak masuk yang sikit-sikit yang sepuluh dua puluh ...lepas ni ada plan lain lagi ... itu pun tengok kepada kedudukan ekonomi negara dan ekonomi poket aku....

Ahad, Disember 28

Mengapa ada dusta....



Zaman sekarang kejujuran sukar untuk diperolehi, mungkin disebabkan oleh kebanyakan daripada kita kurang menghargainya. Peniaga berbohong kepada pembeli sehingga sering mengecewakan pembeli, anak berbohong kepada ibunya dengan memberi berbagai alasan untuk menutup kesalahan, pendidik sering menggunakan kata-kata yang tidak benar dalam mendidik, sehingga akan melahirkan generasi yang mengutamakan ketidak benaran dan pemimpin sering tidak jujur dalam mentadbir negara sehingga merugikan kita sebagai rakyatnya...

Bohong membawa maksud yang sama dengan tipu dan dusta ataupun tidak bercakap benar tentang susuatu perkara..

Kenapa manusia suka berbohong?

Ini mungkin disebabkan oleh berbohong itu mudah, orang yang suka berbohong tidak tahu akan hukum agama, dengan berbohong kita fikir boleh menutupi kelemahan atau kekurangan dan dengan berbohong seseorang terlepas dari hukuman atau mengelak orang lain tahu akan kelemahan dan kekurangan atas dirinya.

Tapi apakah pembohongan itu akan kekal dan membawa bahagia. Saya yakin berbohong tidak akan membawa kebahagian dalam hidup. Mungkin dengan berbohong anda selamat hari ini, tapi anda akan terus dihantui rasa bersalah seumur hidup anda dimana anda takut kalau pembohongan yang anda buat terbongkar dan diketahui oleh orang ramai. Apa lagi kalau hal itu melibatkan hal-hal yang besar.

Adakah terdapat bohong yang baik, ramai orang yang menggunakan alasan bahawa dia terpaksa berbohong untuk kebaikan. Mungkin ada dalam sesetengah keadaan manusia dibenarkan berbohong... (diharuskan-bohong-dalam-keadaan.html) namun sekali berbohong tetap berbohong. Mungkin akan lebih baik kita mengungkapkan suatu kebenaran walau kebenaran itu memang sulit dan pahit, tetapi anda telah berjiwa besar... untuk melakukanya dan kita tidak harus menutupi kebohongan seumur hidup anda.

Perlu diingat sekali kita berbohong itu tidak akan cukup kerana sekali berbohong tentang suatu perkara pasti kita akan merebak dan bersangkutan dengan hal-hal yang lain dan untuk menutup pembohongan yang telah kita lakukan sebelum ini. Mahu tidak mahu pasti kita akan terus berbohong. Sampai bila? Mahukah kita hidup dalam satu pembohongan ke satu pembohongan yang lain. Kalau kita mengatakan tidak mahu, maka katakan yang salah itu salah dan benar itu benar....


Pembohongan itu menghancurkan. Beberapa contoh situasi dapat kita lihat bagaimana pembohongan demi pembohongan untuk menutup pada akhirnya menghancurkan dirinya sendiri.
Di masa kita kecil, ibu bapa selalu menasihati supaya harus menjadi orang yang jujur. Dalam mendidik dan menasihat supaya seorang anak menjadi orang yang jujur. Menjadi orang jujur itu sangat baik, akan dipercayai oleh orang, akan disayang orang tua bahkan mungkin sering dikatakan bahawa kalau jujur akan disayang dan dikasihi oleh Tuhan. Terkadang terlintas difikiran yang nakal, bagaimana orang tua menasihati anak untuk jujur sedangkan orang tua tidak jujur dalam kehidupan peribadi mereka... kita mengajarkan jujur tetapi kita sendiri berbohong....janji dengan anak tidak pernah ditepati dengan berbagai alasan .....

Dalam kehidupan sehari-hari, kita boleh melihat dalam berbagai macam bentuk aktiviti interaksi sosial dalam masyarakat, yang kebanyakannya adalah wujud realiti dari sikap tidak jujur berbagai keadaan seperti:

Sering terjadi, orang ibu bapa disaat melihat anaknya terjatuh dan berkata "Oh, tidak apa-apa! Ini sikit saje.. anak yang kuat.... tidak sakit! Jangan menangis, ya!". Dalam hal ini secara tidak langsung anak diajarkan dan dilatih kemampuan untuk dapat "berbohong", menutupi rasa sakit hanya kerana supaya anak tidak menangis. Mungkin sepatutnya orang tua berkata "Jangan menangis ya, sakit .. nanti kita ubatkan supaya cepat sembuh" Dengan ini kita mengajarkan kejujuran kepada anak kita.

Selain itu saya juga selalu melihat dan mengalami kejadian seperti ketika seseorang bertandang ke rumah orang lain, ketika ditanya: " Sudah makan, belum?", biasanya dengan cepat saya akan menjawab "Oh, sudah!! Kita baru saja makan ", padahal sebenarnya saya belum makan. mungkin kita boleh menjawab "Saya tidak lapar, atau tak mengapalah nanti saja makan dirumah" kita lebih cenderung untuk berbohong alaupun untuk perkara yang remeh seperti ini bagaimana kita membiasakan jujur untuk perkara besar kalau hal kecil saja kita suka dan sentiasa berbohong......

Dalam bidang perniagaan kejujuran dikatakan modal yang penting untuk mendapatkan kepercayaan. Akan tetapi dalam setiap transaksi perniagaan itulah banyak pembohongan yang terjadi. Sebagai contoh penjual yang mengatakan bahawa dia menjual barang "tanpa untung" atau "bahkan rugi" Kita sangat yakin bahawa peniaga tersebut berbohong…

Kejujuran adalah bahasa universal, agama apa pun, di tanah mana pun kita berdiri, dan di waktu bila pun kejujuran tetap berlaku. Namun nampaknya ianya semakin terhakis, dimana ketika ini yang lebih selalu dianggap biasa dan lumrah adalah ketidakjujuran. Di pejabat, rumah, persahabatan, rumah tangga semakin mudah ditemui warna-warna dusta dengan berbagai ragam dan bentuknya. Dan pada masa yang sama, kejujuran menjadi janggal dan seringkali dianggap aneh untuk kita semua.

Pernahkah anda bayangkan jika hidup di dunia ini tidak ada pembohongan???? …. .



Khamis, Disember 25

Telefon...oh telefon.....


Kalau dulu hanya orang kaya dan berada sahaja yang boleh menggunakan telefon. Bagi orang biasa yang 'teringin' menggunakan telefon, telefon awam lah yang menjadi sasaran, itu pun kalau tidak dijahanamkan. Lagi pun tiada keperluan hendak menggunakan kerana tidak ramai orang yang menggunakan telefon.Surat dan poskad adalah medium perhubungan yang paling glamour dan penting....
Dunia dah maju, zaman berubah itu antara slogan yang agak popular sekarang. Berasaskan slogan ni kita dapat menyaksikan perubahan yang agak memberansangkan jika bercakap tentang teknologi komunikasi telefon terutama telefon bimbit. Ianya sekarang bukan lagi barang mewah tetapi sudah menjadi barang keperluan.. sehinggakan terdapat seorang memiliki dua atau tiga buah telefon adalah merupakan perkara biasa.Daripada era zaman telefon bimbit sebesar bateri lori hingga sekarang sehingga sekecil dua jari. Telefon yang dulunya berfungsi sebagai medium untuk bercakap sehingga boleh melayari internet,merakam,memain muzik dan bermacam lagi fungsi yang kadang-kadang tercapai oleh akal kita. Itulah dia teknologi...
Saya pasti anda semua sedia mengetahui tentang perkara yang saya ulas di atas. Sebenarnya apa yang saya nak kongsi di sini ialah tentang kehilangan telefon bimbit. Saya pasti ada diantara kita yang pernah kehilangan telefon bimbit ini termasuklah saya sendiri yang sudah dua kali mengalaminya. Kehilangan mungkin boleh berlaku akibat kecurian atau kelalaian kita, tetapi biasanya disebabkan faktor yang kedua.Kalau hilang akibat dicuri peratus untuk jumpa kembali amatlah tipis.Mungkin 5 peratus itu pun sudah cukup tinggi. Sekiranya hilang akibat kelalaian kita sudah tentu akan ada orang yang menjumpainya.Yang bernasib baik akan mendapat semula sekiranya dijumpai oleh insan yang berhati jujur dan mulia tetapi peratusnya juga kecil kerana agak kurang orang seperti ini.
Kebanyakkan yang jumpa dianggap sebagai 'rezeki'terpijak dan terus menhakmilikkannya untuk dijadikan harta sendiri. Tiada usaha untuk menghubungi pemilik walaupun ada cara dan jalan yang mudah.
Kesimpulannya jika anda kehilangan telefon bimbit janganlah bermimpi untuk mendapatkannya kembali. Cuma apa yang boleh saya cadangkan ialah pergi ke kedai telefon dan beli yang lain sebagai ganti,kalau tak cukup duit,jangan pulak sampai pinjam ceti, beli saje mengikut standard poket sendiri, yang penting bila bila bercakap keluar bunyi, kalau setakat top-up lima ringgit simpan dulu dalam laci, kalau ada hal penting pinjam je telefon dekat DIGI itupun kalau dia bagi......




Macam ni lebih kurang jenis telefon aku yang hilang.

Kenapa Memancing???...

“Memancing itu adalah seni!” Memancing ikan memang bukan sekadar menangkap ikan sebanyak-banyaknya. Tapi menikmati semua proses memancing sebagai suatu seni dengan keasyikan tersendiri. Mulai dari meracik dan mendapat umpan, mempersiapkan joran, melempar kail kepermukaan air , menunggu ikan memakan umpan, sampai kenikmatan “bertarung” dengan ikan yang termakan mata kail. Inilah perbezaan antara penjala,penjaring dan nelayan dengan pemancing yang menjadikannya sebagai hobi.

Kepuasan akan lengkap disaat semua proses itu selesai dengan ikan tangkapan dari jenis tertentu yang sesuai target. “Bukan jumlah ikan yang berhasil dipancing yang menentukan tapi kualiti dan kenikmatan memancing itu yang utama”

Bagi pemancing, jenis dan berat sesuatu ikan tangkapannya akan memberikan kepuasan yang berlainan. Untuk pemancing di laut lepas, misalnya, jenis ikan air masin yang ’melawan’ seperti layaran, marlin, alu-alu (barakuda), great travelly (GT), tenggiri adalah sasarannyanya. Untuk memancing masing-masing spesies ikan ini memerlukan keperluan dan teknik . Ada rasa kepuasan tersendiri ketika dimenikmati hasil memancing ikan yang diharapkan! Begitu juga halnya dengan pemancing sungai, lombong, tasik dan empangan melayan kelah, toman, patin, haruan dan sebagainya juga memberi kepuasan yang tersendiri bagi peminatnya..

Selain itu, pemilihan tempat juga termasuk satu faktor yang mempengaruhi kenikmatan memancing. Lain tempat tentu memerlukan teknik dan peralatan yang berbeza. Mancing di kolam misalnya, berbeza dengan mancing di perairan terbuka (laut lepas). Jenis dan sifat ikan air tawar dan air masin tentunya juga berbeza. Semua punya ’feel’ dan kenikmatan tersendiri yang sukar digambarkan....

Ramai orang mempertikaikan dan memperkecilkan hobi ini sebagai sesuatu membuang masa, mengabaikan dan melalaikan. Adalah tidak adil melabelkan kaki pancing seperti ini. Kita tidak pernah pun mempertikaikan hobi orang lain dalam memenuhi keinginan dan kepuasan masing-masing , kalau mahu dicari keburukkanya memang banyak tetapi itu bukanlah cara kita. Sentiasa berfikiran terbuka dan positif dengan orang lain boleh menyelesaikan banyak perkara serta menjadikan hati dan jiwa menjadi lebih tenang.Kita mempunyai cara dan kehendak tersendiri dalam memenuhi tuntutan dan kepuasan jiwa. Yang penting ianya tidak bertentangan dengan tuntutan agama dan undang-undang negara.
Mungkin ada segelintir pemancing tegar yang mempunyai tabiat buruk yang menjejaskan imej kebanyakkan pemancing. Itu tidak dinafikan dan tidak adil disebabkan segelintir golongan ini habis semua terpalit lumpurnya.

Adalah lebih baik kita menjadi kaki pancing daripada menjadi kaki judi,kaki ekor, kaki betina dan kaki kelentong.........

Selasa, Disember 23

Luahan Rasa....

Untuk panduan diri sendiri.....

Alangkan baiknya sekiranya aku berfikir dahulu sebelum melahirkan kata-kata kerana kadang kala kata-kata yang bakal dilontarkan akhirnya memakan diri. Aku cuba belajar untuk tidak banyak bercakap, dan bercakap apabila perlu sahaja. Memang sukar untuk melakukannya kerana aku sememangnya suka bercakap merapu dan suka mencelah cakap orang. Aku juga telah belajar banyak dari kesilapan diriku sendiri, ini semua angkara bercakap tanpa berfikir kerana tanpa aku sedari percakapan tersebut telah menyakiti hati dan perasaan orang lain. Perkara yang kita aku tidak suka orang lain lakukan kepada aku tetapi tanpa aku sedari perkara tersebut telah aku lakukan pada orang lain.
Akan aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ku ini, aku inginkan apa yang terkeluar dari mulutku adalah dari buah pemikiran yang bernas dan bermanfaat serta boleh diterima boleh semua orang.
Memang benar seandainya sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena atau tidak membabitkan kita, adalah lebih baik kita berdiam diri dari berkata-kata. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita cakapkan adalah bagus, tapi itu anggapan kita sahaja, kita tidak tahu bagaimana anggapan orang lain dan lebih teruk lagi kata-kata aku menyinggung hati dan perasaan orang lain. Mungkin mereka akan mentertawakan kita di belakang atau lebih teruk lagi kita akan di cerca....
Aku ingin berpegang kepada prinsip berfikir sebelum berkata kerana kata-kata boleh menyakiti hati orang lain. Dengan prinsip ini aku boleh hidup dengan tenteram dan aman bahagia. Mungkin prinsip ini bagus, tapi mulut kita boleh ditutup dan diamkan tapi bagaimana dengan mulut orang lain. Ketahuilah mulut orang lain kita tidak dapat diamkan dan tutup. Seandainya orang mengata dan menyakitkan hati kita cuba sedaya upaya untuk menerimanya secara positif. Memang susah untuk melakukannya.....
Teringat aku pada petikan kata-kata....

  • Kurangi ucapan dengki, perbanyak ucapan mengasihi
  • Kurangi kata yang mengejek, perbanyak kata yang menghargai
  • Kurangi kata yang melemahkan, perbanyak yang mendorong
  • Kurangi kata yang negatif, perbanyak yang positif
  • Kurangi kata-kata kritik, perbanyak yang membangun
  • Kurangi kata-kata kasar, perbanyak yang lemah lembut

Kepada sahabat aku yang pernah berbicara sama ada secara bersemuka atau di alam blog atau ruangan chat yang mungkin terasa hati yang kata-kata yang lahir tanpa disedari atau disengajakan saya memohon ribuan kemaafan....

Ahad, Disember 21

Andainya Perempuan Tahu.........

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan juga mengambil berat (prihatin)sehingga boleh mengalirkan air mata.
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Cantik bagi lelaki perkara yang sangat subjektif.
  • Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik dan rasional.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...
  • Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, melihat mereka berjalan dan apa yang dipakai…
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senanglah usahanya nanti...
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


    Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.

    Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!


    _____88 888888
    ___888888888888888
    ___888888888888888
    ___888888888888888
    ___'88888888888888'
    _____8888888888"
    _______8888888
    __________8888
    ___________88

Sabtu, Disember 20

Bersyukurlah kita...

Mengenai Wanita...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagai mana dia menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka kamu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaiknya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh menit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan membaca buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah air mata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil risiko tentang mereka dan tentunya baik terhadapnya. So, kalau memikat wanita pandai-pandailah dlm bertindak...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

* Sebagai lelaki saya tak pasti kenyataan di atas benar atau sebaliknya...kerana setiap manusia dilahir berbeza dari segi kehendak, prinsip, tingkahlaku,emosi, penerimaan, perspektif dan sebagainya walaupun sama jantina. Hanya wanita sendiri yang boleh mengiyakan atau menidakkanya.
Hakikat ini perlu diterima..... gak sukar untuk mentafsir dan memahami orang lain dan jangan ambil mudah tentang hati dan perasaan orang lain.... ada masa dan ketika kita tidak faham tentang diri kita sendiri...

Jumaat, Disember 19

Bersyukurlah kita...

Kisah Pisang...

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik danakhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup mereka. Kemaafan adalah yang terbaik.

:-XMenyayangi lebih baik daripada membenci..!!!:-X

Rabu, Disember 17

Sekadar Renungan dan Peringatan



Assalamualaikum,
Sahabat-sahabatku sekelian.......Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.
Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.
Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan.
Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan.
Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.
Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.
Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.
Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita. Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar?
Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku?
Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.
Sebenarnya ada seperkara lagi, apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yang masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya.Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal dunia. Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka.
Disamping memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Kalau kita buat perkara-perkara yang melanggar syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yang ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir untuk mereka. Petikan ini diterima dari seorang sahabat... renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.
Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh.

INILAH MASANYA
JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA
IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG JIKA KAU TUNGGU
SEHINGGA IBU MATI SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERANA KITA DIBATASI KELEMAHAN OLEH ITU,
JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN
HIDUPMU LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ... . mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu... .. Sabda Rasulluh S.A.W : "Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua pula". Kata-kata orang yahudi yang telah ditranslatekan : "Kami (orang yahudi) tidak takut kepada orang Islam kecuali orang Muslim yang menunaikan solat Subuh di Masjid sama ramainya dengan orang Muslim yang menunaikan solat Jumaat".




Cergaskan Minda Anda...



Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukantau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Siapa yang berhajat nak uji kebijaksaan diri sendiri cubalah jawab....... Satu jawapan betul dapat sehengget

Doa Awal Pagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini .
Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan,
Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan.
Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,
Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan ,
Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن